Notis Hak Cipta

© Jasadbeku blogspot.com

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini perlulah mendapat izin daripada Jasadbeku blogspot.com. Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari halaman ini.Ini bertujuan untuk keselamatan dalam kebebasan menulis.Terima kasih.

PERHATIAN

1. Jasadbeku.blogspot.com TIDAK bertanggungjawab terhadap semua komen yang dihantar pembaca dan diterbitkan semula di blog ini.

2. Komen 'anonymous' TIDAK akan disiarkan. Sebarang komen yang menyinggung rasa dan bersifat serangan peribadi menurut tafsiran Jasadbeku.blogspot.com juga tidak akan dilayan.

3. Muatan, catatan, entri, pandangan peribadi Jasadbeku blogspot.com TIDAK mewakili pandangan mana-mana pihak.

25 Januari 2009

Kudis Buta




"Lantas memetik suis televisyen,duduk bersama kakak yang sibuk membaca majalah. Berita sensasi artis yang mengkhusyukkannya.Jasad-jasad yang mengiurkan dan bisa mengelorakan darah muda untuk klimaks. Majalah hiburan Melayu ( Melayu yang sudah hilang kemelayuannya) tempatan yang aku rasakan tidak langsung memberikan fokus pada nilai dan mutu indahnya karya seni. Itu hanya kudis buta yang timbul di permukaan kulit yang sudah sekian lama buruk. Itulah yang menjadi kegilaan sidang pembaca masa kini. Aku berpendapat tahi kambing lagi bermanfaat dengan memberikan jasa kepada tumbuh-tumbuhan berbanding majalah sedemikian yang hanya membawa manusia ke dunia khayalan yang dicipta sendiri. Tren lebih penting mungkin?. Apakah yang sebenarnya mereka cari?. Mereka lebih gemar memaparkan kisah diri berbanding karya seni. Itulah yang menjadi kegilaan pada dewasa ini. Aku dibiarkan keseorangan dalam duniaku sendiri. Aku menggelintarkan khayalku sambil cuba memahami drama yang dilakonkan orang-orang kaku berlatarkan kebendaan dan keduniaan. Arghhhhh masih sama sahaja! Si gadis berpakaian seolah-olah bertelanjang!. Kelihatan buah dada dan punggung terserlah dengan jelas.Dialog yang penuh dengan "I" dan "You". "I love you, I love kayu," bisik hati kecilku yang sememangnya kecil dan lemah. Lalu mendakap gitar Jackson ,aku cuba memejamkan mata dengan harapan dapat lena,biarlah terjaga esok harinya aku tidak lagi seperti hari ini. Bisu,lesu dan kaku...



*sekadar menulis :)

Kosong

Siang itu,
Seperti siang yang sebelumnya
Di bawah mentari masih tercari-cari
Hanya kelabu yang dirasakan
Kosong

Malam itu,
Seperti malam yang sebelumnya
Di bawah purnama masih tercari-cari
Hanya suram yang dirasakan
Kosong

Saat ini,
Seperti hari-hari sebelumnya
Di bawah kekuasaan mutlakNya
Tiada berhak untuk aku menafikan
Saat mentari terhempas pasti
Saat purnama terhempas pasti
Seperti yang telah dijanjikan.

Bicara Sepi;
jasadbeku

*
hanya bicara sepi insan khilaf

Bicara Sepi

Seperti mimpi
Terasa ada masih menjejak
Sangggar tangis
Tawa pun senyum

Seperti mimpi
Seakan tiada mengganti sepi.


Bicara Sepi;
jasadbeku




*Gambar yang terakam itu adalah seorang kenalan aku..Adakah dia kini dalam kesejahteraan atau hanyut dalam arus rentak kehidupan?. Aku tidak tahu di mana dia sekarang.Kisah hidupnya sungguh sedih.Aku menulis puisi ini setelah mendengar kisah hidupnya.Lantas terkenangkan kisah hidupku dengannya serupa tetapi tidak sama seratus peratus. Sudut duka yang berlainan tetapi dalam tragedi yang dramatik.

*hanya bicara sepi terkenang pada mereka yang telah pergi ke alam barzakh.Al-fatihah.amin.

Seperti Kalian Aku

Aku?
Seperti kalian jua
Sudut gelap dan cerah adanya
Bernyawa pada awal mulanya
Lesu dan kaku saat pengakhiran
Seorang pendosa yang berkekalan.

Cuma,
Kadang-kadang mual
Melihat sebahagian manusia
Tersenyum megah dengan dosa- dosa
Hidup seolah tiada mati,
Dunia sudah ke penghujung,
Mimpikan syurga di gerbang neraka?


Bicara Sepi;
jasadbeku
Helang,UPM

*Hanya sekadar untuk renungan kita bersama.

Ada Ketikanya



Ada ketikanya perlu berhenti
Dari rutin yang mengasyikkan
Dari kecenderungan nafsu
Sebelum meratapi kelak

Sepatutnya berhenti dari kebiasaan
Mendustai jiwa sendiri
Dan berhenti dari segala kegelisahan
Kerna keasyikkan itu sesaat cuma

Bukan satu ketidaksengajaan
Manusia seolah-olah mengejar kebinasaan
Pun bukan satu ketidaksengajaan juga
Manusia seolah-olah mencari azab di Jahannam

Aku insan naif
Ada ketikanya perlu berhenti

Bicara Sepi:
jasadbeku
no.37,Bandar Puteri