Notis Hak Cipta

© Jasadbeku blogspot.com

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini perlulah mendapat izin daripada Jasadbeku blogspot.com. Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari halaman ini.Ini bertujuan untuk keselamatan dalam kebebasan menulis.Terima kasih.

PERHATIAN

1. Jasadbeku.blogspot.com TIDAK bertanggungjawab terhadap semua komen yang dihantar pembaca dan diterbitkan semula di blog ini.

2. Komen 'anonymous' TIDAK akan disiarkan. Sebarang komen yang menyinggung rasa dan bersifat serangan peribadi menurut tafsiran Jasadbeku.blogspot.com juga tidak akan dilayan.

3. Muatan, catatan, entri, pandangan peribadi Jasadbeku blogspot.com TIDAK mewakili pandangan mana-mana pihak.

15 November 2009

Bongkar

BONGKAR
Kalau cinta sudah dibuang
Jangan harap keadilan akan datang
Kesedihan hanya tontonan
Bagi mereka yang diperkuda jabatan
Ooh ya oh ya oh ya bongkar2X

Sabar sabar sabar dan tunggu
Itu jawaban yang kami terima
Ternyata kita mesti ke jalan
Robohkan setan yang berdiri mengangkang
Ooh ya oh ya oh ya bongkar2X

Penindasan serta kesewenang-wenangan
Banyak lagi...
Teramat banyak untuk disebutkan
Oh hentikan,hentikan jangan diteruskan
Kami muak,dengan ketidak pastian dan keserakahan
Di jalanan,kami sandarkan cita-cita
Sebab dirumah,tak ada lagi yang bisa dipercaya
Orang tua,pandanglah kami sebagai manusia
Kami bertanya,tolong kau jawab dengan cinta

Iwan Fals

11 November 2009

Semakin Sarat

Tamat sahaja sesi perjumpaan bersama Badan Pengawas, telefon genggam aku menjerit.Aku angkat dan terima.

" Pengetua mahu jumpa awak sekarang",
Tegas yang mendatar nadanya..Aku bermonolog dengan hati sendiri namun tiada jangkaan jawapan langsung. Langkah mengikut arahan sahaja.


Aku terus memakai tali leher.Kemas.Lagak seperti seorang guru yang dalam skema rima dalam dunia pendidikan.Tali leher yang merimaskan leher.Panas.

Pintu di ketuk lantas memberi salam.Pengetua dan PK Kanan bertemu mata dengan aku, seorang guru muda yang mentah.


Pengetua : Apa kes semalam dengan pelajar 1B1?

: Pagi tadi 5 famili Cina datang bersama ADUN

: Tidak puas hati dengan tindakan menampar

: Rotan sahaja jika ada kesalahan

: Mereka tidak mahu memperbesarkan kes

: Kelima-lima pelajar itu tak dapat berbahasa Melayu dengan baik, terpaksa menggunakan peterjemah.Susah.

: Seorang bapa tunjuk gambar pipi pelajar lembam melalui kamera telefon

: Tindakan bagus kerana kawal disiplin sekolah, tapi mulai sekarang ikut peraturan dalam Pekeliling.

: Itulah cabaran jadi guru disiplin.Jangan anggap ini sebagai halangan.

PK Petang: Antara pelajar pagi dan petang,Pelajar sesi petang agak ganas. Fikiran masih terlalu mentah.Masing-masing mahu jadi jaguh.

: Bukan setakat melanggar peraturan sekolah,yang paling teruk apabila melawan, bercakap kotor lucah kepada cikgu

: Sudah bagi amaran,tindakan rotan tangan, rotan punggung.Masih sama, tidak berubah. Bila sudah tahap kurang ajar,itulah sebabnya penampar jadi tindakan.Itupun hanya untuk memalukan sahaja, bukan niat menyakitkan mereka.Buntu kami mengenai masalah ini.

: Pelajar Cina yang bermasalah. Disiplin hancur.Dirotan tidak berubah perangainya.Ditampar,muka merah.Ada pula yang sengaja menambahkan kesan hukuman.

: Bila di tampar atas kesalahan melawan guru, pelajar sekarang berani mengadu kepada pihak pentadbiran sekolah.Balik rumah mengadu dengan ibu bapa, tokok tambah jalan cerita, putar belit sehinggakan pihak yang salah menjadi betul.Famili datang menyerang sekolah.Bahaya.

: Cikgu sudah buat yang terbaik.Jangan berputus asa.Anggap sebagai cabaran. Cikgu-cikgu lama sekolah ini pernah juga alami masalah sebegini.


Pertemuan itu hampir 40 minit,aku hanya menjawab beberapa soalan yang diajukan oleh pengetua.Selebihnya PK Kanan petang banyak menjawab secara tidak langsung melalui teknik pemerian kisah sesi petang.Dia lebih kenal dan tahu kerana dia alami situasi sama seperti aku alami.Aku hanya menjawab beberapa soalan yang penting. Aku sudah bosan dengan karenah ibu bapa mempercayai anak-anak mereka sebulat-bulatnya tanpa soal siasat.Cuma ada aku bertanya;

"Perbezaan ketara antara dua plot zaman.Zaman dahulu lain, zaman sekarang lain. Akta dalam pekeliling zaman dulu dan sekarang berubah-ubah? "tanya aku, seorang guru mentah yang sememangnya ingin tahu.


"Akta masih sama.Zaman dahulu, ibu bapa menyerahkan anak-anak kepada guru untuk bukan setakat mengajar malahan mendidik.Cikgu buat apa sahajalah kepada anak saya. Rotan,pukul,belasah dengan kayu pun tidak apa, cuma jangan cacat dan mati sahaja.Itu izin ibu bapa dahulu. Zaman sekarang tidak.Zaman sekarang ibu bapa menyalahkan guru kerana media massa mengembar-gemburkan permasalahan kes guru.Wartawan muda mencari isu demi isu untuk melariskan jualan. Ibu bapa zaman sekarang mula rajin belajar akta " ujar Pengetua menjawab pertanyaan.Padat dan tepat dengan penjelasan.

Aku diam mengerti.
Yang peliknya, ibu bapa juga pernah alami zaman dahulu,kenapa mereka tidak mahu cikgu teruskan cara dahulu? Sedangkan mereka tahu kejayaan mereka itu hasilnya tindakan guru dulu" tanya aku sengaja mengajak untuk berbicara topik ini.Cuba mencungkil sudut pandangan dari guru yang berpengalaman melebihi 30 tahun.

" Ibu bapa sekarang terlalu memberi kasih sayang kononnya. secara tidak langsung,mereka seperti menjahanamkan anak-anak mereka dengan kasih sayang sebegitu.Tidak semua,tetapi hampir 90 % ibu bapa zaman sekarang tidak lagi mahu anak-anak mereka mengalami kesusahan seperti mereka telah alami dulu.Mereka lebih mengharapkan kejayaan akademik daripada soal akhlak.Itulah silapnya." jawabnya.


Zaman telah berubah.Remaja dahulu lain.sopan.Ada adat.Cuba tengok remaja sekarang yang tanpa segan silu bertenggek laki perempuan di atas motor,berpimpin tangan ke hilir ke hulu. Tidak malu,ketepikan adat,ketepikan agama." tambahnya lagi.



Pertemuan tamat.Aku melangkah keluar. Kelas B.Melayu 1B1.
Kebetulan pula dengan kes itu melibatkan pelajar dalam 1B1. Aku menghampiri kelima-lima pelajar cina itu.Mereka diam.

" Tahu kesalahan awak semalam?" tanya aku lembut seakan memujuk.

"Tahu!" jawab mereka serentak dengan muka yang masih ego.

"Pernah saya tampar awak sebelum ini?'" tanya lagi.
Mereka mengelengkan kepala.

Semalam kali pertama kan? soal aku tegas.
Ada yang angguk.Ada seorang dua yang membuat muka masam seolah mencebik.


" Saya tampar kerana mahu awak semua jadi manusia bukan tunggul kayu. Jangan biadap dengan guru.Anggaplah saya ini seperti ayah atau abang. I love you all " ujar aku tersenyum dan bersalam dengan mereka. Gosok kepala mereka dengan lembut.Sememangnya selalu lafaz 'i love you' meniti dibibir dan bersalaman, setiap kali sebelum atau selepas memberi hukuman disiplin.




Jumaat
Jam 5.30pm


Seorang pelajar Cina Tingkatan 2C2.Tinggi orangnya.Tubuhnya sasa.Lebih besar dari aku yang kurus kering.Namanya Ten Sing Wong bersikap kurang ajar setelah aku menegur rambut panjangnya.Itu pun kerana dia terserempak dengan aku sewaktu dia merayau-merayau ponteng kelas.Mungkin ini hampir ke 10 kali, dia melawan dan berkata lucah terhadap aku dari tahun lepas lagi. Kali ini dia mengajak aku untuk berlawan.

Darah aku mendidih.Jiwa muda aku bergelora.Semangat jantan aku telah dicabar.Tahan sahaja amarah aku.Aku fikir dia pelajar.Mentah.


Beberapa kali aku mengajaknya untuk ke bilik Ketua Disiplin.Bukan setakat enggan malahan beberapa kata-kata lucah dalam Bahasa Cina disemburkan.Kemudian dia bergegas ke telefon awam yang disediakan berhampiran lorong itu. Katanya mahu telefon abangnya untuk datang membelasah aku. Kebetulannya waktu itu,Ketua Disiplin melalui lorong itu. Dia hanya diam dan membiarkan sahaja budak itu menelefon abangnya. Aku diam dan cuba meredakan amarah yang sedang bergelora.


5 minit kemudian,aku berjaya memujuk kononnya dia berjumpa dengan PK Petang. Dengan gaya yang memberontak,dia menuruti. Tiada apa lagi yang mampu aku lakukan setelah mata ini menjadi saksi bagaimana budak berumur 14 tahun yang berstatus pelajar boleh memaki hamun PK Petang.Pemandangan  yang agak janggal apabila melihat seorang berstatus pelajar merotan bertalu-talu pada jasad seorang perempuan tua berjawatan PK.Beberapa kali juga  beberapa rakan guru menahan aku kerana ingin 'mengajar'nya tentang kurang ajar.


"Tangan ini naik kerana pelajar yang biadap seperti inilah"kata aku sebelum beredar jam 6.20 petang.


Jantung berdegup pantas.Ruang dadaku terasa sesak. Asap rokok disedut terasa semakin sarat.Aku manusia biasa ada perasaan marah. Terimbas kembali saat mata kiriku berdarah hampir buta kerana angkara pelajar.Ah,Sarat!

Manusia dan Kebinasaan

Hari-hari jiwa kacau
Makin hari semakin meracau
Resah semakin gelisah
Hari-hari segala bercampur
Makin hari semakin berlumpur
Mata hati semakin kabur
Tak mengerti

Persis debu yang pergi
Tanpa ada apa-apa lagi
Lari,lari dan berlari
Dari entri silih berganti
Hingga waktu ia terhenti

"Oh! Semalam tdak lagi kembali"
lafaznya di hujung kebinasaan.



Jasadbeku
11 Nov 09
Tremor's Art Studio

05 November 2009

Sebelum Musim Luruh

Untuk pengkarya insani

Selimut tebal kita di sini ya
Bantal empuk bina indah mimpi
Kelkatu menari, neon terang
Ini 2009, teman…

Ada,
Masih cengkerik bertafakur
Di bawah tangga kita…
Asing sekali daerah ini
Tersepit antara dua gunung
Akukah cengkerik itu
Tabirkanlah..

Anak kita di Jeti.

Anak kita mahu kenal aksara
Anak kita mahu kenal angka
Anak kita mahu luluh sengsara puaka

“Miskinkan kami di sini cikgu?”

“Tidak anakku”

Jawab saja apa ditanya, usah bermuka

Ingat anak kita,
Mahu jelajah dunia mereka ini
Mahu jadi menteri mereka ini
Mahu berjalan di bulan mereka ini

Menuntut kita terus berkarya
Usah biar bunga-bunga kita luruh sebelum musim luruhnya.


Karya:
Kamal Mohamad
Baram,Sarawak.

Nota: Ini luahan seorang sahabat aku bernama Kamal Mohamad,guru muda di pedalaman Sarawak.

04 November 2009

Mereka Tutup Hidung

"Betul ke?." aku ingin mendapat kepastian

"Betul! Budak Ira itu interview sekali dengan saya, jadi saya tahu semuanya. Dan dia sendiri yang cerita soal ini."tegasnya.

"4 orang yang interview dalam bilik yang sama dengan saya.Masing-masing dengan alasan tersendiri.Kesemua sudah disahkan jawatan dalam perkhidmatan.Dan Si Ira pula lagi 2 bulan akan disahkan perkhidmatannya dalam Jabatan Kastam."sambung bicara Azie lagi.

"Teruk betul." aku kecewa.

"Paling teruk bila Si Ira itu sendiri bagi alasan dia mahu kerja di sini kerana tidak mahu bertukar jauh ke Sabah atau Sarawak. Jabatan Kastam akan hantar dia ke sana,jadi dia tidak mahu kerana tidak lama lagi dia akan berkahwin.Apabila si penemuduga juga mengugut ingin hantar ke Sabah, dia menangis pula." tambahnya lagi.


Aku diam.Berfikir sejenak.

"Habis awak?." tanya aku setelah diam membatu seketika.

Saya tidak dapat jawatan tu walaupun kelayakan saya sudah memenuhi syarat-syaratnya. Sesi soal jawab semasa temuduga saya lalui dengan lancar.Lagipun saya hanya pekerja kontrak sebelum ini,belum berjawatan tetap di mana-mana jabatan.Jika dia ingin bantu saya, mungkin dia ambil saya bekerja.Ini tidak,dia ambil Si Ira yang sudah punya kerja, dan hanya dengan guna alasan tidak mahu berjauhan.Itu profesional ke?" cerita Azie dengan nada sedih bercampur sedikit aura kemarahan.


"2 hari lepas tu, Si Ira call saya, dia dapat jawatan itu. Ini dengan pertolongan mak saudara dia yang berjawatan dalam syarikat itu.Ira rasa bersalah dan mohon saya bagi resume saya kepada dia, untuk dihulurkan pada Jabatan Kastam,tempat lama dia bekerja. Saya tidak berharap.Mungkin Si Ira rasa bersalah kerana mencabul hak saya." tambah Azie.

"Bukan Ira ,tapi penemuduga Sme Corp Malaysia yang bertali leher itu yang mencabul hak orang lain yang sepatutnya."Aku mencelah.Azie diam.Kami diam bersama.Kami orang kecil berbicara,mereka tutup hidung.

Jasadbeku
2.23am
Khamis

01 November 2009

Yuto Miyazawa



Anak kecil
Bakat besar