Notis Hak Cipta

© Jasadbeku blogspot.com

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini perlulah mendapat izin daripada Jasadbeku blogspot.com. Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari halaman ini.Ini bertujuan untuk keselamatan dalam kebebasan menulis.Terima kasih.

PERHATIAN

1. Jasadbeku.blogspot.com TIDAK bertanggungjawab terhadap semua komen yang dihantar pembaca dan diterbitkan semula di blog ini.

2. Komen 'anonymous' TIDAK akan disiarkan. Sebarang komen yang menyinggung rasa dan bersifat serangan peribadi menurut tafsiran Jasadbeku.blogspot.com juga tidak akan dilayan.

3. Muatan, catatan, entri, pandangan peribadi Jasadbeku blogspot.com TIDAK mewakili pandangan mana-mana pihak.

29 Februari 2012

Cekap

Orang yang sibuk sebenarnya tidak cekap, orang yang cekap sudah tentu tidak sibuk!

nota ; saya masih tidak cekap.

Orang Kecil Bernafsu Besar

Terkadang aku berfikir, ada jenis orang boleh hidup dengan belanja yang kecil tetapi yang menggangu fikirannya dia risau dikatakan orang lain bahawa dia hanya hidup dengan belanja yang kecil. Benarkah?.Yang pastinya,padahal ramai orang gagal menguasai nafsunya kemudian mengatakan belanjanya kecil.

Lapar

Jarang manusia terlupa laparnya perut (fizikal), tetapi ramai terlupa laparnya rohani.

Chenta ( kah )

Bercinta sebelum kahwin seperti sengaja memberi peluang kepada diri untuk menghampiri zina.Cinta sebelum kahwin itu penyakit, perkahwinan itu sihat.

Tiada Matlamat Lain

Wanita yang mendedahkan aurat sebenarnya tiada matlamat lain selain untuk menggoda/perhatian lelaki.

Peluang & Harapan

Segala yang di dunia ini masih ada peluang & harapan selagi kita tidak mati!!

Orang Kalah

Orang yang mudah marah adalah orang yang kalah!

Telah Mati

Orang yang berputus asa adalah orang yang telah mati sebelum mati.

Britney Spears Melayu

" Masyarakat kita tidak lagi janggal melihat wanita Melayu/Islam berpakaian seperti Britney Spears.Akhir zaman semua manusia punya hak asasi kononnya." Lolos seorang kawan.

Yang Sering & Yang Jarang

Sering kita dipesan untuk mengingati jasa pejuang kemerdekaan negara tetapi jarang kita dipesan untuk mengingati jasa Rasulullah S.A.W membebaskan umat manusia daripada belenggu kejahilan.

Ulamak Akhir Zaman

Ulamak pun masing-masing bercanggah pendapat tentang hukum.Mana satu benar?.Tidak dapat tidak salah satu daripadanya pasti wujud ulamak yang menghalalkan cara mengikut kehendak nafsu.Oh, lagi parah apabila ulamak bertengkar dalam facebook!.Orang awam seperti aku lemas dalam kebingungan.Ulamak akhir zaman.

Seksi

Berpakaian seksi di depan bukan mahram juga salah satu langkah menghampiri zina.

Be Worry

Dont happy be worry about your life after death!!!

Kurang Kasih Sayang

Benarkah perempuan yang suka tayang hiasannya kerana kekurangan perhatian dan kasih sayang?

Tahi Di Dahi

Kita sengaja membenamkan belati berkarat di dada dan melumurkan setompok tahi di dahi jika sering mengikut kehendak nafsu.

Perihal Sombong

Mereka yang tidak solat adalah manusia yang paling sombong kerana enggan sujud kepada Maha Pencipta yang memberikan nikmat.

Perempuan Tidak Segan

Abad ini, ramai lelaki lebih pemalu daripada perempuan.Buktinya, ramai perempuan tidak segan silu mendedahkan aurat.

Dengan Senyuman

Dengan senyuman,bebanan kerja akan ringan manakala bermasam muka kita telah menambahkan sebongkah batu dalam bebanan kerja itu. Namun, jika kita masih tersenyum atau bermasam muka tanpa berusaha, kita sedang menambahkan satu lagi bebanan berpakej batu karang. kihkihkih!

Keluh Kesah

Kehidupan tanpa keluh kesah, tanpa rintangan, tanpa kesusahan, tanpa kepenatan adalah hambar, adalah kematian.Tetapi bukankah mengeluh itu tanda kita tidak bersyukur dan tiada kesabaran?

"Wahai orang-orang yang beriman minta tolonglah kamu dengan sabar dan solat,sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang yang sabar"( Al-Baqarah 153.)

Semut

Semut pun tidak mengeluh mencari makan bahkan rajin dan berkerjasama.

Abadi

Jika difikirkan secara nyata, hidup ini sebenarnya abadi.

28 Februari 2012

Hina Dina

Jika orang yang menghina tentang sifat yang tidak ada pada kita, maka usahlah kita pula mencacinya dengan sifat yang ada padanya.Bukankah penghina itu sedang mempamerkan hatinya yang hina?

Nilai

Menguji emas dengan api, menguji iman dengan dugaan, bukankah sesuatu yang bernilai perlu diuji ketahanannya?

Gabungan

Bersyukur ketika menerima nikmat, bersabar ketika menerima dugaan, maka syukur dan sabar merupakan gabungan kekal untuk mencapai ketenangan hidup.

Bodoh

Apabila kita rasa sudah cukup pandai, itulah saat paling bodoh.

Tak Mampu Mengubahnya

Kata seorang sahabat;

"Semua orang akan menjadi mayat, anda tidak mampu mengubahnya."

Jantina

Ada orang kata jadi perempuan lebih susah daripada menjadi lelaki, ada juga orang kata sebaliknya, dan ingin aku berkata : "Apakah kalian tidak bersyukur? Apakah kalian punya keajaiban untuk memilih jantina sendiri atau memilih untuk tidak dilahirkan?."

Kalau Semua Lelaki

Kalau semua lelaki tundukkan pandangan seperti yang disarankan, masihkah ada perempuan akan berpakaian seperti telanjang?

Berat & Mudah

Orang-orang tua ada berkata, mengangkat sebongkah batu berat lebih mudah berbanding menjaga 10 orang manusia."

Kelayakan Berdakwah?

JIKA kita mahukan manusia sempurna sahaja yang layak memberi nasihat atau berdakwah, maka siapa yang berani melabelkan dirinya sempurna dan sudah berkelayakan berdakwah?.Manusia pasti pernah melakukan kesilapan.

nota ; jangan lihat siapa yang berkata, lihatlah apa yang dikata.