Notis Hak Cipta

© Jasadbeku blogspot.com

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini perlulah mendapat izin daripada Jasadbeku blogspot.com. Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari halaman ini.Ini bertujuan untuk keselamatan dalam kebebasan menulis.Terima kasih.

PERHATIAN

1. Jasadbeku.blogspot.com TIDAK bertanggungjawab terhadap semua komen yang dihantar pembaca dan diterbitkan semula di blog ini.

2. Komen 'anonymous' TIDAK akan disiarkan. Sebarang komen yang menyinggung rasa dan bersifat serangan peribadi menurut tafsiran Jasadbeku.blogspot.com juga tidak akan dilayan.

3. Muatan, catatan, entri, pandangan peribadi Jasadbeku blogspot.com TIDAK mewakili pandangan mana-mana pihak.

31 Disember 2011

Penyakit Jiwa Siber

"Penyakit jiwa siber ; mencipta nama dalam dunia siber adalah antara kegilaan yang dikejar manusia pelbagai peringkat umur dan tahap pendidikannya. Mereka sibuk mahu dikenali, tetapi terlupa untuk mengenal tuhannya." Katanya semalam.

Raja Kertas

Dalam sedar atau tidak, ramai manusia kini melangsungkan hidup dengan bergantung harap pada raja kertas.Tidak cukup; gelisah.Banyak sangat ; pening kepala.

05 Disember 2011

Rosak

‎"Kalian percaya dunia ini sudah dipenuhi sistem yang rosak?." tanyanya." Siapa lagi yang suka merosakkannya jika bukan manusia perosak!.Mereka cipta ; mereka langgar.Hukum Allah SWT lagi dilanggar, apatah lagi hukum ciptaan manusia" tambahnya lagi.

Gelabah



Situasi 1 ; " Bro, boss sibuk mencari kau tadi!.Ada hal perlu dibereskan " kata kawannya.Joe bergegas mencari bossnya tanpa sempat menghirup secangkir kopi yang telah terhidang.Bergetar hatinya khuatir dimarahi boss.Silap langkah, gajinya dipotong pula.Kawan-kawannya ketawa berdekah-dekah melihat aksi gelabah Si Joe.


Situasi 2 : " Ah, lega semuanya sudah beres!" kata Joe setelah menyelesaikan tugasnya.Joe meghirup kopi dengan tenang. Kemudian bersungguh-sungguh berbicara soal isu-isu politik.Azan Asar berkumandang dari masjid sebelah.Gelabah pun tidak apatah lagi untuk bergegas kepada panggilan Nya. Joe dan kawan-kawannya terus ketawa berdekah-dekah.

tanya ;Apakah kita juga seperti tindakan Joe? Maka beruntunglah jika sikap kebergantungan kita hanya pada Allah bukan pada manusia.

03 Disember 2011

Persamaan dan Perbezaan

"Percayalah kita ada persamaan untuk merasai ; Duniawi - Barzakh - Mashyar - Titian Siratul Mustaqim- Syurga atau Neraka.Ternyata kita juga akan ada perbezaan yang tidak dapat kita memilih situasinya kerana kehendak Nya." lolosnya.

24 November 2011

Aku Bunuh Dia

"Wan Slaughter telah mati. Aku bunuh dia.Itu pintanya.Jika engkau datang mencari Wan Slaughter, aku katakan itu sia-sia sahaja, hanya ada kenangan. Maafkan aku, kawan", katanya

20 November 2011

Lelaki dan Janggut

Ada orang berpendapat demokrasi itu benar.Perbandingan demokrasi dengan Islam melalui alasan kedua-duanya ada musyawarah adalah seperti berikut: “kambing ada janggut, lelaki ada janggut”; apakah itu bermaksud lelaki adalah kambing, dengan alasan kedua-duanya berjanggut?"

Dua Hati

"Orang-orang yang hebat mempunyai dua hati, satu hati menangis dan satu hati bersabar," terngiang-ngiang pesanan ibu 14 tahun lalu.

Lelah

" dunia berlari semakin pantas dengan sistem ciptaan manusia yang moden kononnya sehinggakan kebanyakan manusia sibuk dan sering terlupa untuk bertanyakan khabar hatinya sendiri.Beruntunglah manusia yang tidak memilih untuk menjadi robot" , lolosnya semalam.Matanya terpejam,melepas lelah barangkali.

Tidak Sama Kesannya

Dalam kelapangan ada kesempatan ; memilih untuk menyelesaikan bahan bacaan tentang Dua Sisi Umar Bin Khattab.Sering kawan-kawan bertanya kenapa Umar Al-Khattab? Ada apa dengan Umar Al-Khattab?.Alangkah baiknya jika kalian sendiri mencari jawapannya, harus diketahui antara menerima jawapan orang lain ( beraksi menadah telinga) dengan meneroka sendiri adalah tidak sama kesannya.

Coretan

Tatkala menyepak tin-tin kosong di pinggir jalan, katamu lagi, terkadang ramai manusia hanya hidup meneruskan nafas dengan angkuh, melayani kehendak nafsu dan sembunyikan kekurangan diri sehinggakan ; dunia kita lupa, akhirat kita alpa.
Selalu memerhatikan manusia sehinggakan diri sendiri alpa segala sifat kebinatangan itu turut wujud padamu.Dalam proses penghijrahan, itu katamu semalam, dan hari ini sama seperti teori semalam.Tukasmu lagi sudah sifat
manusia sukar secara drastik.Lihat pratikalnya mana?
Kata-katamu penuh keluh kesah, aku tafsirkan seolah-olah lorong hidupmu hanya satu ; tiada pilihan dan datarannya sarat dengan kaca-kaca tajam yang terpaksa dipijak- memanglah perit! Jika itu haluan fikiranmu, maka selagi itulah peritnya mencucuk tapak kakimu.
Ketika diksi maki-makian terpilih meluncur laju dari bibirmu, aku terdiam kaku.Ketika aku katakan fikiranmu tidak pernah faham hidup itu untuk apa meskipun 29 tahun lamanya, dirimu terdiam mati.
Dari fizikal sasamu dan berkarisma tinggi menurut protokol haiwaniah, tak semena-mena, matamu berkaca-kaca retak; jernih lalu berguguran membasahi bumi ketika aku katakan menangis itu bersifat melembutkan hati.
Katamu angkara kebiasaan dengan rentak dunia sebegini dan sebegitu ; penuh dengan kebanyakan manusia tidak sedar dirinya telah diubahsuai menjadi mesin atau robot bernyawa, dirimu juga sedemikian. Ketika aku bertanyakan apa mesti dilakukan, kamu terdiam lagi, berfikir untuk memahami barangkali.Dalam larut malam, aku membiarkan dirimu larut dalam fikiran.
Sebelum berpisah, tiada lagi kata maki-makianmu yang singgah diwajahku malahan berjanji akan datang bertandang lagi setelah ketemui bayangan jawapannya.Sambil berdakapan dan mungkin dalam hati kami; enggan bertemu dan berpeluk resah lagi di gerbang neraka, kemudian kami akhiri dengan salam ; selamat sejahtera ke atas kamu.
 Awal subuh tadi kiriman sms darimu selamat sampai dan kubaca ; "Assalamualaikum.Benarlah, betapa jauhnya aku telah meninggalkan Tuhan, tetapi Tuhan tidak pernah meninggalkan aku.Dan kau tahu,sahabat?.Bagaimana aku harus melukiskan garisan senyum dibibirku jika ia tidak mampu menzahirkan rasanya; syukur.
 
 

Mencari Kesalahan Menerima Kebaikan

" Saya berusaha mencari kesalahan di dalam Al-Quran, tetapi saya tidak menemukannya.Al-Quran telah menjawab semua hal yang saya pertanyakan."-Yusuf Islam.

Try Being A True Slave of Allah

kiriman SMS selamat sampai dan dibaca ; " you're not a special person but you're a limited edition.Thanks because open my mind! You're my great brother!."
Kemudian dibalasnya ; Friend, I'm a slave of Allah, try being a true slave of Allah, you must know about ' praise be to Allah, the Cherisher and Sustainer of the worlds'
."

Jahat & Baik

"Untuk menyemarakkan kejahatan, orang-orang yang baik tidak perlu melakukan apa-apa dan kejahatan pasti bertambah " terngiang-ngiang kata-kata Edmund Burke ditelinganya." Untuk menyemarakkan kebaikan, orang-orang yang jahat perlu disedarkan, itulah peranan orang-orang baik menggalas tanggungjawab untuk berpesan-pesan.Bukankah fitrah manusia semuanya ingin baik-baik sahaja?.Jika diberi pilihan mudah, semuanya ingin ke syurga" lolos hati kecilnya pula.

17 November 2011

Tentang Firaun Moden?

Rasanya kau pun tahu akan kezalimannya seperti yang aku ketahui; ketika bersuara pada khalayak tentang keadilan , dia tindas menindas juga, orang kaya makin kaya, orang miskin makin miskin.Katamu keadilan mesti ditegakkan, tetapi aku tersenyum dan tertanya-tanya mana mungkin kau meredakan panasnya api dengan api? Mana mungkin membersihkan bau tahi dengan menggunakan air tahi?.Lupakah kau tentang firmanNya ;
"Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya dia telah melampaui batas dalam kekufurannya.Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga dia beringat atau takut."

09 November 2011

Kepastian

"Siapa sakit?",tanya seorang yang bukan layaknya doktor untuk kepastian."Oh, sememangnya manusia selalu dambakan kepastian!.Tanpa kepastian, jiwa terasa kebingungan kemudian kosong.Bibir bisa saja berkata itu pasti ini pasti, tidak pula bagi hati yang tidak pernah menipu, lagi-lagi hati kecil".

08 November 2011

Fitnah

"Tidak akan ulangi lagi.Katakan apa yang harus aku lakukan untuk menebus kesalahanku." Kata pemfitnah kepada Abu Nawas." Bawakan aku sebuah bantal bulu, dan kau berdiri di tengah jalan dan bukalah bantal itu." Perintah Abu Nawas.

Pemfitnah itu terus berbuat sedemikian.Bulu-bulu itu keluar dari bantal dan terbang ditiup angin." Kumpulkan bulu-bulu itu dan masukkan semula dalam bantal."

"Tetapi tidak mungkin, bulu-bulu itu sudah jauh terbang."Kata pemfitnah itu.

" Demikian juga dengan fitnah, beritanya sudah tersebar dan kau tidak dapat membersihkan namaku yang telah tercemar." Kata Abu Nawas.

Nilai

"Jika benar kau bijaksana, apakah perkara yang kau anggap paling bernilai?", tanya sahabat kepada Abu Nawas."Nasihat". Sahabatnya berfikir sejenak."Jika begitu, apa pula yang engkau anggap paling tidak bernilai?"
"Nasihat,"jawab Abu Nawas lagi.Sahabatnya tidak berpuas hati." Begini sahabatku,suatu nasihat yang dilaksanakan akan menjadi bernilai, tetapi jika tidak dilaksanakan ia tidak akan bernilai."

Pertanyaan Untuk Orang Hidup

Seperti kita ketahui, kita tidak dapat memilih untuk hidup, tiba-tiba kita hidup, sedang tarik nafas lepas nafas, memerlukan oksigen bak kata pakar sains; Kenapa kita sedang melangsungkan hidup? Kehidupan ini untuk apa sebenarnya? Kenapa perlunya ada kematian setelah hidup?

nota ; renung kemudian bertanya pada diri, hati kecil dan akal akan mencari jawapannya.

07 November 2011

Nafsu

"Tidak susah menentang 10 orang musuh berbanding menentang nafsu sendiri." Katanya seraya mata berkaca jernih.

Susun Semula

"Membaca dan faham, kemudian sarat dengan ilmu, kita perlu menulis untuk menyusun semula segala fikiran dan ilmu yang kita perolehi." Bicaranya.

" Ilmu tanpa amal itu gila, bukan saya kata, tetapi Imam Ghazali kata." Tambah aku pula.Kami diam seketika membiarkan deru lori berlalu." Kebanyakan orang hari ini berilmu untuk memperlihatkan dirinya hebat, maka beruntunglah bagi mereka yang bijak menggunakannya."
Sepi lagi.1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 saat berlalu.
"Saya tidak pandai menulis." Tak semena-mena memecahkan sepi. "Khuatir wujud kelonggaran tentang isi fikiran yang saya tulis, dapat dibahaskan, bercanggah dengan kebenaran, saya perlu memahaminya terlebih dulu.Sampai ada tahap keyakinan".
" Seperti seorang pemain bola. Jika dia tidak mahu jatuh tersungkur di padang, maka dari awal-awal lagi dia tidak akan bermain bola kerana permainan itu sendiri sudah terdedah kepada jatuh.Tetapi jika kita tidak mahu memulakan langkah pertama, jadi  bagaimana kita dapat belajar daripada hendak bangkit semula setelah jatuh?.Semua ini harus dibelajar sebelum sampai ke langkah ribuan batu."Balasnya bersahaja. Asap rokok mengisi ruang udara kami.Sudah berbatang-batang rokok kami sedut dari tadi.
" Seperti manusia hidup.Jika manusia itu tidak berani untuk hidup, maka dari awal-awal lagi dia harus mematikan dirinya kerana kehidupan manusia tidak dapat tidak lari daripada kesilapan.Bunuh diri saja jika takut untuk meneruskan hidup.Tetapi bunuh diri itu salah satu tanda orang tidak bersyukur pada Maha Pencipta. Bukankah kita harus berpesan-pesan hal kebenaran?.Kenapa harus takut untuk menulis sesuatu yang berniat baik untuk membangkitkan manusia lain?." Sendirian aku larut dalam fikiran.Malam semakin larut, kami masih di lembah ini.

 

 
 

Bacalah!

" Bacalah kami!." Ujar serentak beberapa buah buku tersengih memohon untuk dihayati. Aku bungkam." Masa tidak mengizinkan,kawan!." Lemah suaraku. " Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.".Tidak lagi bungkam, kali ini aku tertikam mati.Kaku."Baiklah!, Bukankah kita ini umat manusia terakhir dengan pesanan ikraq?.

05 November 2011

Siang dan Malam

Dan Dialah yang menidurkan kamu di malam hari dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan di siang hari, kemudian Dia membangunkan kamu pada siang hari untuk disempurnakan umur(mu) yang telah ditentukan, kemudian kepada Allah-lah kamu kembali, lalu Dia memberitahukan kepadamu apa yang dahulu kamu kerjakan (QS Al An'am, 6:60)

Kesilapan

"Dalam kehidupan, kita tidak dapat lari daripada kesilapan, dan dengan mengakui kesilapan merupakan langkah pertama sebelum langkah seterusnya untuk membaiki kesilapan."

Yusuf Islam

"Inilah keindahan al-Quran. Ia membuat anda berfikir dan mencari jawapan.Kita akan menemui jawapannya" Kata Yusuf Islam yang sebelum ini digelar Cat Stevens.

Tiba-tiba

"KITA memilih untuk mati pukul 12, tiba-tiba pukul 11 kita telah mati.Kita memilih apabila tiba masanya untuk berubah, tiba-tiba belum sempat berubah kita telah mati.Dan sesungguhnya kematian adalah hak Nya.

Menunda Kematian

KEMATIAN memang di putuskan oleh Allah S.W.T.Oleh itu, memajukan dan memundurkan kematian adalah hak Allah S.W.T. Dan Allah memberitahu lewat kalam Rasul-Nya, Muhammad S.A.W bahawa sedekah itu dapat memanjangkan umur. Sesuatu yang bisa menunda kematian itu adalah sedekah dengan niat kerana Allah S.W.T.

Kisah ini benar-benar terjadi pada masa kenabian Ibrahim a.s. Suatu hari, Malaikat Kematian mendatangi Nabiyallah Ibrahim, dan bertanya, “Siapa anak muda yang tadi mendatangimu wahai Ibrahim?”

“Yang anak muda tadi maksudnya?” tanya Ibrahim. “Itu sahabat sekaligus muridku.”

“Ada apa dia datang menemuimu?”
“Dia menyampaikan bahwa dia akan melangsungkan pernikahannya besok pagi.”

“Wahai Ibrahim, sayang sekali, umur anak itu tidak akan sampai besok pagi.” Habis berkata seperti itu, Malaikat Kematian pergi meninggalkan Nabiyallah Ibrahim. Hampir saja Nabiyallah Ibrahim tergerak untuk memberitahu anak muda tersebut, untuk menyegerakan pernikahannya malam ini, dan memberitahu tentang kematian anak muda itu besok. Tapi langkahnya terhenti. Nabiyallah Ibrahim memilih kematian tetap menjadi rahasia Allah.

Esok paginya, Nabiyallah Ibrahim ternyata melihat dan menyaksikan bahwa anak muda tersebut tetap bisa melangsungkan pernikahannya.

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, dan tahun berganti tahun, Nabiyallah Ibrahim malah melihat anak muda ini panjang umurnya.

Hingga usia anak muda ini 70 tahun, Nabiyallah Ibrahim bertanya kepada Malaikat Kematian, apakah dia berbohong tempo hari sewaktu menyampaikan bahwa anak muda itu umurnya tidak akan sampai besok pagi? Malaikat Kematian menjawab bahwa dirinya memang akan mencabut nyawa anak muda tersebut, tapi Allah menahannya.

“Apa gerangan yang membuat Allah menahan tanganmu untuk tidak mencabut nyawa anak muda tersebut, dulu?”

“Wahai Ibrahim, di malam menjelang pernikahannya, anak muda tersebut menyedekahkan separuh dari kekayaannya. Dan ini yang membuat Allah memutuskan untuk memanjangkan umur anak muda tersebut, hingga engkau masih melihatnya hidup.”

04 November 2011

Tapak Kaki

"Usah sesekali engkau memaksa untuk terus berlari ketika luka-luka di tapak kaki belum terubati”.

03 November 2011

Musafir

Kembara musafir itu;
aku, kamu dan mereka 
Sehinggalah sampai pada waktunya.

Langkah

"Tidak lagi seperti hari-hari sebelumnya, kini hari-hari aku seperti kecanduan untuk mengatasi kejahilan meskipun  tahu kejahilan tidak  akan dapat diatasi sepenuhnya, tetapi dapat dikurangkan dengan usaha berterusan menampal lohong-lohong luas kejahilan itu barangkali.Lohong-lohong itu sering terdedah kepada anasir jahat menyelinap masuk.Bukankah setiap langkah ribuan batu itu bermula dengan langkah pertama?". Katanya sebelum berlalu.Dari kejauhan, aku melihat langkahnya perlahan tetapi ada aura keyakinan dan perkasa.Barangkali mencari sesuatu yang telah lama diabaikan.

Umar Singa Allah

"..awalnya dia bukan sahaja pembunuh dan peminum arak tegar malahan pernah menanam anak perempuannya hidup-hidup sebelum keislamannya.Hatinya yang dahulu keras persis batu, tak semena-mena lembut kerana beberapa patah ayat Al-Quran.Akhirnya dia menjadi reformis dunia Islam.Dia, Umar Al Khattab."

02 November 2011

Akan Datanglah Suatu Ketika

"...kemudian akan datanglah suatu ketika;
kita manusia tidak dapat memilih lagi."

Cool

" Cikgu ada band?.'Cool'!.Nanti ajar saya main gitar boleh?." Tanyanya." Boleh, tapi muzik boleh buat manusia khayal,jangan tinggal solat lima waktu boleh?.Solat lagi 'cool'." Terpancul dari bibir guru muda itu.Dari kejauhan tingkat atas, aku tersenyum melihat mereka dan akui suasana itu sangat 'cool'.

Kawan

"Bila kita berkawan dengan dia, dia sentiasa tak jemu-jemu memberi ilmu dan nasihat kepada kita. Imam Al-Ghazali kata jangan lepas kawan ini."Kata seorang kawan semalam.Dan aku tak akan lepas kawan ini.

01 November 2011

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Beruk

Aku bermati-matian tak setuju dengan teori Charles Darwin dalam buku "The Origin Of Species" yang mengatakan bahawa manusia berasal daripada evolusi beruk, tetapi aku pelik dengan kebanyakan manusia sekarang sudah berkeinginan menjadi beruk. Mana akal kita?" Kata seorang kawan kelmarin.Keluhnya barangkali setelah resah melihat aksi anak-anak muda bersikap seperti beruk menunggang Yamaha RXZ.

Aku (kah)

"Aku siapa? Dalam lafaz mengaku hamba Nya tetapi selalu ingkar.Aku manusia sisa-sisa atau sisa-sisa manusia?."Tanya aku kepada aku.

tanya ; kamu pula bagaimana,kawan?

Tiada Kesilapan

" Dalam kehidupan ini tiada kesilapan atau ketidaksengajaan, segala yang mendatangi kita adalah untuk kita berfikir dan pelajari daripadanya.Beruntunglah bagi manusia yang suka berfikir." Katanya sebelum meninggalkan aku untuk larut dalam fikiran.

31 Oktober 2011

☑ Yang Singkat Itu WAKTU.
☑ Yang Menipu Itu DUNIA.
☑ Yang Dekat Itu KEMATIAN.
☑ Yang Besar Itu HAWA NAFSU.
☑ Yang Berat Itu AMANAH.
☑ Yang Sulit Itu IKHLAS.
☑ Yang Mudah Itu BUAT DOSA.
☑ Yang Susah Itu SABAR.
☑ Yang Sering Lupa Itu BERSYUKUR.
☑ Yang Membakar Amal Itu GHIBAH.
☑ Yang Mendorong Ke Neraka Itu LIDAH.
☑ Yang Berharga Itu IMAN.
☑ Yang Menenteramkan Hati Itu TEMAN SEJATI.
☑ Yang Ditunggu Allah Itu TAUBAT.
"Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami) sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui"(surah al-Baqarah : 127)

Orang Baik

 Ayat yang seringkali kita dengar dari orang yang mengaku Islam di dalam dirinya:

"Hati kami baik walaupun kami tak tutup aurat."
"Orang yang solat belum tentu baik."
"Orang berpuasa belum tentu solat."
"Wanita yang tutup aurat belum tentu baik."

Jawapannya adalah; 

Adakah hati itu baik dan sihat jika melanggar perintah Allah s.w.t?
Orang yang baik tentu akan solat.
Orang yang solat sudah tentu berpuasa.
Wanita yang baik sudah tentu tutup aurat.

Gula-gula

" Seperti gula-gula.Begini, ada dua biji gula-gula.Satu dibukakan pembungkus, dan satu lagi kekal dalam pembungkus.Kemudian, kedua-duanya diletakkan di lantai.Mana satu pilihanmu?" Tambahnya lagi dengan pertanyaan.

Diam. 1 2 3 4 5 6 7 8 saat.Dibiarkan angin berhembus lembut.

" Mestilah yang masih ada pembungkusnya.Yang telah dibuka dah tercemar!.Ada akal, pakailah!. Lantang suara Tony Iommi separuh tegas.Matanya terbeliak.Barangkali cuba menunjukkan betapa waras pendapatnya.Manakala Ah Seng dan Muthu ketawa kecil.

" Begitulah juga dengan perempuan Islam, Allah S.W.T tuhanku mahu memelihara kesucian dan kehormatan mereka.Maka disuruh manusia wajib menutup aurat." Terangnya lagi.Tony Iommi, Ah Seng dan Muthu diam tertikam seketika.Mereka berfikir atau tidak, itu hak mereka untuk memilih sehinggalah sampai ketika manusia tidak lagi dapat memilih.

nota ; cakap-cakap kosong tepi jalan.

30 Oktober 2011

video

Tegur dan Ditegur

Usah sesekali berprasangka buruk kepada seseorang yang sering menegurmu itu adalah manusia yang paling bertaqwa. Usah pula anggap seseorang yang sering menasihatimu itu adalah manusia yang tak pernah atau akan diuji. Usah kau ingat seseorang yang tegas berpegang teguh pada agama itu adalah manusia yang paling sempurna.

Hakikatnya, dia menegurmu untuk mengingatkan dirinya jua. Dia menasihatimu untuk dirinya turut berhati-hati dalam melangkah di dunia yang penuh tipu daya. Dan dia bertegas dalam hal-hal agama kerana risaukan azab dan sengsara  neraka.. Dia juga MANUSIA-sering terdedah dengan usaha Iblis yang tak pernah berputus asa untuk menyesatkan anak Adam. Bersangka baiklah, dia sebenarnya mahu memimpinmu masuk ke syurga bersama-sama.

Aku Diceritakan

Aku diceritakan oleh seorang kawan, kemudian terdetik dihati ingin berkongsi perihal ;
Imam Al-Ghazzali " Apabila berjumpa dengan orang jahil,anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui."

nota ; bukankah manusia disuruh sentiasa berpesan-pesan?

Gagal

"Benarlah; aku pemerintah yang gagal, bukan sahaja pada mata akalku tetapi pada seluruh kesementeraan aku." bisik hatinya, bertafakur mengenal hakikat kejadian diri.Kata Pak Imam Jali kelmarin, kadang-kadang bertafakur seminit itu lebih baik daripada beribadat seribu tahun.

Hamba

....lantas mengaku diri sebagai hamba Nya, tetapi sering kita tak bersikap seperti hamba.Ada sahaja kita tersasar daripada mentaati suruhan dan larangan Nya.Sedang kita semakin jauh meninggalkan Nya, Dia tak pernah meninggalkan kita meskipun sesaat , segala rezeki dan nikmat tak pernah putus-putus diberikan kepada kita.Hamba jenis apakah kita?.Ampunkan hamba-hamba yang angkuh ini.

23 Oktober 2011

Merah

Kau borjuis dan aku kemacar, begitukah?. Darah kau biru laut?.Tidak! Padahal darah kau dan aku sama-sama merah.

22 Oktober 2011

Melihat Dunia

"Ingin keluar melihat dunia, bukankah salah satu sebab Allah SWT mencipta alam terbentang luas, makhluk sekecil-kecil kuman hingga sebesar-besar mentari untuk kita berfikir akan keagungan-Nya?.Aku kerdil di sisi Mu.Tiada aku tanpa Mu.

nota ; dongak ke langit jingga, usah lupa tanah merah dipijak.

Tafakur

"Andai engkau percaya-yakin akan adanya barzakh - mashyar - titian siratul mustaqim- syurga dan neraka, kenapa masih melangsungkan nyawa ' bagaimana untuk hidup' demi mengejar kesementeraan?."Tanya aku kepada mata hati dan mata akal aku.Diam.Tafakur.Kata seorang kawan, bertafakur tak memerlukan wang atau harta sebagai modal.

nota; diulangi : KESEIMBANGAN.

Sepi II

"Sepi ruang kamarku adalah lebih kusukai  daripada hiruk - pikuk Kuala berLumpur-ramai perempuan yang mengaku Hawa atau Zulaikha kononnya, meskipun sering sahaja berdansa-bertelanjang ataupun kebingitan suara gitar Jackson atau Bc Rich yang mengaum menuntut keadilan kononnya .Hanya pada kesepian aku lebih mengenal hakikat dan  hanya memuji Engkau sahaja."
Wan Swad /20 Okt/Kamar Usang


21 Oktober 2011

Kecanduan

"..denting gitar yang kukira dulu sungguh indah sehingga aku lemas dalam kecanduan, tidak lagi untuk hari ini dan aku tidak jelas kenapakah dan apakah.Bagaimana dengan esoknya?.Sekadar untuk menghiburkan anak-anak kucing yang ketandusan kasih sayang barangkali".

nota : "ada orang mula belajar memetik gitar, aku nasihatkan jangan jika niat sudah tersasar!". 
p/s ; tulisan ini ditulis selepas lesu melayan konsert Morbid Angel di Singapura.Apakah itu Morbid Angel?.Aku sendiri pun sudah mual.

Manusia, Wajah dan Hati

....dengan Garnier,secara teliti ; perlahan-lahan tapak tangannya membersihkan muka, biar segala  kotoran dan minyak hilang, niatnya.Jika tidak dihiraukan, maka terbitlah bintik-bintik hitam yang akan merosakkan wajah.Tak semena-mena dia terfikir ;
"Tak jarang manusia, setiap harinya membersihkan muka untuk kelihatan suci pada mata manusia lain, tetapi jarang manusia setiap harinya  tidak pula membersihkan hati untuk kelihatan suci pada pandangan-Nya" .Jika tidak dihiraukan, maka terbitlah bintik-bintik hitam yang akan merosakkan hati"

20 Oktober 2011

Hitam Putih Kelabu

Antara hitam dan putih, aku di tengah-tengah, maka aku kelabu barangkali. Sampai atau tidak waktunya, seharusnya aku dan kamu berusaha menjejaki putih.

nota ; .ketika mengejar cahaya, segerombolan kelkatu gugur sayapnya .Kalian manusia mengejar apakah sehinggakan terpijak kaki lawan dan kawan?.

Kurus

"..seperti jasad perlukan makanan untuk kesihatan. Maka membaca dan ilmu pengetahuan itu merupakan makanan bagi akal. Sebab itu ada perbezaan tahap akal orang berilmu dan orang jahil. Tanpa ilmu ertinya akal kebuluran atau kekurangan makanan. Akal yang beku dan jumud berpunca dari kurangnya pengisian." katanya kepada aku.Aku diam berfikir.Kemudian secara tak sedar, kepala terasa bergerak perlahan, menggangguk tanda setuju barangkali.Kemudian aku melihat pada badan.Kurus-kekurangan makanan barangkali?.Tidak! Malaysia tidak pernah dilabelkan dengan nama Gurun Kebuluran.Tiada selera mungkin.Seraya berfikir ; apakah akalku ini juga kurus kerana kebuluran ilmu?.

13 Oktober 2011

Telanjang

"Marcapada, kulihat ramai anak-anak gadis membiarkan diri bangga bertelanjang selari dengan sarang-sarang hiburan di lorong-lorong gelap yang turut bangga bertelanjang bebas di daratan Tanah Melayu.Apakah kranium mereka berkecai sudah dan tak mampu lagi mengimbangi seketul otak yang berakal?"

nota; , ikut nafsu-lesu,ikut hati-mati, ikut rasa-binasa.

11 Oktober 2011

menCatat dan diCatat

"..selesai membuat minit mesyuarat Panitia Bahasa Melayu, ternyata aku manusia kemacar yang gagal untuk mencatat setiap butir-butir bicara yang selaju cahaya. Tidak seperti malaikat yang sering berada di kiri kananku; patuh, cekap dan berperanan mencatat setiap amalan aku, kau dan umat manusia.

"Jangan kamu catat dahulu dosanya sehingga dia melakukan lima kesalahan."Kata malaikat di sebelah kanan.Malaikat yang di kiri bertanya lagi, "Kalau dia telah melakukan lima kesalahan, apa yang harus aku catatkan?"
Jawab malaikat kanan, "Biarkannya, sehingga dia membuat kebaikan kerana kami telah diarahkan oleh Allah SWT bahawa satu kebaikan akan mendapat sepuluh pahala. Oleh itu hapuskanlah lima kesalahannya yang lalu sebagai tebusan dan kami masih simpankan untuknya lima pahala lagi."
Maka tercenganglah syaitan yang berdiri terkangkang apabila mendengarkannya seraya berkata, "Jika begini ini sampai bilakah aku dapat merosakkan anak Adam?.

Ternyatalah, Allah s.w.t Maha Pengasih.Dan aku percaya malaikat di kiri kananku juga sedang mencatat tentang aku sewaktu aku asyik menyelesaikan minit mesyuarat.

nota ; Pn.Asmawati Selamat,Ketua Panitia B.Melayu SMKSI, jangan sekeh saya jika ada silap.

Dari Cermin Lutsinar McDonalds

"..dia berkerusi roda, kakinya tiada, cacat sejak lahir barangkali.Mana mungkin bermain futsal selincah manusia normal.Kasihan.Itu sudah takdir kehendak-Nya.Ada hikmah disebaliknya.Allah tidak menjadikan sesuatu dengan sia-sia." getus hatiku.Monolog sepi.

Dari cermin lutsinar McDonalds, tiba-tiba kornea mata kami bertembung. 1 2 3 4 5 6 7 8 saat, kami terpaku.Aku melarikan pandangan.Segan.

Mungkin dia turut bermonolog tentang aku yang sedang asyik menghembuskan asap-asap rokok, selebihnya tersimpan dalam dada. Mungkin begini ; "Allah tak menjadikan sesuatu dengan sia-sia, tetapi jantan kurus itu sedang mensia-siakan jantung sendiri.Dia pembunuh diri sendiri dan orang sekelilingnya.Mungkin itu katanya." fikirku.Aku biarkan fikiran larut dalam larut malam.

09 Oktober 2011

Bulan

"....bulan bercahaya indah atau tidak dimata manusia, ia setia berperanan , manusia pula sering tersasar untuk memainkan peranan utamanya."

nota ; sedang merenung bulan.i.n.d.a.h.

TUTUP

"..jika berjalan menutup mata , maka kita sering terlanggar apa-apa di sekeliling.Mana mungkin menidakkan petunjuk?.Begitulah dengan hidup tutup akal fikiran tanpa panduan seperti sedang melanggar apa-apa sahaja."

tanya ; dilanggar atau melanggar?

06 Oktober 2011

Cinta (kah)

"Ada apa pada cinta?" terjah persoalan klise barangkali.Aku manusia kemacar cuba merungkai.Diulangi : cuba.

Cinta pada tanah-terserlahlah budi, saujana rimbunan hijau , benarkah?. Cinta pada waktu-terungkaplah cita-cita membina kehidupan, benarkah?. Cinta pada kesejahteraan-tertanamlah peluru-peluru sesat dari Palestin Menangis sehingga Afrika Lapar akan damai, benarkah?.Cinta pada pada perempuan-lengkaplah tulang rusuk kiri Adam, benarkah?.Cinta pada mati-terpancarlah keimanan,benarkah timbul keinsafan?. Cinta pada-Nya, ternyata cinta akan segala-galanya.

nota ;ini malam ingin sahaja aku lena dalam cinta, terjaga esoknya juga dalam cinta barangkali.

Seminit dibahagi Dua

" Bagaikan seminit dibahagi dua!" kata seorang teman. "Berapa pula harga usia mudamu, kawan?".
Dan Sang Waktu terus mendabik dada-bongkak tak pernah berhenti menyapa, berlalu sahajalah.

Caci

"..betapa asyiknya menerima pujian lantas terbuai lena-hanyut di persada langit jingga. Manakala betapa pedihnya menerima cacian lantas sakit, sakit, sakit, sakit, sakit, sakit, sakit,sakit, sakit, sakit, sakit, sakit, sakit, sakit, sakit, sakit, sakit, sakit, sakit dan sakit lalu jatuh terdampar barangkali, dan kekalahan tidak pula diukur daripada kejatuhan , tetapi kebangkitan setelah jatuh itu kehebatan, sahabat." bicaranya sepi dihembus angin.Sepi, sepi dan sepi.

tanya; berapa banyak sakit?

03 Oktober 2011

Al-Fatihah

Al-Fatihah

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

Tunjukilah kami jalan yang lurus.

Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

02 Oktober 2011

Dua Situasi

Sudut 1 : dalam kesunyian malam, dia leka menonton drama berlatarkan materialistik dan penuh dialog ' i love you so much! muah! muah! muah!."Si gadis pula berpakaian seolah-olah bertelanjang.

Sudut 2 : dalam kebingitan malam, dia asyik menyeka air mata, masih jelas terbayang ibunya diperkosa dan dibunuh tanpa ada sebab menurut kata hatinya, dan monolognya " kenapa harus jadi begini?".Di luar sana peluru berterbangan bebas.

nota : antara dua situasi

Sejarah

"..tak dapat tidak, perpecahan yang tak kunjung selesai-suatu sejarah manusia!"

tanya; manusia sememangnya begitu?

Langkah

"..dunia - dalam rentak sememangnya deras , aku cuba perlahankan langkah kemudian melakar kembali satu lorong yang sepatutnya.

nota ; melihat dalam diri.

Iblis

"..bermula dengan keengganan Iblis untuk tunduk kepada Adam, maka tercetuslah perpecahan dan permusuhan berpanjangan bersama peredaran zaman, manusia merebut takhta kerajaan di muka bumi."

nota ; harus ingat, Iblis tidak pernah putus asa.

Dapatkah Menunda?

"Dapatkah menunda kisah yang ditempuh agar tidak berlaku? Tak bisa bukan.kita biasa-biasa bukan luar biasa.Ya,manusia sememangnya sering alpa dan tersasar.Jadi apa mahumu,manusia?."

Surat Khabar

"..kemudian membaca surat khabar-orang ramai sakit jiwa; pisau di dada, mati dirempuh lori, anak kecil dalam mangkuk tandas, pil-pil kimia sarat kepala, seksi itu biasa, tumpuan hotel murah, guru didakwa, hulur kertas bawah meja, pelajar tendang guru, isteri lari, kami kebulur, artis role model, gaji bila naik?,mereka tipu kami, sah cerai, mabuk hingga pagi. Muka depan; politikus " beras dan gula akan sampai ke rumah tuan puan jikalau mengundi saya.Kita mesti bersatu memerangi kemungkaran! Berjuang sehingga titisan terakhir!". ..................................................kelip-kelip mata, langsung tak faham, esok terpapar lagi.Lusa pun sama.Seterusnya sama juga.

tanya ; apakah? kenapakah? manusia atau robot?.

Semakin Berlari

"..semakin berlari ke arah depan ; bulan, matahari bintang dan binatang rutin dengan peranannya, manusia pula lemas dalam peranannya."
 
 

Apa Khabar Palestin?

"..melihat anak-anak kecil berlari riang mengejar rama-rama, aku turut tersenyum seperti akulah ibu mereka lagaknya.Damainya Malaysia."

tanya ; Apa khabar anak-anak Palestin?-Mengejar peluru atau dikejar peluru?

Tenggelam

tak semena-mena teringat kata-kata Luqman al-Hakim;
"...dunia ini adalah lautan yang dalam dan ramai manusia tenggelam di dalamnya. Oleh kerana itu, sediakanlah perahu untuk berlayar di atasnya.Perahu tersebut ialah takwa kepada Allah."

"Apakah aku dan kamu yang mentafsir akan kata-kata ini sedang asyik dalam dasar laut itu?.Lemas dalam diam barangkali?" monolog.Pandang jauh-jauh.

Apa Kalian Cari

"..ketika semalam merenung bulan, tak semena-mena berbicaralah ia, katanya ada teka-teki untuk manusia yang berakal ; manusia matinya bila-bila sahaja tidak pula diketahui oleh akal manusia, dalam kesempatan sebelum kesempitan hidup, apa kalian cari?."
 nota; setelah membaca karya Dongeng Pascamerdeka & Apa Kau Cari  -Azman Hussin

Kelkatu

"..ketika mengejar cahaya, segerombolan kelkatu gugur sayapnya .Kalian manusia mengejar apakah sehinggakan terpijak kaki lawan dan kawan?

30 September 2011

Senyum

" Eh, senyum aku mahal! Aku tersenyum pada mereka yang melemparkan senyum sahaja." Lantang bicaranya.Aku terkedu.Satu dua tiga empat lima enam saat-sepi.

"Begini, kawan.Untuk mengubah bentuk bibir tersenyum hanya memerlukan sesaat, tetapi memberi kesan lama yang luar biasa.Seperti setitis air untuk mereka yang di Sahara, seperti udara untuk mereka yang kelemasan, seperti semangat untuk mereka yang berjiwa kacau, seperti susu ibu untuk anak kecil kelaparan dan bla bla bla bla.Luar biasa sungguh senyum!" Dibiarkan asap beredar sepi.Satu dua tiga empat lima enam saat-sepi lagi.

Kemudian kami tersenyum. Ada damai dalam hati seakan-akan mengalir perlahan seperti air membasahi dataran hati kami yang tandus.

nota; hari ini hari aku mahu senyum, hari esok belum tentu ada kesempatan."

29 September 2011

Pembetulan

Ingin aku menjerit" Membesar dengan belaian alunan Iron Maiden adalah suatu kisah yang epik, dan penantian selama 19 tahun telah berakhir!".

" Abe dah berkesempatan melihat Iron Maiden dengan mata sendiri, Abe Dan.Ya, Steve Harris sungguh hebat seperti Abe Dan pernah katakan suatu masa dahulu!. Tapi Abe Dan, kita kena akui Allah lagi maha hebat kerana masih beri kesempatan kepada Steve Harris!", antara ayat yang mungkin akan terpancul keluar dari bibirku jika masih berpeluang menatap mata arwah.

nota ; ada sedikit penambahbaikan. ternyata waktu muda masa berapi-api, semoga tidak lagi mengikut panasnya api, sepatutnya mengikut indahnya cahaya.

Matanya Merah

dari depan; ada seorang teman,
matanya merah dan lemah dia berkata padaku;
"semalam yang ditinggalkan penuh lumpur, likat! pekat!
jika hidup seperti lukisan, aku pelukis tak tahu melakar!"

dari belakang, ada suara memanggil namaku
lantas toleh dan cari-.kosong! kosong! kosong!
Aku berpaling ke depan semula-terpacak-kaku.
terkesima ;
teman matanya merah dan lemah itu tadi; -aku.
wan swad-klang 28/9/2011

dinding

mahu lari terus berlari deras, khuatir kepenatan
mahu lena dan terus terbuai, khuatir ketinggalan
Ya! aku memutuskan untuk;
depan-belakang-kanan-kiri-atas-bawah,
enam dinding yang kosong-sepi-sendiri
pada ruang kesepian;
"jiwaku kuserahkan pada-Mu wahai maha mengetahui.
nota ; sahabat, jika jiwa dapat dilukiskan, aku adalah pelukis paling teruk, sebab aku tak tahu apa aku lukiskan.

21 September 2011

Dalam Merahnya Darah

"..dari rumah.Nama saya Ali. Kamu?" tanya."Saya Ah Meng dan ini kawan saya, Muthu!" balas." Ayuh,kita main sepak- sepak bola, tak mahu sepak-sepak kaki." Mereka pun berjalan seiringan sambil berdendang riang lagu Hoi Hoi Hoi Tiga Sekawan.

nota : dalam merahnya darah, mereka bersatu!

20 September 2011

Keputusan

"..lembah ini keras, jalannya berduri, langkahku longlai, akalku lesu."

"..buka mata pada waktu pagi, kita sering membuat keputusan untuk mandi, makan, bersenam dan aktiviti-aktiviti lain. Kita membuat berpuluh-puluh keputusan setiap hari tanpa menyedari keputusan-keputusan yang kita buat secara langsung.Berapa pula jumlah keputusan yang telah kita pilih selama usia kita sekarang?.Tak dapat tidak, kita akan tetap memilih sesuatu keputusan sama ada kita berfikir terlebih dahulu atau sebaliknya.Malahan memilih untuk tidak berfikir itu juga suatu keputusan.Setiap langkah dalam kehidupan ini,.....maaf, saya tidak dapat habiskan/teruskan kerana akal saya memutuskan tidak meneruskannya."


nota : saat ini, penulis memilih untuk berhijrah.

19 September 2011

Cantik

"..sinar matanya cantik, ulas bibirnya cantik, alis keningnya cantik, tajam hidungnya cantik, bentuk tubuhnya cantik, semuanya cantik belaka!.Bukankah cantik itu terlalu subjektif! Cantik pada matanya mungkin, barangkali tidak pada mata orang lain."

  "Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)

12 September 2011

Kejahilan dan Kesombongan

"..antara punca yang menyebabkan syaitan mudah masuk ke dalam diri manusia ialah kerana kejahilan. Jahilnya seseorang memudahkan syaitan yang berdiri terkangkang menggoda dan menyesatkan manusia. Lebih dahsyat, manusia jahil yang merasa dirinya sudah pandai. Bodoh berkudis sombong." jelasnya.Aku diam tertikam dan cuba memahami.

nota ; perihal kejahilan dan kesombongan.

Kejahilan itu Musuh

"... apabila terkesan wujud kesamaran yg memungkinkan dua atau beberapa tafsiran, aku memilih untuk diam dan mencari kebenaran terlebih dahulu."

nota ; kejahilan itu musuh

03 Ogos 2011

Yusuf Islam


(Cat Stevens – Yusof Islam)
    Cat Stevens yang bertukar menjadi Yusof Islam, masuk Islam kerana sebuah buku “Terjemahan Al-Qur’an”, yang diterjemahkan oleh A. Yusof Ali.
      Abang Cat Stevens adalah seorang paderi yang cukup kuat Kristiannya. Tiba-tiba abangnya masuk Islam. Pada mulanya Cat Stevens terkejut, dia terfikir bagaimanakah seorang paderi boleh masuk Islam. Akhirnya dia menyimpulkan bahawa abangnya jenis orang gila, sekejap kuat agama Kristian, kemudian menjadi penganut agama Islam pula.
         Cats Stevens terus menjalani hidupnya sebagai seorang penyanyi, sibuk dengan pertunjukan pentas sana sini. Pada satu hari, ketika hari jadinya, abangnya yang telah masuk Islam datang ke rumahnya ketika Cat Stevens sedang mengadakan parti hari jadinya. Abangnya mengucapkan selamat hari jadi dan terus menghadiahkan satu bungkusan dan berkata “Benda ini benda suci, tolong letakkan di tempat suci dan jangan kamu hina.” Dia pun ambil dan letakkannya di meja bilik tidurnya.
       Setelah habis pesta hari jadinya ketika dia mahu tidur, dia teringat dengan bungkusan yang diberikan oleh abangnya. Apabila dia buka bungkusan tersebut, itulah pertama kali dia terlihat sebuah buku dengan perkataan di kulitnya THE HOLY QU’RAN (Kitab Suci Al-Qur’an). Apabila dia melihat sahaja kitab itu dia terasa sesuatu yang ganjil dalam hatinya.
      “Aku buka buku dan aku cuba baca maknanya yang terdapat dalam Bahasa Inggeris, dari satu perkataan ke satu perkataan, dari satu ayat ke satu ayat, aku baca! Baca! Baca! Aku terasa satu macam dalam diriku. Aku tak tahu bagaimana nak gambarkannya tetapi aku memang rasa satu macam. Bermula dari situ, ke mana saja aku pergi, baik ke pertunjukkan pentas atau latihan muzik atau ke mana saja, aku bawa buku itu, aku bawa dalam beg pakaianku. Apabila selesai pertunjukkan pentas, balik ke hotel aku akan sambung baca. Begitulah dari semasa ke semasa.”
       Akhirnya Cat Stevens memasuki agama Islam dan menjadi penganut agama yang begitu taat sehingga dia menjadi pendakwah Islam pula sehingga sekarang ini. Namanya Cat Stevens juga ditukar kepada Yusof Islam.
      Begitulah keadaannya apabila seseorang itu memahami Islam sebelum masuk Islam. Dia memahami setiap seelok-belok dan hukum Islam serta hati sanubarinya benar-benar yakin dengan Islam, barulah dia masuk Islam. Apabila sudah yakin, imannya tidak bergoyang.

Sumber : http://malay.bismikaallahuma.org/kisah-penyanyi-rock-inggeris-masuk-islam/

07 Julai 2011

Si Kecil Terkebil-kebil

"..turunkan anak di pagar sekolah, terus meluncur pergi mengejar tuntutan dunia.Ini tahun 2000, semua orang berkejaran ke bulan mungkin.Si Kecil terkebil-kebil mencari arah yang tak pasti.Kadang-kadang terjun longkang."

05 Julai 2011

Emosi

"..dalam khusyuk memikul cita-cita besar, kadang kala hanyut jua akal dalam gelora emosi .Tahu.Cuma ada ketika patah layarnya."

Peristiwa 28 Jun 2011 dalam saluran akal.

nota : diari insan khilaf.

29 Jun 2011

Luruh

"....semalam aku ketawa terbahak-bahak,
serak,
lelah,
perit,
biar luruh seluruh resah gelisah yang berkahak"

nota : sesekali

25 Jun 2011

Bisu, Lesu dan Kaku

Lantas memetik suis televisyen,duduk bersama kakak yang sibuk membaca majalah. Berita sensasi artis yang mengkhusyukkannya.Jasad-jasad yang mengiurkan dan bisa mengelorakan darah muda untuk klimaks. Majalah hiburan Melayu ( Melayu yang sudah hilang kemelayuannya) tempatan yang aku rasakan tidak langsung memberikan fokus pada nilai dan mutu indahnya karya seni. Itu hanya kudis buta yang timbul di permukaan kulit yang sudah sekian lama buruk. Itulah yang menjadi kegilaan sidang pembaca masa kini. Aku berpendapat tahi kambing lagi bermanfaat dengan memberikan jasa kepada tumbuh-tumbuhan berbanding majalah sedemikian yang hanya membawa manusia ke dunia khayalan yang dicipta sendiri. Tren lebih penting mungkin?. Apakah yang sebenarnya mereka cari?. Mereka lebih gemar memaparkan kisah diri berbanding karya seni. Itulah yang menjadi kegilaan pada dewasa ini. Aku dibiarkan keseorangan dalam duniaku sendiri. Aku menggelintarkan khayalku sambil cuba memahami drama yang dilakonkan orang-orang kaku berlatarkan kebendaan dan keduniaan. Arghhhhh masih sama sahaja! Si gadis berpakaian seolah-olah bertelanjang!. Kelihatan buah dada dan punggung terserlah dengan jelas.Dialog yang penuh dengan "I" dan "You". "I love you, I love kayu," bisik hati kecilku yang sememangnya kecil dan lemah. Lalu mendakap gitar Jackson ,aku cuba memejamkan mata dengan harapan dapat lena,biarlah terjaga esok harinya aku tidak lagi seperti hari ini.Bisu,lesu dan kaku.

Jasadbeku a.k.a Wan Slaughter

24 Jun 2011

Kawan dan Tahi

Arwah ayah pernah berpesan; "Jangan sesekali membuang kawan, kerana kita dijadikan untuk saling mengenal akan perbezaan dan saling menyayangi." Sesekali aku terfikir ; Bagaimanakah pula jika kawan itu yang tergamak memcampak kita?"

Resah

"...datang tanpa diundang, pergi tanpa disuruh, hilang lenyap di celah-celah rekahan tuntutan nafsu, tinggalkan parut setelah luka parah pada dataran hati nadi"

" ....sedang memupuk keikhlasan untuk memaafkan, tak sanggup untuk membenci yang akhirnya mencipta resah gelisah tak berpenghujung."

"...semoga kedamaian menghembus lembut pada wajah kita"

Perihal Keegoaan

"....keegoaan hanya membiarkan masalah semakin melarat berkarat! Lunturkanlah tompok-tompok keegoan itu.Biar damai seluruh penghuni bumi!.Bukankah kita sedar nafas ini bila-bila masa bisa terhenti? Ya, kadang-kadang kita alpa!"

Nota 5


Tak semena-mena, mata menyusuri aksara dan akal mentafsir:
Terima kasih kerana meminjamkan kami buku ini.Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana banyak membantu kami sepanjang berada di sini.Kami juga rasa terharu dengan segala bantuan dan sokongan yang diberi oleh cikgu.Keriangan, keramahan, gelak ketawa, usik mengusik dan ‘cinta resah '  serta jiwa kacau akan menjadi kenangan buat kami semua.Kami ingin memohon maaf sekiranya kami ada berbuat salah, terkasar bahasa dan menyinggung perasaan cikgu selama ini.

Yang Ikhlas
  KAMI
                                                                                                                                             
p/s : Kalau kami add FB cikgu, approve la, jangan sombong..nanti kita jumpa lagi dalam bulan Julai
(harap masa itu, cikgu tak merokok lagi..ehehe)
Nota kaki : terjumpa dalam helaian novel BERUK karya Azizi Abdullah.

“ Lain akal lain cara.Mungkin itu cara kalian menghargai tentang persahabatan.Coraknya tak sama, tetapi saya terima.Ketidakselesaan saya bukanlah kritikal tahap memualkan, hanya terguris halus pada permukaan hati, usah dikhuatiri hanya beberapa detik sahaja akan sembuh seperti sebelumnya Sesungguhnya saya tak pernah rasa marah Cuma sedikit terkilan dengan secebis janji telah terkoyak.Tidak juga timbul benci, kerana saya faham sudah, sejarah dunia telah berkurun lamanya sudah melihat manusia mempersendakan perihal janji,” Ujar hatinya sendirian.


“ Mungkin suatu masa, kita bertemu dan bergelak ketawa lagi, biar deraian tawa itu bisa melenyapkan calar  kecil itu.Bukankah kita manusia sememangnya sering melakukan kesilapan dan kesalahan ?  Ini hal tipikal yang sering malahan akan terjadi dalam sedar atau tidak.Abaikannya.” Halus bisikannya berharap akan kesejahteraan.

21 Jun 2011

Guru

Imam Syafie RH sudah menunjukkan kita mengenai akhlak dengan guru. Imam Syafie menobatkan seorang kafir sebagai gurunya, kerana telah mengajar tentang cara mengenalpasti jantina anjing berdasarkan cara binatang tersebut membuang air. Nah, apatah lagi guru-guru yang mendidik dan memberi kita ilmu yang lebih penting, ilmu-ilmu yang memanusiakan kita?

29 Mei 2011

Ini Jalan Pilihan

Gila

"Bukankah lidah sememangnya tak bertulang?.Kenapa harus lidah dipersalahkan sedangkan akal sudah lama dikurniakan dengan lengkap sistemnya yang masih utuh? Kecuali setelah kamu sudah gila!"Ujarnya lantas berlalu.

19 Februari 2011

Catatan Peribadi : Penantian Telah Berakhir: Iron Maiden

Iron Maiden? Ya, masih jelas dalam ingatan, sekitar umur 10 tahun,aku  budak hingusan masih di bangku sekolah sudah leka dibuai irama Iron Maiden. Arwah Abe Dan merupakan orang yang bertanggungjawab memperkenalkan album Piece Of Mind, Somewhere In Time ,Fear Of The Dark, dan Live After Death kepada aku.Ya, ada benarnya ketika itu fikiranku tak mengenal apa makna heavy metal, hanya sekadar asyik mendengar alunannya setelah penat bermain basikal BMX. Tidak hairanlah sekiranya aku mengatakan metal telah lama berkarat lalu membeku dalam saluran akalku dan mungkin akan terus terpaku pada lubuk terdalam. Kenapa minat muzik bingit?, soalan yang sering memanah rongga telingaku.Mungkin dengan pernyataan ini sudah terjawab segala persoalan yang pernah dipersendakan oleh mereka yang tak pernah mengerti.Ini jalan pilihanku untuk mengecapi sedikit kepuasan sementara.

Setiap kali untuk melelapkan mata, irama Iron Maiden seakan wajib hadir mengulit malam-malamku.Hanya dengan menggunakan radio kecil, sudah cukup untuk melodi Iron Maiden bertindak selaku selimut lenaku.Masih jelas lagi, waktu itu aku paling meminati lagu Caught Somewhere In Time, The Number of The Beast,  Fear Of The Dark,  Alexander The Great dan Aces High.Alunan iramanya seolah-olah memberikan semangat untuk aku meneruskan hidup berdepan dengan hari-hari yang mendatang.Sehingga kini, getaran melodi Iron Maiden masih lagi setia mengisi ruang-ruang kosong perjalanan aku yang lesu.


“Katanya untuk lekas pandai untuk memahami tempo dan tinggi rendah nada ,aku perlu menyanyi sambil bermain gitar.Namun aku keras kepala seperti kerasnya batu karang di Lautan China Selatan.Mungkin kerana pada waktu itu aku sudah mula meminati band Iron Maiden dan Cromok yang agak keras muziknya dan lontaran vokal kemarahan yang cukup sifat seorang lelaki sejati.”
“Mulai hari itu aku selalu bermain lagu Blues Gang. Sekali sekala, aku berjaya juga membodek abang aku untuk mengajar aku bermain lagu " The Number Of The Beast" _Iron Maiden, intro "Metallurgical"_Cromok dan "Heavy Chains_Loudness serta Smoke On The Water_Deep Purple.”

“Pernah sekali aku tidur dengan mengikat jari aku menggunakan getah semata-mata untuk memberi daya tahan apabila memetik kord-kord yang sukar.Bila terkenangkan hal itu,secara automatik bibirku terukir senyum dan menggaru kepala walaupun tidak terasa gatal. Terbit perasaan malu pada diri namun itulah permulaanya rentetan aku setelah berkhayal seorang gitaris laksana pahlawan perkasa bersama sebilah pedang.Khayalan itu berlaku pada sekitar tempoh akhil baligh aku yang pertama.”-petikan daripada ‘Tentang Dia dan Khatulistiwa’ entri Jasadbeku blogspot.com 19 April 2009.

 

Perkhabaran tentang Iron Maiden akan datang ke Singapura disambut oleh perasaan aku yang bercampur aduk.Antara gembira dan gelisah silih berganti setiap detik.Kesgelisahan melanda kerana ketiadaan wang untuk mendapatkan tiket yang agak mahal, memandangkan  tarikh yang sama aku terpaksa membayar roadtax kereta dan saman.Sesuatu yang kebetulan! Oh! bagaikan kaca terhempas di lantai konkrit dan digilis pula oleh kereta kebal   APC V-100 CADILLAC CAGE.Luluh hati ini apabila melihat teman-teman lantang berbicara tentang Iron Maiden dengan tiket terselit di celah jari.


                 "Kenapa mu bersungguh-sungguh mahu pergi tengok Iron Maiden ?", tanya seorang kawan yang juga seorang pegawai pendidikan. "Ada kisah disebaliknya,kawan. Kalau aku tak pergi, aku akan rasa bersalah dengan diri sendiri. Lihat sekarang, atuk-atuk Maiden sudah tua, macam-macam boleh terjadi, mana tahu ini kali terakhir!" balasku dengan letusan bibir yang menzahirkan hasrat jujur dari hati.

Berbekalkan peribahasa Melayu ada berbunyi ‘hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih’, akhirnya aku berjaya mendapatkan tiket Pen A Free Standing meskipun pada detik-detik akhir.Syukur!.Jutaan terima kasih kepada seorang kawan yang turut membantu pencarian tiket.Jasamu akan dikenang seperti aku mengenang kisah zaman kanak-kanak aku  ditemani Iron Maiden.Perasaan gelisah secara automatik lenyap bertukar kepada semangat yang membara!.Tanpa sempat dengan perancangan yang rapi, aku selesaikan segala urusan sebelum bertolak.





“Mahalnya harga tiket.RM 450 satu kepala!” kata seorang kawan.Aku diam seketika kemudian berkata “ Kita panggil Iron Maiden mendendangkan lagu dalam bilikmu, kemudian kita bayar rm 10 000, dari awal-awal lagi Steve Harris tak mahu.Ini Iron Maiden,sesuatu yang bernilai, ada kualiti dan  bukannya seperti Mawi Juara Sms AF.” Kami ketawa terbahak-bahak di pinggir jalan.


      Sebelum bertolak, malangnya nasib pula aku tertinggal tiket dan pasport di tempat kerja.Selama 3 jam usaha aku untuk mendapatkannya kerana pintu grill pagar terkunci rapi. Dengan bantuan dua orang pengawal, aku memanjat bangunan yang tingginya 2 tingkat, dan akhirnya aku berjaya mendapatkan tiket dan pasport walaupun meninggalkan kesan calar berdarah di bahagian tepi perut kiriku akibat terkena bucu simen yang tajam lagi rakus.Apalah sangat parut calar ini berbanding Iron Maiden yang sudah bertahun-tahun setia menemani aku!. Soal demam dan sakit dada yang dihadapi seminggu sebelumnya sudah ditketepikan jauh,matlamat aku yang mesti direalisasikan ialah bertemu mata dengan  Iron Maiden.

Disulami dengan semangat Iron Maiden, t-shirt Iron Maiden dan irama Iron Maiden, sampai jua kami di Singapura.Pertama kalinya kaki menjejaki Temasek, lantas aku terkenang tentang sejarah Sang Nila Utama keturunan diraja Srivijaya yang menubuhkan kerajaan Singapura lama pada tahun 1324.Kesempatan itu, kami bersiar-siar untuk mengenal serba sedikit perihal Singapura yang dahulunya dikenali sebagai Temasek.Keadaan cuaca di kota Singapura agak panas kerana setiap genap tanahnya didiami oleh konkrit-konkrit besi yang terpacak megah. Tiada apa-apa yang menarik tentang Singapura, selain pusat hiburan yang bangga bertelanjang bebas di merata tempat.Sama juga seperti di kota-kota  Malaysia lagaknya.Cuma sedikit bezanya, kami tidak dapat merokok secara bebas berbanding di Malaysia. Aku tabik tanda hormat dengan ketegasan kerajaan Singapura melaksanakan undang-undang. Lupakan seketika untuk perihal Singapura yang sudah lama maju. 
15 Febuari 2011 tercatat dalam diari kehidupan aku selaku Mat Metal Kampung.Jam menunjukkan pukul 3 petang, kami sudah terpacak di perkarangan Singapore Indoor Stadium .Aku hanya dapat memasuki ruang konsert pada sekitar jam 8 malam setelah hampir 5 jam beratur panjang . Lebih kurang jam 8.45 malam, aku diam tertikam lantas mencubit halus pada peha kiri dan kemudian hati berbicara " Oh bukan mimpi, Iron Maiden depan mata!".Tirai konsert dibuka dengan lagu Satellite 15...The Final Frontier dan El Dorado daripada album terbarunya The Final Frontier.Kemudian diikuti dengan karya klasiknya   2 Minutes to Midnight. Korus lagu ini disambut oleh suara segerombolan askar-askar di bawah.Seterusnya lagu Coming Home dan Dance of Death berkumandang, secara jujurnya dua  lagu  tersebut agak kurang mesra dengan telingaku, mungkin kerana bukan lagu pilihan aku,.Kesempatan ini aku  mengambil keputusan untuk berasak sedikit ke depan lagi. Susah.Terlalu padat dengan batang-batang tubuh manusia. Dengan aksi moshpit, aku berjaya juga meloloskan diri ke jarak yang paling hampir dengan pentas.Tiba-tiba pentas digelapkan seketika lantas intro The Trooper bergema, sekali lagi segerombolan askar menggila.Keadaan menjadi huru-hara dan tidak terkawal. The Trooper merupakan sebuah lagu yang agak ringkas tetapi telah menjadi lagu  'kebangsaan' untuk pengikut setia Iron Maiden.Pelbagai bau badan dan peluh dari jasad-jasad pelbagai kaum bercampur-baur dan bersatu atas nama Iron Maiden.Konsert diteruskan lagi dengan lagu Blood Brothers ,The Wicker Man, When The Wild Wind Blows , The Talisman, dan The Evil That Men Do.Seperti juga pada awalnya, anggota Iron Maiden masih tetap bertenaga meskipun sudah lanjutt usia. Sesuatu yang amat mengagumkan.Benarlah kata seorang teman; “muzik menjadikan kita kelihatan muda dan bertenaga.” 

Biji  mataku bagaikan tidak percaya melihat Iron Maiden yang selama ini hanya dapat didengar dari pita kaset dan ditonton dari video sahaja. Aku terkesima melihat aksi Bruce Dickinson dengan suara tersendiri dan bersemangat melontarkan suara (dari awal sampai sekarang, suara beliau masih lagi tidak berubah),  Steve Harris pula dengan penuh yakin memetik gitar  bass besarnya dan sesekali membuat aksi tembakan ke arah penonton , Dave Murray dengan gaya bersahaja dan selalu melemparkan senyuman, Janick Gers dengan gaya lincah dan sesekali menari riang, Andrian Smith kelihatan fokus pada permainan gitarnya yang lebih kepada corak solo blues, manakala  kelibat Nicko McBrain yang khusyuk menghasilkan hentaman sesekali kelihatan kerana terlindung dengan set drum. Satu perkataan untuk mengambarkan Iron Maiden : Lagenda!. Ditambahkan pula dengan seri latar belakang pentas yang sering bertukar mengikut lagu,hal ini menjadikan konsert itu seakan-akan bernyawa  untuk santapan jiwa-jiwa gersang.

Sekali lagi pentas digelapkan, intro lagu Fear Of The Dark disambut oleh jeritan  ribuan peminat di bawah. Seakan tidak percaya, dalam diam-diam, bulu roma aku meremang dan seketika aku terpaksa mengawal perasaan sebak dan terharu.(Mat Metal mesti kuat! Nota : ketawa terbahak-bahak).Aku tekenangkan zaman awal akil baligh.Zaman di mana setiap pagi aku memakai pakaian seragam sekolah  dengan diiringi lagu Iron Maiden dan Deep Purple. Sesekali aku menoleh ke sebelah, kelihatan seorang abang atau layaknya dipanggil pak cik, matanya wujud air yang bergenang  sambil menyanyi kecil setiap baris lagu.Mata kami bertaut, lantas dia melemparkan senyum. Aku turut tersenyum mesra.Oh! betapa hebatnya virus Iron Maiden  yang telah menakluki setiap jiwa yang tandus.Lebih menarik lagi apabila bahagian melodi gitar juga turut diiringi oleh suara peminat.




 Kemunculan maskot Eddie pada saat lagu wajib Iron Maiden mengamatkan suasana.Aksi Janick Gers bergurau senda dengan Eddie  sangat menghiburkan.Aku tersenyum kerana sudah sedia maklum dengan Janick Gers yang selalu pandai menghidupkan suasana seperti yang dapat dilihat dari video sebelum ini.Seterusnya The Number of the Beast sebuah lagi  karya klasik  berkumandang mengegarkan setiap ruang stadium tertutup itu.Lantas lagi sekali aku terkenang arwah abang yang pernah mengatakan  sangat suka bahagian ‘bass line’ petikan Steve Harris untuk lagu tersebut.Konsert bersejarah pada malam itu diakhiri dengan karya agung Hallowed Be Thy Name  dan Running Free.Meskipun sedikit terkilan kerana ketiadaan lagu Aces High dan Rime Of The Ancient Mariner, aku masih mampu tersenyum dan  “mengangkat dua ibu jari tanda puas untuk konsert Iron Maiden - The Final Frontier World Tour in Singapore.

Keringat membasahi segenap t-shirt aku seakan-akan turut sama membasahi jiwaku yang ‘dahaga’buat sekian lama dengan Iron Maiden. Ingin aku menjerit  "membesar dengan belaian alunan  Iron Maiden adalah suatu kisah yang epik, dan penantian selama 19 tahun telah berakhir!".


" Abe dah berkesempatan melihat Iron Maiden dengan mata sendiri, Abe Dan.Ya, Steve Harris sungguh hebat seperti Abe Dan pernah katakan suatu masa dahulu!", antara ayat yang mungkin akan terpancul keluar dari  bibirku jika masih berpeluang menatap mata arwah.

nota : gambar hasil daripada Karisma dan LAMC Productions
*ketika menulis ditemani lagu-lagu dari album  Somewhere In Time  dari kugiran Iron Maiden.
*menanti Manowar, Slayer,Morbid Angel,Sepultura dan  Cannibal Corpse.

Jasadbeku @ Wan Slaughter
19 Feb 2011
Bandar Puteri,Klang


Pembetulan, sepatutnya begini ;
Ingin aku menjerit "membesar dengan belaian alunan Iron Maiden adalah suatu kisah yang epik, dan penantian selama 19 tahun telah berakhir!".

" Abe dah berkesempatan melihat Iron Maiden dengan mata sendiri, Abe Dan.Ya, Steve Harris sungguh hebat seperti Abe Dan pernah katakan suatu masa dahulu!. Tapi Abe Dan, kita kena akui Allah lagi maha hebat kerana masih beri kesempatan kepada Steve Harris!", antara ayat yang mungkin akan terpancul keluar dari bibirku jika masih berpeluang menatap mata arwah.

nota ; ada sedikit penambahbaikan. ternyata waktu muda masa berapi-api, semoga tidak lagi mengikut panasnya api, sepatutnya mengikut indahnya cahaya.
 nota kecil ; al-fatihah untuk arwah Wan Hamdan Bin Wan Hassan.