Notis Hak Cipta

© Jasadbeku blogspot.com

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini perlulah mendapat izin daripada Jasadbeku blogspot.com. Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari halaman ini.Ini bertujuan untuk keselamatan dalam kebebasan menulis.Terima kasih.

PERHATIAN

1. Jasadbeku.blogspot.com TIDAK bertanggungjawab terhadap semua komen yang dihantar pembaca dan diterbitkan semula di blog ini.

2. Komen 'anonymous' TIDAK akan disiarkan. Sebarang komen yang menyinggung rasa dan bersifat serangan peribadi menurut tafsiran Jasadbeku.blogspot.com juga tidak akan dilayan.

3. Muatan, catatan, entri, pandangan peribadi Jasadbeku blogspot.com TIDAK mewakili pandangan mana-mana pihak.

18 November 2010

Namanya Rosnah

Jam 12.15 tengah hari di Stesen Caltex, Bandar Puteri.

 Sedang berdiri tegak di depan kaunter, ditegur oleh gadis juruwang berbangsa India.
'Abang! Kenapa renung saya?" tanyanya dengan melemparkan senyuman manis.

Lantas jawabku, "Ntah,saya pun tak tahu. Sedikit hairan dengan nama awak kat name tag.
Terpapar jelas namanya ROS.

"Ya, nama saya Ros.Kenapa? tanyanya lagi.

" Oh begitu rupanya" bisik hatiku meskipun masih hairan.

" Ros, macam nama Melayu.Nama penuh kamu?"dibiarkan soalannya tak terjawab ditenggelami  bunyi lori diluar sana, malahan aku bertanya lagi.

"Rosnah.Ooooo kamu hairan kenapa nama saya Melayu? pertanyaannya memang tepat memanah sasaran kehendak serebrum akalku.Aku hanya membiarkan bibirku mengukir senyum meskipun tak ingin tersenyum.Hairan A/L Ajaib!.

" Kamu mesti pelik kan? ujarnya lagi. " Papa saya orang Cina, Mama saya orang India, bila kahwin dapat saya, mereka bagi nama Melayu.Sebab tu nama saya Rosnah.Bagus kan? terangnya.

Hanya sekali  mengangguk dan tersengih, dalam hati " Oh indahnya!"

Lantas bayar Vanilla Coke dan Winston, dan terus keluar.Dari jauh, si gadis itu melambai-lambaikan tangan sambil tersenyum.


Nota : Hapuskan perkauman!

Jasadbeku a.k.a Wan Slaughter
1.00pm 19 Nov 2010


07 November 2010

Politik Cara Tikus

"....lu jadi wakil rakyat, lu kena mewakili suara rakyat, bukan hari-hari buncitkan lu punya perut, dan pakej kawen muda lagi satu."

nota : politikus? tikus berpolitik!

Seperti Menaiki Perahu

"....seperti menaiki perahu,berhenti mendayung, maka hanyutlah di bawa arus deras"
nota : bukan setakat tarik nafas lepas nafas.

Pesan Nenek

Pesan Nenek

Rambut pendek disisir rapi
Rambut panjang tersimpul mati
Pedihkah mata dan hati
Melihat diriku begini..
Ke mana hilangnya... toleransi berdemokrasi
Kenali hati jiwa bukan rupa, jangan salah memuji
Kasih sesama insan
Yang penting saling menghormati..

Bukan kata yang diagungkan

Tapi perbuatan jadi ukuran
Jujurlah setia berkawan
Bukan insan meragut insan..
Malaysia maju aman, kan baik begini
Jangan mundurkan lagi
Pemikiran rakyat
Jangan nak singkat
Jangan nak hidup sendiri
Jangan nak maki, kata nak caci
Itu bangsamu sendiri..

Apa nak dihiraukan

Mata sepet, mata bulat
Kulit hitam, kuning langsat
Jalan lurus jangan sesat
Pipit sama enggang dah lama terbang bersama
Ini kan kita manusia
Mengapa bermasam muka
Ku hormati... kasar bisikan mu.. semalam..
Perjuanganku, untuk terus hidup.. ku teruskan.
 
nota : Pesan Nenek- PureVibracion 
http://www.myspace.com/purevibracion

05 November 2010

Tak Takut Tuhan

Sesudah Asar, petang yang agak mendung.Burung berterbangan bebas lalu hinggap di dahan pohon mangga.Di bawahnya ada seorang lelaki sedang khusyuk bermain gitar.Kemudian beliau didatangi dua orang anak kecil.

Anak Kecil A : Ini la brader yang aku cakap tuh! Power gila main gitar! Semua orang kampung aku tahu!

Anak Kecil B : Oh iyeke? Rambut panjang, mesti hebat! Wa caya sama lu,brader!

Anak Kecill A : Yelah, semua lagu dia boleh main, dari lagu Iron Maiden hinggalah lagu Cannibal    Corpse, semua brader ni boleh main! Solo mengigit!

Anak Kecil B : Wohoaaaaa hebatnya! (mulut ternganga luas tanda kagum)

Anak Kecil A : Kehebatannya menjadi buah mulut pengikut music underground. Sebut namanya sahaja, orang dah takut dengan kehebatannya! Tiada siapa yang boleh lawan brader nih! Tuhan pun takut dengan kehebatannya!

Brader Rock : Dik! Jangan cakap macam tu, berdosa. Abang takut dengan tuhan,dik.

Anak Kecil A : Habis tu, kalau takut tuhan,kenapa saya tak pernah tengok abang solat, selalu praktis gitar jer siang malam.Takut tuhan?

Anak kecil B : Oh iyeke?

Brader Rock :  ................(terdiam lalu tersengih-sengih persis kerang busuk.)


nota : insaf.

Simpati dan Empati

"..ramai antara kita bersimpati daripada berempati,dan malangnya manusia sekarang hilang perasaan bersimpati apatah untuk berempati" katanya sambil melihat anak-anak gadis sedang terkinja-kinja di lereng kota.

Propaganda!!



PROPAGANDA
---------------------
throwing lies, through the media
human greed, make the suffer
war declare, with no reason
world dominate, human destroy.

this propaganda !
we will die!
this propaganda !
we must fight !

world propaganda !
war propaganda !

win the minor, with tricks
throwing money, makes the promise
blind the justice,for the glory
war territory, is democracy

this propaganda !
we will dead !
this propaganda !
we must fight !

note : when the media are controlled by the government?.its bullshit!!

Internet Era Alienation

Internet Era Alienation-Insect Warfare

"life isn't a messageboard, why don't you go outside.
you are not shit without an avatar to hide behind.
always quick to speak you're mind but you got no one to talk to.
except your dumb-fuck online friends who never even met you.
sit behind computer screens.
on the internet you own the scene."



nota : diam berfikir.

04 November 2010

Central Market


Dari tahun 2002 sehinggalah (2010) sekarang aku masih lagi gemar menghayati setiap sudut tanah dan atmosfera Central Market.Seakan wujud ketagihan yang mencengkam erat serebrum akalku.Salah satu kuasa tarikannya ialah dendangan lagu-lagu bertemakan manusia dan kehidupan dari pemuzik jalanan Nik Jidan, Nan Blues, Meor,dan Syed.Mereka bukan sekadar meletuskan gerak antara dua bibir.

Nota : Video di atas_Terang Bulan oleh Nik Jidan dan Meor_Malam Seni Rakyat,Kajang 2009.

Lidah Politikus

"...seandainya dilahirkan sebagai anak jati negeri lain sekalipun, aku juga masih kagum dan hormat pada semangat jati diri yang ada pada setiap orang Kelate!"

"...sesuatu yang aneh apabila melihat ramai mereka yang begitu anti-Kelate,cuma satu faktornya yang paling tepat ialah :
"Politikus dan media (lidah politikus) pencetus aura kenegatifan pada Kelate!" Jika tak tahu, sila diam.
nota : belajar,faham dan hayati sejarah Malaysia dan Politiknya , dan jangan kerana setitik air kencing, habis susu sebelanga dibuang.

03 November 2010

Malas

".....malas nak menulis sekarang,baca blogspot manusia lain, rasa tertarik kawe copy dan kongsi! Sibuk dengan urusan harian,kerja, kerja dan kerja, main gitar sekali-sekala hiburkan kucing dalam bilik" bentak hatinya.

Bapaku Seorang YB


Bapakku seorang YB di negara demokrasi
joget dan zapin dia tahu menari
hari-hari meeting
hari-hari outstation
sampai pagi konon menghargai
kesetiaan para pengundi yang memilihnya di pilihanraya

Di atas podium di hadapan rakyat
orang-orang kampung jauh terpencil
lidah bapaku petah bersilat
uratnya tegang mata terjegil

Bapakku pakar pintar teori mulut berbuih mata
melilau bersembur serapah segala jampi
orang-orang kampung batuknya hijau
Kitab sejarah dan hadis Nabi jadi hafalan bapaku
bestari rakyat maehaen ditaburi janji

Tidak siapa tahu bapakku gergaji bermata dua
sondol sana - sondol sini
dia main tutup mata
orang-orang kampungterlopong dengan mata terbuka

Bapakku seorang YB di negara demokrasi
anak aku bertuah tidak pernah mengundi
diajarnya aku berotak pintar
untuk hidup mesti terlebih ajar

Oh alangkan bertuah aku anak bapak
Bapakku YB , aku jadi penyangak
masing-masing putar belit
masing-masing pintar teori
masing-masing isi perut dan tembolok sendiri

Bapakku seorang YB di negara demokrasi
di parlimen tak habis-habis berkelahi
jadi YB tak habis-habis kena maki

Pyanhabib
Malam Seni Rakyat,Kajang.

Orang Timur

>
Jepun pandang ke barat
Untuk kemajuan
Apa nak jadi dengan malaysia
Pandangannya ke mana

Di mana arahmu
Sedar bangunlah
Pesat dan majukan negerimu

Orang timur bangunlah
Pesat dan majukan
Apakah warna kulitmu
Apakah kita sama
Ke manakah perginya
Mana arah mu

Marilah kita bangunkannya
Untuk kepentingan kita bersama
Setapak langkahmu ke hadapan
Bererti kejayaan


nota :bersama kita berfikir tentang lirik dari kumpulan rock SYJ.

KAFA anak tiri?

AMPANG, November 09, 2009 - Tahniah diucapkan kepada Pasukan Negeri Sembilan kerana menjuarai Piala Malaysia edisi yang ke 84 pada 7hb November 2009. Saya sebagai pemerhati bolasepak ingin memberi komen terhadap kejadian yang berlaku di Stadium Bukit Jalil pada hari tersebut.

Saya berada disekitar stadium seawal pukul 11 pagi kerana ingin melihat sendiri kemeriahan suasana sebelum pertandingan. Apa yang dilihat, pihak FAM, Pengurusan Stadium dan Polis yang dari awal mengetahui tiket sudah terjual 85,000 keping tidak mengambil kira kedatangan penonton yang datang dari jauh.

Penonton yang kebanyakannya datang dengan keluarga, ada yang membawa anak kecil. Selain daripada khemah untuk gerai yang menjual jersi dan cenderamata, tiada khemah atau tempat yang tertutup lain di luar stadium disediakan untuk penonton berteduh. Semua sudah maklum yang tiap-tiap petang hujan lebat akan berlaku di Lembah Kelang.

Suasana yang tenang pada mulanya telah bertukar menjadi sedikit tegang apabila petir dan kilat sabung menyabung tepat jam 3.30 petang. Penonton yang tiada tempat yang hendak dituju terpaksa berasak-asak kearah pintu masuk stadium dengan harapan pintu dibuka segera. Tiada tujuan lain selain untuk berteduh daripada hujan lebat. Pihak polis dan pengurusan stadium macam buat tak nampak saja apa yang berlaku diluar sana.

Padahal anak-anak kecil terpaksa berasak-asak ditengah-tengah lautan manusia. Hujan turun selebat-lebatnya pada jam 4.00 petang. Semua berada didalam risiko disambar petir atau pun lemas dipijak. Semua pihak yang tengok dari dalam stadium hanya memandang sinis hanya kerana mereka tersebut adalah penonton Kelantan yang sememangnya di anak tiri dalam segala hal.

Pada pukul 4.30 petang suasana tidak berubah, hujan makin lebat, penonton tiada pilihan selain menggoncang dan merempuh pagar. Pagar yang dirempuh akhirnya terbuka dan seramai kira-kira 5000 penonton bolos. Pada ketika itu, hanya ada 3 orang polis yang bertugas. Tidak seperti yang digembar-gembur kan dalam berita TV dan Radio sehari sebelum nya yang kira-kira 1500 polis akan bertugas. Disitulah “turning point” kesilapan terbesar yang berlaku, penonton yang masuk tanpa diperiksa oleh pihak pengurusan stadium, FAM, polis dan RELA, membawa segala-galanya.

Suka saya bertanya, siapa yang salah dalam hal ni dan siapa yang menjadi tuan rumah didalam perlawanan akhir ini? Pintu akhirnya berjaya ditutup kembali oleh pihak polis pada pukul 5.00 petang. Mulai daripada pukul 5.00 petang baru lah penonton yang berada diluar dibenarkan masuk melalui “official gate”. Tetapi apa yang menyedihkan, beg-beg tidak diperiksa. Ini tidak seperti Perlawanan Akhir Piala FA tempohari di mana beg-beg diperiksa dengan begitu rapi, air mineral berbotol tidak dibenarkan masuk. Tapi pada malam tersebut, bukan setakat tidak memeriksa botol air mineral, beg dan mercun, malah air mineral dijual terbuka di dalam stadium.

Tindakan pro-aktif dari pihak FAM dan Pengurusan Stadium Bukit Jalil perlu, berdasarkan pengalaman yang lepas semasa Pertandingan Akhir Piala FA dimana ianya juga membabitkan Pasukan Kelantan. Atau pihak FAM menunggu perkara ini berlaku dan akan menuding jari serta-merta kepada pihak KAFA.
Apa salahnya “official gate” dibuka seawal jam 3.00 petang untuk mengelakkan kejadian buruk berlaku. Bayangkan 85,000 manusia berada diluar stadium, dan pihak pengurusan Stadium bercadang membuka “official gate” pada pukul 5.30 petang. Kalaulah “official gate” dibuka seawal jam 3.00 petang maka ia memberi ketenangan kepada semua pihak yang terlibat. Pihak polis dan RELA akan mempunyai masa yang cukup untuk memeriksa penonton secara teliti dan ini akan mengelakkan kejadian membawa masuk mercun dan botol air.

Apa yang dilihat, pada pukul 8.45 malam di mana perlawanan sudah hendak bermula, beribu-ribu lagi penonton masih berbaris diluar. Di dalam hati setiap penonton yang berbaris tersimpan “eagerness” yang tinggi untuk menonton perlawanan tersebut. Ini menimbulkan “creating un-necessary tension” terhadap penonton yang masih berada diluar dikala wisel perlawanan dibunyikan. Kenapa perkara ini tiada langsung dibenak mereka-meraka yang bertanggungjawab menguruskan perlawanan ini.

Apabila penonton yang bolos akibat dari rempuhan pintu pagar tadi sudah berselerak di dalam stadium, apa lagi yang boleh dibuat oleh pihak pengurusan stadium, FAM dan polis. Mereka hanya menunggu untuk menyalahkan pihak lain. Pihak yang selalu disalahkan ialah KAFA.

Kejadian ini adalah 100% diluar kawalan KAFA. Pihak KAFA tidak boleh dipersalahkan kerana mereka bukan yang menguruskan stadium dan mereka juga bukan tuan rumah.

Memang semua pihak yang hadir termasuk saya sendiri tidak selesa dengan dentuman mercun yang tiada henti dari permulaan sehingga akhir perlawanan. “Semacam berada di Baghdad” kata pengulas sukan Zainal Abidin Rawop. Tetapi apakan daya, bak kata pepatah, membenteras lebih baik dari mengubatinya.

Sekarang, tiada pilihan lain, selain menyalahkan 100% kejadian ini kepada KAFA. Mereka akan didenda tidak kurang dari RM100,000, atau bermain stadium yang kosong atau tidak dibenarkan langsung dari menyertai MSL musim depan. Apabila dilihat dari sudut yang berbeza, “contribution” oleh penonton Kelantan dari segi kutipan tiket, kalau mengambil kira jumlah penonton 65,000 orang, RM 1,300,000 telah berjaya dikutip pada malam tersebut. Tidak termasuk penonton Kelantan yang membeli tiket yang dikhaskan kepada penyokong Negri Sembilan, dan tidak termasuk “consequences cost” seperti jualan jersi, cenderamata, makanan dan minuman pada hari tersebut. Penyokong Kelantan dan KAFA adalah pihak yang kalah dalam segala hal, walaupun kejadian ini boleh dibendung oleh pihak berwajib.

Saya sebagai pemerhati sukan ingin memberi gambaran tindakan yang diambil oleh FAM terhadap KAFA dilihat sentiasa berat sebelah. Contohnya kejadian membakar trak polis di luar perkarangan Stadium Kota Bharu, yang tiada kena mengena dengan penonton (peniaga yang bergaduh dengan polis), pihak KAFA juga disalahkan. KAFA didenda lebih RM100,000 dan tidak dibenarkan beraksi di stadium tersebut untuk beberapa perlawanan. Kerugian setiap perlawanan semasa beraksi di Kuala Lumpur juga ditanggung oleh KAFA.

Berbanding kejadian penonton masuk ke padang dan ingin menumbuk pengadil di Stadium Ismail Nasirudin Shah di Kuala Terengganu, pihak PBNT hanya didenda RM 5,000 sahaja. Kejadian lontar mercun terhadap pemain Selangor (T. Surendran) ketika meraikan jaringan oleh peminat Terengganu, PBNT hanya didenda RM 6,000 sahaja. Tahap keselamatan pagar stadium tersebut juga tidak melepasi tahap FAM, serta kualiti padang yang teruk seperti yang dikomen oleh jurulatih mereka sendiri (Ken Worden) dan Peter Butler, tetapi pihak FAM masih membenarkan perlawanan diadakan di Stadium tersebut. Kalau lah perkara ini berlaku di Kota Bharu, tindakan berlainan akan dilakukan. Kenapa tidak disuruh pasukan Terengganu beraksi di Kuantan yang mempunyai Stadium bertaraf antarabangsa? Kenapa FAM berdiam diri semasa kejadian memecah cermin kereta dan bas penyokong Kelantan di Perlis? Kenapa FAM berdiam diri apabila pemain Kelantan (Farisham) yang menunggu rawatan ditepi padang tercedera dibaling mercun di kepala oleh penonton Perlis ketika perlawanan separuh akhir tersebut, dimana ianya berlaku terang-terangan di saluran TV1 yang dipancarkan diseluruh Malaysia?

Kenapa dilihat “in-consistency” berlaku? Dilihat terdapat keputusan yang “bias” dan bertindak hanya untuk “pleased”kan pihak atasan sahaja. Kelemahan sendiri ditutup rapi. Harus diingat, fenomena bolasepak Malaysia kini kembali diwarnai kerana “turning point” yang dilakukan oleh pihak pengurusan KAFA yang menguruskan secara professional ala EPL dan sokongan peminat-peminat bolasepak Kelantan. Sehinggakan pihak pengurusan Tentera dan KL Plus juga berterima kasih kepada Kelantan kerana peningkatan hasil “gate collection” mereka semasa bertemu Kelantan di Stadium Selayang dan Cheras. Saya berharap pihak FAM membuat pertimbangan yang sewajarnya dan mengkaji dari segenap sudut sebelum menjatuhkan apa-apa hukuman terhadap KAFA.

Sekian, terima kasih.

Petikan diambil dari tulisan :
Ir. Azizan Razak, Jurutera Professional,
Hp : 012-2050538

Jebat

"...raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah" tiba-tiba terpancul dalam serebrum otak kanan.

nota : Riwayat Hang Jebat tanpa ISA!

02 November 2010

ULTRAMAN GRINDERS HATE WAR



I HATE WAR
--------------
i hate war!
war is killing!
war is selfish!
war is greed!
war is nothing!
war is arrogant!
war is suffer!
war is destroyer!
war is business!
war to control!
war is crime!



Taken from DISEKSA split album
note : for the brain-suckers, think of the message behind this funny video!

Deklarasi Rakyat Kelantan


Bahawasanya, kami rakyat Kelantan
Sedar
Televisyen dan akhbar kamu, menipu kami
Kamu siarkan berita berat sebelah
Kamu menggelapkan berita benar
kami sedar kamu mahu memancing dan membeli kami
Tidak akan kami menjual negeri kami
Tidak akan kami gadai Islam kami,
Sedarlah kamu,
Kamu kelirukan agama
Kamu peralatkan tokoh agama seperti terompah kayu
Kamu tolak hudud
Kamu perlekehkan agama
Kamu persendakan ulamak
Kamu paksa tokoh koporat tawan hati kami
dengan gula-gula ekonomi
Awas !
kami tidak bodoh
kami tidak bodoh
kami tidak bodoh
kata apa yang hendak kamu kata
perkosa televisyen dan akhbar sepuas nafsu kamu
kami akan tetap dengan pendirian kami
Islam cara hidup kami
Al-Quran panduan kami
Ya Allah Ya Tuhan kami
Berikan kemenangan kepada orang-orang Islam
Binasakan musuh Islam, Penentang agamaMu
Pecah belahkan kesatuan mereka
Belenggukan mereka
Ya Allah Ya Tuhan Kami
Tetapkan kami dengan Islam
Matikan kami semua sebagai sholihin.
Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.


Nota : Deklarasi rakyat Kelantan semasa Perhimpunan Rakyat Kelantan pada 23 April 1995 di Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu.