Notis Hak Cipta
© Jasadbeku blogspot.com
Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini perlulah mendapat izin daripada Jasadbeku blogspot.com. Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari halaman ini.Ini bertujuan untuk keselamatan dalam kebebasan menulis.Terima kasih.
PERHATIAN
© Jasadbeku blogspot.com
Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini perlulah mendapat izin daripada Jasadbeku blogspot.com. Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari halaman ini.Ini bertujuan untuk keselamatan dalam kebebasan menulis.Terima kasih.
PERHATIAN
1. Jasadbeku.blogspot.com TIDAK bertanggungjawab terhadap semua komen yang dihantar pembaca dan diterbitkan semula di blog ini.
2. Komen 'anonymous' TIDAK akan disiarkan. Sebarang komen yang menyinggung rasa dan bersifat serangan peribadi menurut tafsiran Jasadbeku.blogspot.com juga tidak akan dilayan.
3. Muatan, catatan, entri, pandangan peribadi Jasadbeku blogspot.com TIDAK mewakili pandangan mana-mana pihak.
2. Komen 'anonymous' TIDAK akan disiarkan. Sebarang komen yang menyinggung rasa dan bersifat serangan peribadi menurut tafsiran Jasadbeku.blogspot.com juga tidak akan dilayan.
3. Muatan, catatan, entri, pandangan peribadi Jasadbeku blogspot.com TIDAK mewakili pandangan mana-mana pihak.
30 Januari 2012
Cerdik
Kehidupan di dunia ini sementara, kehidupan di akhirat itu tiada penghujung.Maka manusia paling cerdik ialah mereka yang selalu ingat dan bersiap bekal untuk mati.
Cantik
Bukan perhiasan yang mempercantikkan diri kita melainkan yang mempercantikkan diri kita adalah akhlak.
Bijaksana
MEREKA yang bijaksana berusaha menyalakan pelita daripada sibuk menyumpah terhadap kegelapan.
Jatuh
Jatuh pada lembah yang sama bagi kali kedua adalah suatu kebodohan.Apakah pengalaman pertama tidak digunakan?
Toleh Diri
KITA sering toleh kanan toleh kiri ,komen sana komen sini, sampai kita terlupa untuk melihat dan mengkritik diri sendiri.
Sistem Celaru
DUNIA sekarang dipenuhi seribu macam pelik.Tidak dapat tidak, cara hidup kita seperti dihijabkan oleh gagasan sistem yang cuba memisahkan manusia dengan tuhan.
Syurga?
" SYURGA bukan untuk orang pandai.Hujung hidup kita belum tentu natijahnya.Usahalah atas iman."
Orang Bersyukur
Orang yang mengenal hakikat diri lantas bersyukur akan selalu melafazkan alhamdulillah padahal pada waktu batuk.Katanya lagi, merasai sakit pun adalah nikmat.
Masjid
Ketika anak-anak kecil bergurau senda di perkarangan masjid, lalu kawan aku berkata , " Jom, masuk dalam.Dalam masjid ada ketenangan."
Semalam, Esok & Saat Ini
Semalam telah pergi, esok belum tentu.Saat ini untuk apa?.Maka beruntunglah bagi mereka yang selalu berusaha dengan sabar untuk menjadi lebih baik.
Kiamat
terkenang kata-kata seorang kawan ;
Ramai manusia sibuk bicara soal kiamatnya dunia, tetapi jarang yang
bicara soal kiamatnya diri seseorang itu iaitu mati.Maka beruntunglah
bagi mereka yang mengingati mati.
Perubahan
"Kebodohan orang Melayu-Islam jelas apabila asyik bertelagah memilih pemimpin tetapi terlupa untuk memimpin diri sendiri ke jalan Allah swt.Percayalah, perubahan sebaik-baiknya ialah perubahan dalam diri yang bukan sahaja dapat membentuk masyarakat dan negara malahan perubahan dunia sekalipun."
Kehendak Jahil
Lagi kawan saya kata ;
" Pemimpin adalah cerminan sesebuah masyarakat itu.Dalam demokrasi,
pemimpin dipilih mengikut kehendak undi rakyat.Jika rakyat majoritinya
jahil, maka lahirlah pemimpin yang dapat memenuhi kehendak jahil."
Democracy Is Hypocrisy
"You and I have never seen democracy; all we've seen is hypocrisy." - Malcolm X
Keluh?
"Dilanda kesibukan pun mengeluh!. Bukannya sampai berdarah dada ditindih batu besar atau diheret di dataran pasir berbatu seperti Bilal Ibn Rabah pun!.Usah berbicara soal diri dikhianati , tetapi laksanakanlah tanggungjawab itu." lolosnya.
Khalid Al-Walid
Aku berperang mempertahankan agamaku demi Allah, engkau berperang mempertahankan negaramu demi raja.Aku mencintai mati syahid sepertimana kamu mencintai dunia. " - Khalid Al Walid
Seinci
"Blues, rock & roll, metal kononnya 'cool' rupa-rupanya terpesong seinci .Kata orang, terpesong seinci boleh tersesat beribu batu, ingin ke Mekah terpesong ke Los Angeles."
Ke Jalan Allah
"Selangkah
ke jalan Allah, dua tiga empat lima enam tujuh lapan sembilan sepuluh
ribu langkah Allah permudahkan perjalanan kita."
nota : ayuh, sujud.
Bawang & Rokok
"Jika dulu ramai perempuan asyik mengupas bawang dan memasak di dapur seperti ibunya.Sekarang ramai perempuan asyik merokok dan melepak di kedai kopi seperti ayahnya."
Yakin?
"JIKA kita benar-benar yakin akan ada seksaan neraka, sudah pasti saat ini kita akan gantikan gelak tawa dengan titisan air mata.
Langgan:
Catatan (Atom)