Notis Hak Cipta

© Jasadbeku blogspot.com

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini perlulah mendapat izin daripada Jasadbeku blogspot.com. Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari halaman ini.Ini bertujuan untuk keselamatan dalam kebebasan menulis.Terima kasih.

PERHATIAN

1. Jasadbeku.blogspot.com TIDAK bertanggungjawab terhadap semua komen yang dihantar pembaca dan diterbitkan semula di blog ini.

2. Komen 'anonymous' TIDAK akan disiarkan. Sebarang komen yang menyinggung rasa dan bersifat serangan peribadi menurut tafsiran Jasadbeku.blogspot.com juga tidak akan dilayan.

3. Muatan, catatan, entri, pandangan peribadi Jasadbeku blogspot.com TIDAK mewakili pandangan mana-mana pihak.

15 November 2009

Bongkar

BONGKAR
Kalau cinta sudah dibuang
Jangan harap keadilan akan datang
Kesedihan hanya tontonan
Bagi mereka yang diperkuda jabatan
Ooh ya oh ya oh ya bongkar2X

Sabar sabar sabar dan tunggu
Itu jawaban yang kami terima
Ternyata kita mesti ke jalan
Robohkan setan yang berdiri mengangkang
Ooh ya oh ya oh ya bongkar2X

Penindasan serta kesewenang-wenangan
Banyak lagi...
Teramat banyak untuk disebutkan
Oh hentikan,hentikan jangan diteruskan
Kami muak,dengan ketidak pastian dan keserakahan
Di jalanan,kami sandarkan cita-cita
Sebab dirumah,tak ada lagi yang bisa dipercaya
Orang tua,pandanglah kami sebagai manusia
Kami bertanya,tolong kau jawab dengan cinta

Iwan Fals

11 November 2009

Semakin Sarat

Tamat sahaja sesi perjumpaan bersama Badan Pengawas, telefon genggam aku menjerit.Aku angkat dan terima.

" Pengetua mahu jumpa awak sekarang",
Tegas yang mendatar nadanya..Aku bermonolog dengan hati sendiri namun tiada jangkaan jawapan langsung. Langkah mengikut arahan sahaja.


Aku terus memakai tali leher.Kemas.Lagak seperti seorang guru yang dalam skema rima dalam dunia pendidikan.Tali leher yang merimaskan leher.Panas.

Pintu di ketuk lantas memberi salam.Pengetua dan PK Kanan bertemu mata dengan aku, seorang guru muda yang mentah.


Pengetua : Apa kes semalam dengan pelajar 1B1?

: Pagi tadi 5 famili Cina datang bersama ADUN

: Tidak puas hati dengan tindakan menampar

: Rotan sahaja jika ada kesalahan

: Mereka tidak mahu memperbesarkan kes

: Kelima-lima pelajar itu tak dapat berbahasa Melayu dengan baik, terpaksa menggunakan peterjemah.Susah.

: Seorang bapa tunjuk gambar pipi pelajar lembam melalui kamera telefon

: Tindakan bagus kerana kawal disiplin sekolah, tapi mulai sekarang ikut peraturan dalam Pekeliling.

: Itulah cabaran jadi guru disiplin.Jangan anggap ini sebagai halangan.

PK Petang: Antara pelajar pagi dan petang,Pelajar sesi petang agak ganas. Fikiran masih terlalu mentah.Masing-masing mahu jadi jaguh.

: Bukan setakat melanggar peraturan sekolah,yang paling teruk apabila melawan, bercakap kotor lucah kepada cikgu

: Sudah bagi amaran,tindakan rotan tangan, rotan punggung.Masih sama, tidak berubah. Bila sudah tahap kurang ajar,itulah sebabnya penampar jadi tindakan.Itupun hanya untuk memalukan sahaja, bukan niat menyakitkan mereka.Buntu kami mengenai masalah ini.

: Pelajar Cina yang bermasalah. Disiplin hancur.Dirotan tidak berubah perangainya.Ditampar,muka merah.Ada pula yang sengaja menambahkan kesan hukuman.

: Bila di tampar atas kesalahan melawan guru, pelajar sekarang berani mengadu kepada pihak pentadbiran sekolah.Balik rumah mengadu dengan ibu bapa, tokok tambah jalan cerita, putar belit sehinggakan pihak yang salah menjadi betul.Famili datang menyerang sekolah.Bahaya.

: Cikgu sudah buat yang terbaik.Jangan berputus asa.Anggap sebagai cabaran. Cikgu-cikgu lama sekolah ini pernah juga alami masalah sebegini.


Pertemuan itu hampir 40 minit,aku hanya menjawab beberapa soalan yang diajukan oleh pengetua.Selebihnya PK Kanan petang banyak menjawab secara tidak langsung melalui teknik pemerian kisah sesi petang.Dia lebih kenal dan tahu kerana dia alami situasi sama seperti aku alami.Aku hanya menjawab beberapa soalan yang penting. Aku sudah bosan dengan karenah ibu bapa mempercayai anak-anak mereka sebulat-bulatnya tanpa soal siasat.Cuma ada aku bertanya;

"Perbezaan ketara antara dua plot zaman.Zaman dahulu lain, zaman sekarang lain. Akta dalam pekeliling zaman dulu dan sekarang berubah-ubah? "tanya aku, seorang guru mentah yang sememangnya ingin tahu.


"Akta masih sama.Zaman dahulu, ibu bapa menyerahkan anak-anak kepada guru untuk bukan setakat mengajar malahan mendidik.Cikgu buat apa sahajalah kepada anak saya. Rotan,pukul,belasah dengan kayu pun tidak apa, cuma jangan cacat dan mati sahaja.Itu izin ibu bapa dahulu. Zaman sekarang tidak.Zaman sekarang ibu bapa menyalahkan guru kerana media massa mengembar-gemburkan permasalahan kes guru.Wartawan muda mencari isu demi isu untuk melariskan jualan. Ibu bapa zaman sekarang mula rajin belajar akta " ujar Pengetua menjawab pertanyaan.Padat dan tepat dengan penjelasan.

Aku diam mengerti.
Yang peliknya, ibu bapa juga pernah alami zaman dahulu,kenapa mereka tidak mahu cikgu teruskan cara dahulu? Sedangkan mereka tahu kejayaan mereka itu hasilnya tindakan guru dulu" tanya aku sengaja mengajak untuk berbicara topik ini.Cuba mencungkil sudut pandangan dari guru yang berpengalaman melebihi 30 tahun.

" Ibu bapa sekarang terlalu memberi kasih sayang kononnya. secara tidak langsung,mereka seperti menjahanamkan anak-anak mereka dengan kasih sayang sebegitu.Tidak semua,tetapi hampir 90 % ibu bapa zaman sekarang tidak lagi mahu anak-anak mereka mengalami kesusahan seperti mereka telah alami dulu.Mereka lebih mengharapkan kejayaan akademik daripada soal akhlak.Itulah silapnya." jawabnya.


Zaman telah berubah.Remaja dahulu lain.sopan.Ada adat.Cuba tengok remaja sekarang yang tanpa segan silu bertenggek laki perempuan di atas motor,berpimpin tangan ke hilir ke hulu. Tidak malu,ketepikan adat,ketepikan agama." tambahnya lagi.



Pertemuan tamat.Aku melangkah keluar. Kelas B.Melayu 1B1.
Kebetulan pula dengan kes itu melibatkan pelajar dalam 1B1. Aku menghampiri kelima-lima pelajar cina itu.Mereka diam.

" Tahu kesalahan awak semalam?" tanya aku lembut seakan memujuk.

"Tahu!" jawab mereka serentak dengan muka yang masih ego.

"Pernah saya tampar awak sebelum ini?'" tanya lagi.
Mereka mengelengkan kepala.

Semalam kali pertama kan? soal aku tegas.
Ada yang angguk.Ada seorang dua yang membuat muka masam seolah mencebik.


" Saya tampar kerana mahu awak semua jadi manusia bukan tunggul kayu. Jangan biadap dengan guru.Anggaplah saya ini seperti ayah atau abang. I love you all " ujar aku tersenyum dan bersalam dengan mereka. Gosok kepala mereka dengan lembut.Sememangnya selalu lafaz 'i love you' meniti dibibir dan bersalaman, setiap kali sebelum atau selepas memberi hukuman disiplin.




Jumaat
Jam 5.30pm


Seorang pelajar Cina Tingkatan 2C2.Tinggi orangnya.Tubuhnya sasa.Lebih besar dari aku yang kurus kering.Namanya Ten Sing Wong bersikap kurang ajar setelah aku menegur rambut panjangnya.Itu pun kerana dia terserempak dengan aku sewaktu dia merayau-merayau ponteng kelas.Mungkin ini hampir ke 10 kali, dia melawan dan berkata lucah terhadap aku dari tahun lepas lagi. Kali ini dia mengajak aku untuk berlawan.

Darah aku mendidih.Jiwa muda aku bergelora.Semangat jantan aku telah dicabar.Tahan sahaja amarah aku.Aku fikir dia pelajar.Mentah.


Beberapa kali aku mengajaknya untuk ke bilik Ketua Disiplin.Bukan setakat enggan malahan beberapa kata-kata lucah dalam Bahasa Cina disemburkan.Kemudian dia bergegas ke telefon awam yang disediakan berhampiran lorong itu. Katanya mahu telefon abangnya untuk datang membelasah aku. Kebetulannya waktu itu,Ketua Disiplin melalui lorong itu. Dia hanya diam dan membiarkan sahaja budak itu menelefon abangnya. Aku diam dan cuba meredakan amarah yang sedang bergelora.


5 minit kemudian,aku berjaya memujuk kononnya dia berjumpa dengan PK Petang. Dengan gaya yang memberontak,dia menuruti. Tiada apa lagi yang mampu aku lakukan setelah mata ini menjadi saksi bagaimana budak berumur 14 tahun yang berstatus pelajar boleh memaki hamun PK Petang.Pemandangan  yang agak janggal apabila melihat seorang berstatus pelajar merotan bertalu-talu pada jasad seorang perempuan tua berjawatan PK.Beberapa kali juga  beberapa rakan guru menahan aku kerana ingin 'mengajar'nya tentang kurang ajar.


"Tangan ini naik kerana pelajar yang biadap seperti inilah"kata aku sebelum beredar jam 6.20 petang.


Jantung berdegup pantas.Ruang dadaku terasa sesak. Asap rokok disedut terasa semakin sarat.Aku manusia biasa ada perasaan marah. Terimbas kembali saat mata kiriku berdarah hampir buta kerana angkara pelajar.Ah,Sarat!

Manusia dan Kebinasaan

Hari-hari jiwa kacau
Makin hari semakin meracau
Resah semakin gelisah
Hari-hari segala bercampur
Makin hari semakin berlumpur
Mata hati semakin kabur
Tak mengerti

Persis debu yang pergi
Tanpa ada apa-apa lagi
Lari,lari dan berlari
Dari entri silih berganti
Hingga waktu ia terhenti

"Oh! Semalam tdak lagi kembali"
lafaznya di hujung kebinasaan.



Jasadbeku
11 Nov 09
Tremor's Art Studio

05 November 2009

Sebelum Musim Luruh

Untuk pengkarya insani

Selimut tebal kita di sini ya
Bantal empuk bina indah mimpi
Kelkatu menari, neon terang
Ini 2009, teman…

Ada,
Masih cengkerik bertafakur
Di bawah tangga kita…
Asing sekali daerah ini
Tersepit antara dua gunung
Akukah cengkerik itu
Tabirkanlah..

Anak kita di Jeti.

Anak kita mahu kenal aksara
Anak kita mahu kenal angka
Anak kita mahu luluh sengsara puaka

“Miskinkan kami di sini cikgu?”

“Tidak anakku”

Jawab saja apa ditanya, usah bermuka

Ingat anak kita,
Mahu jelajah dunia mereka ini
Mahu jadi menteri mereka ini
Mahu berjalan di bulan mereka ini

Menuntut kita terus berkarya
Usah biar bunga-bunga kita luruh sebelum musim luruhnya.


Karya:
Kamal Mohamad
Baram,Sarawak.

Nota: Ini luahan seorang sahabat aku bernama Kamal Mohamad,guru muda di pedalaman Sarawak.

04 November 2009

Mereka Tutup Hidung

"Betul ke?." aku ingin mendapat kepastian

"Betul! Budak Ira itu interview sekali dengan saya, jadi saya tahu semuanya. Dan dia sendiri yang cerita soal ini."tegasnya.

"4 orang yang interview dalam bilik yang sama dengan saya.Masing-masing dengan alasan tersendiri.Kesemua sudah disahkan jawatan dalam perkhidmatan.Dan Si Ira pula lagi 2 bulan akan disahkan perkhidmatannya dalam Jabatan Kastam."sambung bicara Azie lagi.

"Teruk betul." aku kecewa.

"Paling teruk bila Si Ira itu sendiri bagi alasan dia mahu kerja di sini kerana tidak mahu bertukar jauh ke Sabah atau Sarawak. Jabatan Kastam akan hantar dia ke sana,jadi dia tidak mahu kerana tidak lama lagi dia akan berkahwin.Apabila si penemuduga juga mengugut ingin hantar ke Sabah, dia menangis pula." tambahnya lagi.


Aku diam.Berfikir sejenak.

"Habis awak?." tanya aku setelah diam membatu seketika.

Saya tidak dapat jawatan tu walaupun kelayakan saya sudah memenuhi syarat-syaratnya. Sesi soal jawab semasa temuduga saya lalui dengan lancar.Lagipun saya hanya pekerja kontrak sebelum ini,belum berjawatan tetap di mana-mana jabatan.Jika dia ingin bantu saya, mungkin dia ambil saya bekerja.Ini tidak,dia ambil Si Ira yang sudah punya kerja, dan hanya dengan guna alasan tidak mahu berjauhan.Itu profesional ke?" cerita Azie dengan nada sedih bercampur sedikit aura kemarahan.


"2 hari lepas tu, Si Ira call saya, dia dapat jawatan itu. Ini dengan pertolongan mak saudara dia yang berjawatan dalam syarikat itu.Ira rasa bersalah dan mohon saya bagi resume saya kepada dia, untuk dihulurkan pada Jabatan Kastam,tempat lama dia bekerja. Saya tidak berharap.Mungkin Si Ira rasa bersalah kerana mencabul hak saya." tambah Azie.

"Bukan Ira ,tapi penemuduga Sme Corp Malaysia yang bertali leher itu yang mencabul hak orang lain yang sepatutnya."Aku mencelah.Azie diam.Kami diam bersama.Kami orang kecil berbicara,mereka tutup hidung.

Jasadbeku
2.23am
Khamis

01 November 2009

Yuto Miyazawa



Anak kecil
Bakat besar

02 Oktober 2009

KASUT

Suatu pagi yang hening seorang ibu hairan apabila anaknya pulang awal dari sekolah tidak seperti biasa.
Ibu : "Yong Meng kenapa kamu pulang awal hari ini sedangkan jam baru pukul 10.00 pagi.."
Yong Meng : " tadi saya boleh jawab soalan cikgu dengan tepat.. lalu disuruh pulang..."
Ibu : "Oooo... bagus.. pandai anak ibu... apa soalan dari cikgu kamu itu?"
Yong Meng : "Cikgu tanya... siapa yang membaling kasut ke muka cikgu ?"

17 September 2009

LUAR PAGAR

LUAR PAGAR Oleh PYANHABIB

"Gua dok tunggu lebih seminggu dah!" Rozaid Abd Rahman, Pengarang Bersekutu Mstar Online, mengingatkan gua via SMS.

`Hah ha ha!’ Gua ketawa. Juga via SMS.

`Gua pun dok fikir (fakir lagi, fuh!) benda alah apa gua mahu bikin intro pembuka kolum ini.

Hendak mula dari mana…” Gua beralasan.

`Bila tidak tahu hendak mula, itu petanda baik!’ Gua nampak Rozaid tersenyum. Via SMS.

Gua baca `itu petanda baik’ sebagai: Lu mahu tulis, lu tulis. Lu tidak mahu tulis, lu blah!

Seminggu sebelum itu, Rozaid, teman lama yang sama-sama pernah bertugas di editorial Utusan Malaysia, menjengak gua via SMS: `Lu boleh tulis apa sahaja yang lu hendak tulis. Lu boleh tulis tentang seni dan sastera atau aktiviti lu seperti dahulu.’

`Kita boleh bikin kolum.’ Pelawanya.

Dalam kepala gua: Gua diberi lesen. Gua disediakan kolum dan gua boleh tulis apa sahaja dalam itu kolum, huh!

Misalnya? Ha, misalnya, gua boleh tulis tentang gerombolan orang berkopiah berketayap yang baharu selesai solat Jumaat di masjid, mengarak menyeret dan memijak kepala lembu yang berdarah di samping sepanduk `take beer’.

Gua boleh tulis begini: Tidakkah kamu terasa bahawa kamu telah menghina haiwan yang darah dagingnya bersebati dalam darah daging kamu? Kenapa kamu menyeret dan memijak kepala haiwan yang dagingnya yang selama ini kamu makan? Apa perasaan kamu jika haiwan yang diseret dan dipijak di siang bulan Ramadan itu adalah kepala emak bapak kamu?

Gua boleh bertanya gerombolan itu, sepanduk apakah yang kamu arak, yang bertulis `take beer’ itu? Tidakkah kamu dengan bebalnya menghina kalimah `takbir’?

Gua boleh tulis tentang PPSMI, tentang gerombolan yang mengekor dan yang menentang. Bagaimana yang mengekor kemudian menentang, dilihat menentang kerana hilang habuan, manakala yang menentang dan terus menentang dianggap berpihak ke sebelah sana, sedang yang menjadi mangsa ialah anak-anak sekolah rendah yang miskin di pedalaman, yang otak mereka diuji kaji!

Barangkali juga gua boleh tulis tentang sekumpulan makhluk yang dengan berani menentang arus trafik, menerbit dan menjual kartun tetapi berhadapan dengan masalah: Hendak jual kartun pun susah, hendak ketawa pun tidak boleh!

Atau gua boleh tulis tentang patriotik atau tidaknya rakyat Malaysia yang setiap munculnya bulan Ogos disurahkan oleh menteri supaya bersemangat patriotik dan diajar cara-cara kibar bendera.

Malah gua boleh tulis tentang betapa tidak patriotiknya tiang telefon, tiang lampu apabila bendera Malaysia digantung dipasang terbalik!

Gua juga boleh tulis tentang orang politik yang tidak habis-habis berkelahi di Parlimen, mengutuk memaki lawan dengan bahasa yang selalu ditala kepada budak-budak: Kurang ajar!

Dan Gua boleh basuh orang politik yang gaduh dan riuhnya macam mahu bunuh orang tetapi bila terserempak di lobi dan kantin Parlimen boleh bertepuk bertampar dan ketawa berdekah-dekah!

Pesan Rozaid: Lu boleh tulis apa sahaja yang lu hendak tulis asal jangan teruk-teruk hentam gomen sudahlah…

Tabik bos!

Ya habibi, salamun aidil.

PYANHABIB adalah seorang seniman bebas yang tidak terikat dengan mana-mana aliran. Dia hanya terikat dengan kepala otak dia sendiri.

Nota: Artikel ini dipetik dari seksyen Suara Alternatif dalam Mstar Online.

15 September 2009

SELAMAT AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Ikhlas
-Jasadbeku-

09 September 2009

Negaraku Tanah Tumpah Darahku





Sesetengah warga Indonesia mengatakan lagu kebangsaan Malaysia iaitu Negaraku copy paste lagu Terang Bulan,hakcipta komposer Indonesia.Kemudian apabila dirujuk lagu Mamula Moon dari Barat,juga iramanya sama. Jika direnungkan kembali dengan pemikiran tipikal,kebiasaannya mereka yang berpengaruh akan mempengaruhi masyarakat lain.Aku keliru siapa sebenarnya copy paste lagu siapa? Aku tersengih bila dengar lagu Negaraku versi Pop Yeh Yeh.kihkih.

Kemudian,sesetengah warga Malaysia pula mengatakan lagu kebangsaan Indonesia iaitu Indonesia Raya copy paste lagu Pinda Pinda Lekka Lekka,hakcipta komposer Belanda.

Aku diam tertikam.Ini bukan zaman aku belum mengenal tahi pusat pun. Aku tidak tahu.Warga Indonesia dan Malaysia, ayuh kita bersama menjaga Nusantara ini!.Bertikam lidah tiada gunanya, bila mati belum tentu ke Syurga.Apa kata kita layan lagu "Flag Of Hate_Kreator!! ahaha

Nota: Suka lagu Terang Bulan_Nik Jidan.

08 September 2009

Sejarah Berdarah



"kejam! kejam! kejam!
manusia hilang kemanusiaan & binatang kekal kebinatangan"-Jasadbeku

07 September 2009

Hallowed Of Light


http://www.myspace.com/hallowoflight
Satu projek kegelapan ketika dunia semakin bising dengan bunyi peluru

Gadoh



"musti mahu tengok ini filem"-jasadbeku
Sedutan dari filem Gadoh arahan Namron.

Berdiri di atas Pelangi

Kurma+Teh O Panas+1 batang rokok=Berdiri di atas pelangi

06 September 2009

Rahsia Sudah Bocor

KERAJAAN PR MULA DIPERSOAL RAKYAT : NAJIB – berita hairan

Kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang kini dilihat mula dipersoalkan satu persatu oleh rakyat yang ternyata semakin sangsi dengan kewibawaan mereka mentadbir, kata Najib Razak.

Jika sebelum ini pembangkang dilihat amat mudah mempertikaikan kerajaan Barisan Nasional (BN), kini mereka perlu sedar bahawa bukanlah mudah mentadbir seperti mana mudahnya mereka berjanji sesuatu kepada rakyat setiap kali menjelang pilihan raya umum.

"Sebenarnya bila mereka jadi pembangkang, amat mudah bagi mereka untuk mempertikaikan kerajaan Barisan Nasional, kononnya kita tidak berwibawa dan sebagainya.

KAH KAH KAH…

kah kah kah…BARU SEKARANG SOAL ?.... kah kah kah…

kah kah kah … SATU MALAYSIA SUDAH BERTAHUN TAHUN BERTANYA SOALAN INI:

1 – Siapa beri arahan bunuh Altantuya?

2 - Berapa komisen beli kapal selam?

3 – Siapa entot Altantuya dulu ? Mat Mongol atau Razak Baginda?

4 – Mengikut akuan bersumpah Bala – Mat Mongol entot dulu. Betul atau tidak?

5 – Satu Malaysia nak tahu?

6 – Di mana Bala sekarang?


Petikan dari : http://tukartiub.blogspot.com

04 September 2009

Sama seakan tidak sama

Alas punngung empuk
Dia selesa silang kaki
Kunyah nasi ayam rempah

Alas punggung kematu
Kami senyum atas tangga
Kunyah nasi kosong

Niat sama
Pada Ramadhan Al Mubarak

31 Ogos 2009

Karat Besi

Dari tembok batu jalanan ke ruang bangunan besi
Ramai petah berbicara tentang demokrasi kuku besi
Sungguh pelik mereka berkarat besi masih berdiri


Jasadbeku

30 Ogos 2009

Merdeka?

Di bawah telunjuk para cendekiawan diktator,dan kita menjerit "merdeka! merdeka! merdeka!. Kononnya kini sudah merdeka.

17 Ogos 2009

Bila KehendakNya



Bila kehendakNya,pakai topeng gas pun boleh berjangkit gak!
Cuma kita berikhtiarlah. Alahai babi kenapa tak makan panadol soliber.

14 Ogos 2009




Ini Rendra Tulis

Aku mendengar suara
Jerit hewan yang terluka
Ada orang memanah rembulan
Ada anak burung terjatuh dari sarangnya
Orang-orang harus dibangunkan
Kesaksian harus diberikan
Agar kehidupan bisa terjaga

RENDRA
Yogyakarta
1974

10 Ogos 2009

Babi Makan Tebu

Ba Bi Bu = Babi makan tebu

04 Ogos 2009

Dari Diari Babi

"Satu ketika di panggil Selsema Babi,kemudian kata dia sensitif guna istilah babi! Jadi tukar kepada virus Influenza A H1N1.Bahaya H1N1 dalam masa 2 hari terkena boleh bawa maut!" kata aku.


Ntahlah dah banyak penyakit berjangkit merebak datang dari babi.Tuhan bagi amaran untuk kita umat manusia kot.Insyallah kita dilindungiNya" jawab Azie mencelah.

Aku diam tertikam dan berfikir.

Babi

"Cikgu,dia kata saya babi?"kata Hock Chin mengadu memohon simpati dan pembelaan yang sewajarnya.

"Siapa panggil kamu babi?"tanya Cikgu Wan bersahaja.Lantas jari telunjuk Hock Chin menunding kepada seorang pelajar perempuan India.

"Bavani, kenapa kamu panggil dia babi?"bersoal jawab bermula.

"Sebab dia kata saya hitam macam badak sumbu!"jujur kata-kata Bavani.Lantang separuh marah.Mukanya mencebik seperti seekor badak sumbu lagaknya.

"Jadi kamu yang mula dulu?" tanya Cikgu Wan tegas.
Hock Chin mengganguk lemah,namun matanya masih merah menahan api kemarahan.Geram.

Kenapa kamu marah dipanggil babi,Hock Chin?" tanya Cikgu Wan lagi.

"Sebab babi itu busuk kotor,cikgu!" intonasinya tinggi.

"Oh kamu tahu babi itu busuk kotor. Kenapa kamu suka makan?"tanya

Hock Chin diam tertikam.Kemudian tersenyum.Mukanya tidak lagi merah menahan amarah tetapi merah menahan malu.Bavani gelak kecil.Wajah Cikgu Wan serius yang dibuat-buat.


"Sudahlah.Jangan gaduh-gaduh.Malaysia ini kecil saja,kita sama-sama pakat jaga Malaysia" pesan Cikgu Wan kemudian berlalu ke surau.

02 Ogos 2009

Search Vs Politikus Tanah Melayu

DIARI QABIL & HABIL

Ku lihat api di ufuk sana
Ke dengar jeritan mengundang tangisan
Anak-anak tak berdosa

Ku lihat manusia bunuh manusia
Kerana perbezaan bangsa agama
Buta mata buta hati

Semarakkan nafsu serakah
Masing-masing tak nak mengaku salah
Dan berdoa bagai Tuhan bukan Esa

Ku dengar manusia hina manusia
Kerana kelainan adat dan bahasa
Buta mata buta hati

Menuruti bisikan syaitan
Masing-masing tak nak mengambil
Iktibar atau hikmah
Dari kisah Qabil Habil


MENARA KESESATAN

Dari lembah terasing
Kita diperlihatkan
Satu lakonan pentas
Mainan cendiakawan

Inilah sebahagian
Cara hidup kita
Mempermainkan dipermainkan
Guna dan diguna
Tanpa disedari dan menyedari

Kita didorong dorong
Dari isu ke isu
Jerumus dan kecewa
Kemudian diselamatkan

Tiada yang pasti
Dari lembah ini
Haluan menuju keruntuhan
Banyak yang kabur
Tanpa disedari semua mimpi

Menara kesesatan
Sempit fikiran
Menara kesesatan
Dalam kerugian.


PADA SATU KEDUDUKAN

Bukan pertaruhan
Bukan permainan
Tapi kenyataan
Jangan sekali kali kita menafikan

Ada kehancuran
Nanti di hadapan
Kalau tidak diubah
Sikap dan pendirian kita kan kecewa

Di tebing yang curam dan berduri tajam
Itulah kedudukan kita sekarang
Janganlah menolak
Sesama sendiri
Bersengketa nantikan kecewa

Pandanglah yang sama
Buang mimpi ngeri
Maju ke hadapan
Demi hak warisan
Dari zaman ke zaman


Kugiran : Search

Kepada pencatur-pencatur politik yang tidak pernah berhenti dengan agenda yang memualkan, jangan buta mata buta hati suatu masa dulu lagu-lagu ini pernah memberikan amaran kepada kamu! Tetapi malangnya penyalahgunaan kuasa yang secara terang-terangan, rakyat terseksa di bumi sendiri. Makin hari makin parah. Penindasan demi penindasan. Kita renungkan untuk kebaikan bersama.

29 Julai 2009

Mahfuz

Nama : Iskandar Mahfuz Bin Abdullah
Jantina : Lelaki
Umur : 15 tahun
Hobi : Membaca karya Usman Awang,Faisal Tehrani.
(Nenek kata baca buku cepat pandai)
Makanan Kegemaran : Nasik lemak pedas.
(Nenek pesan makan pedas-pedas nanti lekas besar)
Minuman Kegemaran : Nescafe o ais.
(Nenek kata,kafein tak baik untuk kesihatan)
Cita-cita : Pemberontak untuk keadilan.
(Atuk pesan hati-hati, nanti kena tahan ISA)
Motto :'Celakalah seseorang itu sekiranya hari ini lebih teruk dari semalam'

Dia Kawan dari Negara Seberang

Dia kawan dari negara seberang tidak mempercayai aku lagi hanya kerana kes Manohara. Katanya sukar untuk dia mempercayai sifat jiwa orang Kelantan. Itu hak fikiran dia untuk bebas membuat pilihan.Tidak pernah aku peduli.

Aku yang tidak tahu menahu dan tidak ingin ambil tahu , mula teringin untuk ambil tahu akan hal ini. Sedang aku menghayati setiap baris kata pengakuan Manohara dalam halaman Youtube,mata ini seakan tertarik dengan satu komen dari warga Indonesia yang tercatat :

*" Malaysia sangat berbeda dengan Indonesia. Orangnya berharta dan kaya tapi tidak ada ruang untuk bersuara komentar. Di Indonesia,orangnya hanya cukup-cukup untuk hidup tapi bebas untuk bersuara komentar. Harus ingat, kebebasan bersuara lebih bernilai ertinya dari segala wang "


Diam tertikam lagi. Aku hanya berfikir tentang tulisan pendek itu.
Benar atau dusta gerak bibir Manohara, aku sudah lari dari lingkungan andaian Aku hanya rakyat biasa lahir dari golongan petani baruh sawah padi tidak perlu rasanya untuk memikirkan kes sulit sebegitu.





Nota : Rujuk *Catatan asal dalam Bahasa Indonesia telah diterjemahkan dalam Bahasa Melayu

Asap

"Lebih molek conteng ruang blog ini daripada conteng dinding sekolah" pesan nenek.
Atuk menjeling dengan ekor matanya.Sepi seketika.Kemudian berkata " Conteng saja asalkan bahagia, jangan sampai kena tahan ISA sudahlah" ujarnya sambil menghembus asap rokok dari mulut dan rongga hidung berterbangan bebas.

Aku diam membatu dari tadi.Berfikir dan terus berfikir sambil memerhatikan asap yang bebas beterbangan memenuhi ruang udara.Alangkah indahnya nilai hidup sekepulan asap itu.Kelam tapi bebas.


Jasadbeku
11.34pm
29 Julai 09

Osman Tikos







"Yang penting, lu sama gua mesti terus hidup"
"ujar Osman Tikus kepada Bujang sambil minum teh ais semalam.

"Brother Jasad,
Terima kaseh atas komen anda,kami hargai.
Dan terima kaseh atas link blog saudara Pyan Habib juga.
Brader, kita mesti terus hidup!"
komen kugiran Osmantikos

Jasadbeku kata :Mereka memang menjadikan kamu sebagai pengaruh dalam muzik memberontak,saudara PyanHabib.

Nota :Untuk maklumat lanjut:http://www.myspace.com/osmantikos

28 Julai 2009

Yasmin

Rabun
Sepet
Gubra
Mukhsin
Muallaf
Talentime
Iklan-iklan Petronas


Semoga aman damai di sana,Yasmin.





Nota : Al-fatihah.

27 Julai 2009

Kurang Ajar

Kurang Ajar

Sebuah perkataan yang paling ditakuti
Untuk bangsa kita yang pemalu.

Sekarang kata ini kuajarkan pada anakku;
Kau harus menjadi manusia kurang ajar
Untuk tidak mewarisi malu ayahmu.

Lihat petani-petani yang kurang ajar
Memiliki tanah dengan caranya
Sebelumnya mereka tak punya apa
Kerana ajaran malu dari bangsanya.

Suatu bangsa tidak menjadi besar
Tanpa memiliki sifat kurang ajar.


Nukilan : Usman Awang

Nota : Ayuh kurang ajar!

SIAPAKAH YANG SEPATUTNYA DISEBAT?

Di dalam kedua-dua artikel tersebut ada menyiarkan seperti berikut : a) Titiwangsa MP Lo'lo Mohd Ghazali, who is also head of the women's wing of the opposition PAS, said that punishment should educate and not cause hurt. b) Shahrizat said she was shocked by the Syariah Court decision and called for a fair and just punishment. Meanwhile, Dr Lo'lo was surprised that whipping of women was sanctioned by the Malaysian syariah law adding punishment should be educational, and not to cause hurt.

Petang semalam saya telah dihubungi oleh wartawan meminta saya memberi sedikit komen berkaitan hukuman oleh Mahkamah Syariah Kuantan yang menjatuhkan hukuman sebat terhadap seorang model sambilan atas kesalahn meminum arak.

Saya telah memberikan komen saya dengan sucihati megikut pengetahuan saya berkaitan hukuman dan realiti masyarakat Malaysia. Malangnya terdapat pihak-pihak yang melihat kenyataan di akhbar dari konteks yang lain.

Pertama, saya terkejut dengan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah Kuantan ke atas model tersebut. Memang saya terkejut kerana ada juga Mahkamah Syariah di Malaysia yang berupaya menghukum pesalah dengan hukuman sebegitu walaupun peruntukkan tersebut telah lama ada.

Tetapi baru sekarang hukuman sebegitu dijatuhkan bagi pesalah kesalahan tersebut. Saya amat bersetuju dengan hukuman tersebut kerana sekurang-kurangnya hukuman tersebut begitu hampir dengan hukuman Hudud.

Di dalam Hudud, hukuman bagi pesalah minum arak adalah 40 kali sebatan malah ada ulamak yang mengatakan sehingga 80 kali sebatan. Sebelum ini tiada Mahkamah yang menjatuhkan hukuman sebegitu walau pun Mahkamah Syariah sepatutnya menghukum mengikut hukaman Allah tetapi di Malaysia ini hukuman yang dikenakan tidak seperti yang ditetapkan Allah dalam Al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W.

Apabila Mahkamah Syariah Kuantan menjatuhkan hukuman sebat ke atas model tersebut, ini membuatkan saya terkejut.

Bukan terkejut kerana hukuman tetapi terkejut kerana keberanian Hakim Mahkamah Syariah tersebut. Syabas kepada beliau.

Kedua, saya mengatakan sebarang bentuk hukuman yang dikenakan samada denda, sebatan atau penjara, semuanya hendaklah dalam bentuk untuk memberi pengajaran kepada pesalah, bukannya untuk mendera atau menyebabkan kecederaan kepada pesalah.

Hukuman di dalam Islam adalah untuk memberikan pengajaran kepada pesalah dan khalayak supaya menginsafi perbuatan itu.

Di dalam kes ini, saya berpendapat masyarakat umumnya masih tidak memahami kaedah bagaimana sebatan ke atas pesalah dilakukan.

Adakah ianya dilakukan sama seperti pesalah-pesalah jenayah lain di dalam undang-undang jenayah sivil. Masyarakat umum mengetahui bagaimana hukuman sebat dilakukan ke atas pesalah jenayah sivil seperti di dalam kes pengedaran dadah, merogol, meliwat dan sebagainya.

Adakah hukuman sebat di Mahkamah Syariah dilakukan dengan kaedah yang sama? Inilah kebimbangan yang saya sebutkan kepada wartawan tersebut bimbang hukuman sebat ini dianggap sebagai hukuman Mahkamah Sivil sehingga memberi tanggapan buruk kepada Mahkamah Syariah, lebih-lebih lagi yang dihukum seorang wanita.

Ini yang perlu diperjelaskan. Inilah maksud saya bila saya mengatakan hukuman sepatutnya untuk tujuan pengajaran, bukan untuk mendatangkan kecederaan.

Saya merujuk kepada Titiwangsa MP Lo'lo Mohd Ghazali, who is also head of the women's wing of the opposition PAS, said that punishment should educate and not cause hurt. Artikel ini dengan jelas tidak tepat kerana saya bukan

Ketua Muslimat PAS seperti yang didakwa. Justeru saya mengharapkan agar tiada pihak yang sewenang-wenangnya mempercayai sebarang tulisan di akhbar sebelum mendapat maklumat secukupnya.

Saya kira sudah sampai masanya pihak berkuasa di Malaysia iaitu Umno/BN 'merotan' Pengurus MAS yang menyebabkan semua mereka yang berada dalam satu-satu penerbangan terlibat secara langsung dengan arak, iaitu dari pramugara/i yang hidang arak sehinggalah pilot yang mengemudi kapal terbang tersebut.

Begitu juga perlu 'disebat' pihak yang terbabit berpuluh-puluh tahun membiarkan orang-orang Islam terlibat secara langsung dengan arak di hotel-hotel, 7- Eleven, pasaraya-pasaraya dan pekerja-pekerja Islam di kilang Carlberg.

Akhir sekali, SYABAS KEPADA MAHKAMAH SYARIAH KUANTAN dan Syukur Alhamdulillah kepada Puan Kartika Sari Dewi Shukarnor yang telah menginsafi perbuatan tersebut.

Moga Allah menerima taubat hambaNya yang menyesali kesalahan. DI SINI SAYA LONTARKAN PERSOALAN INI KEPADA SEMUA ORANG ISLAM DI MALAYSIA, SIAPAKAH YANG SEPATUTNYA DISEBAT DALAM ISU ARAK DI MALAYSIA?

Sumber : Petikan dari Harakah

I Won't Follow Your Rules

Inner Self

Walking these dirty streets
With hate in my mind
Feeling the scorn of the world
I won't follow your rules

Blame and lies, Contradictions arise
Blame and lies, Contradictions arise
Nonconformity in my inner self

I won't change my way
It has to be this way
I live my life for myself
Forget your filthy ways

Blame and lies, Contradictions arise
Blame and lies, Contradictions arise
Nobody will change my way

Life betrays, but I keep going
There's no light, but there's hope
Crushing oppression, I win
Betraying and playing dirty, you think
You'll win
But someday you'll fall, and I'll be
waiting
Laughs of an insane man, you'll hear
Personality is my weapon against your
envy

Walking these dirty streets
With hate in my mind
Feeling the scorn of the world
I won't follow your rules
Nonconformity in my inner self
Only I guide my inner self

Kugiran : Sepultura
Album : Beneath The Remains

"Itulah Silapnya "jawabnya.

"Perbezaan ketara antara dua plot zaman.Zaman dahulu lain, zaman sekarang lain. Akta dalam pekeliling zaman dulu dan sekarang berubah-ubah? "tanya aku, seorang guru mentah yang sememangnya ingin tahu.


"Akta masih sama.Zaman dahulu, ibu bapa menyerahkan anak-anak kepada guru untuk bukan setakat mengajar malahan mendidik.Cikgu buat apa sahajalah kepada anak saya. Rotan,pukul,belasah dengan kayu pun tak apa, cuma jangan cacat dan mati sahaja.Itu izin ibu bapa dahulu. Zaman sekarang tidak.Zaman sekarang ibu bapa menyalahkan guru kerana media massa mengembar-gemburkan permasalahan kes guru.Wartawan muda mencari isu demi isu untuk melariskan jualan. Ibu bapa zaman sekarang mula rajin belajar akta " ujar Pengetua menjawab pertanyaan.Padat dan tepat dengan penjelasan.

Aku diam mengerti.
Yang peliknya, ibu bapa juga pernah alami zaman dahulu,kenapa mereka tidak mahu cikgu teruskan cara dahulu? Sedangkan mereka tahu kejayaan mereka itu hasilnya tindakan guru dulu" tanya aku sengaja mengajak untuk berbicara topik ini.Cuba mencungkil sudut pandangan dari guru yang berpengalaman melebihi 30 tahun.

" Ibu bapa sekarang terlalu memberi kasih sayang kononnya. secara tidak langsung,mereka seperti menjahanamkan anak-anak mereka dengan kasih sayang sebegitu.Tidak semua,tetapi hampir 90 % ibu bapa zaman sekarang tidak lagi mahu anak-anak mereka mengalami kesusahan seperti mereka telah alami dulu.Mereka lebih mengharapkan kejayaan akademik daripada soal akhlak.Itulah silapnya." jawabnya.


Zaman telah berubah.Remaja dahulu lain.Sopan.Ada adat.Cuba tengok remaja sekarang yang tanpa segan silu bertenggek laki perempuan di atas motor,berpimpin tangan ke hilir ke hulu. Tidak malu,ketepikan adat,ketepikan agama." tambahnya lagi.

Bin Jidan





Trek Lagu:
1) Aku dan kamu
2) Terang Bulan
3) Untuk Orang Islam
4) Bersiaplah Untuk Sebuah Revolusi
5) Ia Masih Di sini
6) C4 - LLPK
7)Nyanyian Para Malaikat
8)Bendera Negeri
9)Perang

Bin Jidan kembali dengan album baru. Dendangan lantang yang berani. Untuk keterangan lanjut,sila hubungi:http://nikbinjidan.blogspot.com/
atau http://www.myspace.com/binjidan

Seribu kepelikan

Kedengaran azan Asar berkumandang.Lunak dan merdu.
Sememangnya memanggil seakan memujuk umat manusia untuk ke arah kesejahteraan limpah kurniaanNya.

"Seribu kepelikan,
Negara Islam tapi hukum hudud dipinggirkan " ujar anak muda itu setelah memberhentikan dentingan gitar tuanya.

18 Julai 2009

Antara Dua Plot

Terkenang zaman dulu:

-Pernah dirotan kuat hanya kerana tidak memakai tanda nama dan lencana sekolah.Punggung aku bagaikan pecah terburai terkena hentaman rotan.Cikgu Mohamad,guru disiplin yang mengerjakan punggung aku sampai berbekas 3 jalur merah.Kawan-kawan menjadi saksi punggungku tercoret lambang "adidas".Aku terima dengan rela.Diam.

-Pernah dirotan kuat hanya kerana tidak hadir ke sekolah dan gagal menunjukkan surat cuti sakit pengesahan doktor.Cikgu Fitri,guru disiplin itu yang menyaksikan aku menggaru dinding menahan sakit.Aku terima dengan rela.Diam.

-Pernah rambut dipotong rambut dengan menggunakan pisau kecil oleh Ustaz Nawawi.Hanya kerana hujung rambut aku melepasi sikit paras kening.Akhirnya fesyen rambutku menjadi seperti kepala ayam yang telah dicabut bulunya.Malu terpaksa tolak ke pinggiran.Aku terima dengan rela.Diam.


Terkenang zaman sekarang :

-Tidak pernah merotan pelajar kerana tidak memakai tanda nama dan lencana sekolah.Kerana aku fikir itu hanya kesalahan yang kecil-sekecilnya.Pihak sekolah diam,dan aku juga diam.

-Tidak pernah merotan pelajar kerana tidak hadir ke sekolah walaupun hampir 1/2 daripada seminggu kedatangannya.Pihak sekolah diam,dan aku juga diam.

-Tidak pernah memotong rambut pelajar dengan menggunakan pisau,tetapi pernah beberapa kali meminta pelajar memotong rambut sendiri atau di kedai gunting.Setelah hampir 10 kali amaran,baru aku bertindak memotong rambut mereka dengan kemas dan tidak kelihatan seperti kepala ayam yang dicabut bulunya.Mereka melawan dan menggunakan perkataan lucah terhadap aku.Aku senyum memberi satu hanyunan rotan. ke arah punggung kecil. Seperti lunaknya peribahasa Melayu yang berbunyi "melentur buluh biarlah dari rebungnya".

Lantas satu famili datang serbu sekolah dengan suara yang lantang separuh menjerit mahu membela hak anaknya.Dan jawapan aku mudah sahaja:

"Tiada seorang guru di atas muka bumi ini ingin memberi hukuman tanpa sebab, dan sila pilih sekolah lain untuk mendidik anak kecil ini menjadi manusia"

15 Julai 2009

Rekahan Jambatan Kayu

Ada ukiran kecil,
Tak indah tapi jelas,
Sudut tepi rekahan jambatan kayu;
Manek Urai Kito Terselamat.

07 Julai 2009

Suatu Masa di Malam Seni Rakyat











Malam itu
Memang hangat
Sehangat perjuangan mereka ini:

Fendi: Anak muda kental!

Nik Jidan: Bergaya dengan dendangan revolusi! ( Anda Iwan Fals Malaysia ahaha). Kawe dapat lihat selepas pengumuman cd ada jual di sebelah luar,ramai terus mendapatkan album itu.

Meor : Aku terdiam,berfikir,sebak saat mendengar dendangan "Syuhada Memali".Hadirin benar-benar menghayati bait demi bait lirik itu.
(Skill akustik yang hebat,semua lagu dicelahkan solo)


Black : "Burhanuddin Helmi" sejarah yang dibangkitkan kembali atas nama kebenaran. (terima kasih krn "sign" cd Hentikan Perang Sekarang!)


Uncle Hee Kai : Harmonika! Suka lihat hadirin bertepuk tangan bila uncle lupa lirik. Hadirin yang memahami.

Rahmat Harun : Balada Jantan Kental!Anak muda yang berfikir.Imej ganas,jiwa prihatin dgn sekeliling! (Terima kasih bagi Utopia Trauma").

Mei Chern :AWAS API Perempuan itu!

Pyanhabib : Puisi disertai sindiran tajam dalam bentuk jenaka.Osman Tikus masih hebat!

Hisham Rais : Rambut panjang tak boleh,Seluar pendek tak boleh,Itu tak boleh..,Ini tak boleh..tapi Malaysia Boleh? Kata-kata yang menarik malam itu!

A.Samad Said : Tiada kata-kata,dia idola kawe! :)



Nota : Beberapa keping gambar sempat dirakam sebelum bateri kamera aku tamat riwayat.

05 Julai 2009

Hati Syaithan?


5 minit tadi,aku terima komen berbentuk video "youtube" melalui myspace(a place for friends) dari seorang sahabat.Agak terkejut melihat aksi kejam tanpa keperimanusiaan, pengasuh mendera seorang kanak-kanak.Khabarnya pengasuh itu dari negara jiran,Indonesia.Aksi itu dirakam tanpa disedari.Terfikir aku kenapa seorang manusia itu tergamak berkelakuan kejam sedemikian rupa.

Peringatan :
Sila pastikan anak anda dalam keadaan selamat dan sejahtera


Matt blodhond
Pop Out IM

7/6/2009
12:57 AM
Jasadbeku:
Gilo!!!!!!!!!!!!
minah indo!
Baru aksi pertama
Aku dah panas!
Mmg kejam gilo!
Jauh jatuh budak tu
Nasib baik budak tu gagah..terus bangun.
……………………………………………………………………
12:58 AM
Matt blodhond:
Yup.
……………………………………………………………………
12:58 AM
Jasadbeku:
Gilo!
Dasat gilo!!
Xdok hati ko org gitu?
Budak tu kecik lagi
Naik berdiri atas blkg budak!
Gilo!
……………………………………………………………………
1:01 AM
Matt blodhond:
Hati setan!
……………………………………………………………………
1:02 AM
Jasadbeku:
Hati setan!
Aku nak letak dalam page blog aku!
Tajuknya hati setan
Mu metal?
Mu ganas ko?

1:03 AM
Matt blodhond:
Yup sebarkan!
Bakpo?

……………………………………………………………………
1:04 AM
Matt blodhond:
Aku metal yg lembut
huhu
……………………………………………………………………
1:04 AM
Jasadbeku:
ahaha
Bagus!
……………………………………………………………………
1:04 AM
Matt blodhond:
Kemanusiaan tu still ada dlm hati
……………………………………………………………………
1:04 AM
Jasadbeku:
Yup.bagus!
Org nampak metal ni ganas,tapi dalam hati ada taman bunga!
Ada kasih lagi
Ada sayang lagi
Ada kemanusiaan.
……………………………………………………………………
1:05 AM
Matt blodhond:
Kih2
……………………………………………………………………
1:05 AM
Jasadbeku:
Tak tergamak aku nak sepak teranjang budak gitu.

……………………………………………………………………
1:05 AM
Jasadbeku:
Mu tergamak ko? Kalo mu tergamak ,mmg mu ganas mcm buah lanas (nenas) la.

1:05 AM
Matt blodhond:
Tak tergamak aku.
……………………………………………………………………

Nota: Dialog_IM Chat antara Jasadbeku dan Mat Blodhond.

Jasadbeku kata: Manusia radang bila disamakan dengan syaithan, sedangkan manusia tidak sedar kelakuannya seolah-olah syaithan.Aku juga jahat,tapi tengok ayam kena sembelih pun aku terbit simpati juga,kawan!

Catatan Tentang Dia

AKU DAN METAL!!

aku ni nampak skema.. hehehe...
dalam ati sape yang tau ye tak..
aku ni layan sume genre musik..
termasuk metalll....
yang aku minati sejak taun lepas (2000007)...

ade kisah disebalik keminatan aku kat kelaguan kemetelan ni..
panjang ceritanyeeee,,, (pendekkan)
taun lepas ade la sorang cikgu ni baru mengajar kan skolah aku(smkjenjarom)...
berape punye skema daaaaa cikgu ni.. jalan macam pemalu.. untuk pengetahuan semua insan, cikgu nieh laki laki atau male atau lelaki...
mase dah dekat sambutan ary guru taun lepas, ape lagi.. terserlah la minat aku dan cikgu ni same...
ops.. lupe nak bagitau name cikgunye.....
nama beliau wan hassuat... sng cite cikgu hassuat..
dia ni rupenye mahir main gitar....
aku ni keje tiap2 taun sapu bersih la persembahan2 kat skolah..
kalo ade hri guru ke, merdeka ke... ha mmg aku dan mmber aku mierul(first lead eleven degreee band) buat preparation nak buat persembahan..
sape yang nyanyi selalunye ek??
yang nyanyi ikut angin la.. kalo ade orang yang nak nyanyi kitorang kasik performance same dia.. kalo xde, alamat aku la yang nyanyiii...
bersambong kat cikgu aswad tadik...

mase ngn prektis. nampak la skil cikgu ni main boleh tahan..
rupe2nye..
suddenly,
sekonyong-konyong,
cikgu ni budak underground... (hoh! ape tu??)
underground ni lebih kurang cam indipendent la kalo skrang ni..
dia ade band.. and main lagu metal... haaaaa dah sudahhhhh...

cikgu aswad pon cite la ngn aku n mmber2 aku pasal metal2 ni... tapi cerita ngn kitorang2 je..
dia cerite la yang metal ni camtu camni....
sbnrnye metal bukan la semestinye yang giler ba** macam orang putih buat tu.. itu sembah setan (black mental) metal ade yang takat musik je..
tapi aku respek mamat metal sbb dorang kreatif.. lagu berkuality..
xmacam artis yang popular tu.. dah le lagu komposer kasik.. nyanyi pon suare macam lembu selesema...

dipendekkan.. aku pon mintak la sample lagu2 meetal ni..
cikgunye first bagi lagu dari band CHILDREN OF BODOM....
perrrghhh... best siot.. aku mmg minat gile ngn kumpulan ni..
pastu aku mule search sendiri kat tenet n donlod lagu metal.. skrg byk la kumpulan metal yang best aku minat... macam..
cradle of filth n macam2..
lagu yang best lak..
gabrielle..
tearing tears of sorrow..
kissing the shadow.. n beratos2 lagik yang best..
sbb tu aku kecek yang metal ni kreatif..
dorang master of music..
tengok je bodo2
tapi ramai metalist tu ade ijazah.. atau higher education dari rakyat biase...


sebagai konkusi
sebagai intiha
sebagai kesimpulan
cikgu tu la yang buat aku minat metal.. tapi aku cume minat misik dia je.. aku x respek gaye hidup dorang.. minum arak lah.. tah hape2...
n lirik pon ade yang bersih ade yang x bersih.. kne hati2...
so itu je la..
MUSIC IS UNIVERSAL..



Nota: Music is Universal Language of Soul.

29 Jun 2009

Empati Yang Belum Pasti

Hari ini 30 Jun 2009,jam 10.57 pagi,aku dalam perjalanan pulang dari tempat kerja,seorang peguam menelefon aku.

'Encik mahu saman saya mengenai kes itu? soalan pertama yang terpancul dari bibir aku.

'Walaupun sudah tahu siapa benar siapa salah? tanya aku untuk kepastian. Diam.Sepi.Dia mengerti apa yang aku rasa,cuma tanggungjawab terhadap tugas tetap dilaksanakan jika perlu.

Adakah perbualan kita ini sedang direkod? Untuk bahan bukti? Mahkamah?"tanya aku lagi. 'Tidak,ini perbualan kosong di luar bidangnya,atas dasar kemanusiaan' jawabnya.Padat. Jawapannya menjawab konteks soalan aku tadi.


........................................................................................
........................................................................................
........................................................................................


'Saya belum tentu dapat menghadapi masalah ini.Saya faham situasi dan perasaan awak.' mendatar tutur katanya.


Beberapa kata-kata berupa nasihat telah dicurahkan pada aku."Terima kasih kerana ada perasaan empati"ujar aku dengan rasa rendah nada tanda hormat.


"Saya telah berfikir panjang tentang risiko ini,tapi demi kehormatan maruah keluarga yang telah dikhianat dan dicabul,saya sanggup lakukan dan terima apa saja setiap hukuman.Jika mati kerana hal ini saya sanggup,apatah lagi hanya dalam lokap.Berani kerana benar,Encik H.' kata aku sebelum menamatkan perbualan.

Dia akan menghubungi aku lagi katanya.Aku memujuk hati nadi tidak berharap dengan harapan itu. Jika ada,aku terima.Jika tiada,aku terima.


_Jasadbeku
Dalam Risiko,
Hukuman Manusia,
Dunia.

28 Jun 2009

Isk Isk Isk

Isk isk blog aku ini sudah seperti majalah ulasan novel,filem dan muzik pulok! hahaha
Ikut suka hati aku ini aku punya halaman blog ahaha


'Segala hasil penulisan dalam blog ini adalah bersifat pemikiran peribadi.Hanya berdasarkan prinsip "Aku lihat-Aku Rasa-Aku Fikir-Aku Tulis"'-Jasadbeku


"Finds blogging an easy way to express feelings and thoughts" ujar Jasadbeku tersenyum cuba berbahasa Inggeris dalam loghat Kelantan yang cukup pekat. Kemudian berlalu tanpa kata ke tepian pantai,melontar batu-batu kecil ke arah ombak yang mengganas..


Nota: :)

Laskar Pelangi



Laskar Pelangi adalah novel pertama karya Andrea Hirata yang diterbitkan oleh Bentang Pustaka pada tahun 2005. Karya yang mencetuskan fenomena hebat di Indonesia.Novel ini bercerita tentang kisah benar kehidupan 10 anak dari keluarga miskin yang bersekolah (SD dan SMP) di sebuah sekolah Muhammadiyah di Pulau Belitong yang penuh dengan kesukaran.Kini novel ini telah diadaptasikan dalam bentuk filem.




Kalau nak pintar,belajar
Kalau nak berhasil,usaha

Nak ke mana,Mus?
Mengejar ke langit.Ayuh

Muslimah :Mimpi aku ini bukan jadi isteri saudagar,pak
mimpi aku jadi guru..

..Dan ingat,hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya
bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya

Nota: Untuk lebih "merasainya",sila hayati novel Laskar Pelangi. Jujurnya,aku jantan keparat tetapi bergenang air mata juga bila menghayati plot kisah benar ini.Tersentuh hati,beb! Akan tersenyum sendiri melihat gelagat anak-anak kecil yang baru mengenal tentang dunia. Tapi malangnya filem ini tidak ditayangkan di Malaysia! Kemungkinan besar kerana ia bukan sebuah karya aksi ala Tranformers/Terminator/Batman/Spiderman yang digila-gilakan oleh masyarakat kita.


Jasadbeku kata: Tak Ada Jiwa Tak Ada Rasa

25 Jun 2009

Bin Jidan Kembali



Trek Lagu:
1) Aku dan kamu
2) Terang Bulan
3) Untuk Orang Islam
4) Bersiaplah Untuk Sebuah Revolusi
5) Ia Masih Di sini
6) C4 - LLPK
7)Nyanyian Para Malaikat
8)Bendera Negeri
9)Perang

Bin Jidan kembali dengan album baru. Dendangan lantang yang berani. Untuk keterangan lanjut,sila hubungi:http://nikbinjidan.blogspot.com/ atau http://www.myspace.com/binjidan.

Nota: Nik,aku tempah satu! Jumpa kat C.M,aku hulur.

24 Jun 2009

Damai Kami Sepanjang Hari



Filem Damai Kami Sepanjang Hari lakonan lagenda seniman Indonesia,Iwan Fals.
Filem ini mengisahkan seorang remaja yang bernama Iwan mengharungi kehidupan yang sukar setelah ketiadaan ibu dan ayah. Iwan terpaksa mengalas tanggungjawab untuk menjaga adik-adiknya dengan menjadi pemuzik jalanan. Berdepan dengan pelbagai kesukaran,namun hatinya tetap tabah. Sayu pada saat Iwan terpaksa berpisah dengan adik-adiknya kerana kesempitan hidup.Berbekalkan bakat dalam muzik,Iwan telah berjaya mengubahkan nasib kehidupannya.

Iwan : Tanpa sekolah pun,kita bisa jadi orang.Yang penting berjuang..



Jasadbeku kata_'Damai Kami Sepanjang Hari' mampu memberi semangat untuk kita terus hidup.
Nota: Terima kasih kepada saudara Nik@Zamri bin Mat Jidan yang memperkenalkan filem ini.Setiap kali aku tengok kelibat Iwan fals, sering kali aku teringat Nik. Hampir sama imejnya. ahaha

Kembara Seniman Jalanan 1986




Kembara Seniman Jalanan adalah sebuah filem Malaysia yang diarahkan oleh Nasir Jani dan M.Nasir selaku penulis skrip.Dibintangi oleh M.Nasir,Pyan Habib,Imuda,dan beberapa artis dan kumpulan muzik rock/blues tempatan. Berkisar tentang seniman yang menentang lanun cetak rompak.Filem yang ditayangkan kepada umum pada Februari 1986.(Tahun 1986?,aku masih belajar merangkak). Tidak pernah aku rasa bosan layan filem ini. Hari ini sudah ke 9 kali aku layan. Suka watak Osman Tikus bersahaja mengkritik secara halus tetapi tajam. Anda tidak membuang masa jika melayan filem ini daripada melayan filem Gol&Gincu, Mami Jarum, dan Jangan Pandang Belakang.

Bujang : Sesat di Kuala Lumpur, dosa pahala bercampur..
Osman Tikus : Brader,kita perlu terus hidup..

Extreme Aggression







Extreme aggression
From an extremely insane mind
Resting unconscious
Pushed up by white lines
Inhuman violence
I never thought it would come this far
Sadistic intensions
My greed for blood is growing more
And more



Extreme aggressions
Seeing you suffer bring pleasure to me
Extreme aggressions
My aggressions became to extreme to be
Kept under control

Hallucinations
From the darkest part of my brain
I still can't believe it
I'm really insane
I heard you pleading
But no one hears the screams
Of this soul of mine



Society, what have you done to me
Society, bring you to your knees

Once before I die
Now that I have lost the will to live
Once before I die
I'll take revenge on
Those who's led me to

Extreme aggressions
My emotions, twisted by your lies
Extreme aggressions
Condemned my soul to hell for all time

Artist: Kreator
Album : Extreme aggression

18 Jun 2009

Suara Seni Rakyat



Jika kelapangan masa,datanglah beramai-ramai.

17 Jun 2009

10 Tahun Sebelum Merdeka




10 Tahun Sebelum Merdeka
sebuah filem dokumentari oleh Fahmi Reza
http://10tahun.blogspot.com

20 Oktober 1947 merupakan hari bersejarah dalam perjuangan berperlembagaan rakyat Malaya menuntut kemerdekaan dari penjajah British. Filem dokumentari pendek ini menceritakan pengalaman yang dilalui oleh 5 individu yang turut serta dalam perjuangan politik kiri untuk membentuk sebuah gerakan kemerdekaan rakyat di Malaya, sepuluh tahun sebelum merdeka.

16 Jun 2009

Telah Mati Sebelum Mati

Jasad lesu dan kaku
Mata menatap lesu
Bibir terkunci rapi
Hati berbicara sepi

Telah mati sebelum mati


Jasadbeku
170609
Bandar Puteri,Klang

Jari

Jari;
Telunjuk lurus kelengkeng berkait
Telunjuk ini mencucuk mata ini
Sakit aku perit

jasadbeku
170609

Tanduk di Kepala

Sudah leka tanam lalang, usah bermimpi tumbuh padi
Tanah lembah kandungan air,kayu bengkok titian kera
Tangan itu mencencang, bahu itu juga memikul
Tanduk di kepala tidak dapat digelengkan

Antara Ada dan Tiada

Bibir ini;
Ada terukir senyum
Meskipun tak ingin tersenyum
Senyum juga

Dan waktu;
Terus asyik berlalu
Mengalir dalam arus jitu
tanpa bicara

Dari mata;
Wajah ini ada
Namun aku tiada.


Jasadbeku
140609
Pasir Mas,Darul Naim

21 Mei 2009

Aaarrrggghhh!!!

Aaarrrggghhh!!!
"Itu bukan angkara aku"
Sukarnya manusia untuk mengaku,
Setelah meninggalkan tahi di jalanan.


Jasadbeku
200509
Bandar Puteri,Klang



Nota:Untuk pengkhianat yang membunuh jiwa dengan sengaja atau sebaliknya.

19 Mei 2009

Anak Kecil di Kota Binasa


Di kota binasa
Anak kecil itu berdiri
di antara:
laluan peluru-peluru yang bebas
jasad-jasad kaku bergelimpangan

Pada kaca matanya
Ada sinar mengerdip lemah
Mengintai kemungkinan sudut lain
Sukarnya berdiri di tanah sendiri

Jasadbeku
190509

Bila Anak Kecil Menulis










Nota: Pertama kali baca, aku tergelak tanpa belas kasihan. Namun ketika direnungkan kembali, ternyata ini adalah satu luahan jujur dalam bentuk penulisan dari seorang anak kecil. Sedih tetapi benar..

17 Mei 2009

Terima Kasih,Cikgu




A B C
1 2 3
Alif Ba Ta
Semua bangun,
Terima kasih,Cikgu





_Jasadbeku
Cheras
16 Mei 2009



Nota: Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik secara langsung atau tidak langsung.Jasamu dikenang selamanya.

14 Mei 2009

Lagenda Bob Marley



You can fool some people sometimes,
But you can't fool all the people all the time.
So now we see the light,
We gonna stand up for our rights!

_Bob Marley

08 Mei 2009

Mati

Bila-bila
Dan
Tika ini menanti mati
Mati pasti


Jasadbeku
7.22pm
8/5/09
Bandar Puteri

03 Mei 2009

Malaysia Maju

Kugiran : FTG
Judul : Malaysia Maju



Malaysia
Makin makin makin maju
Tapi..bangsa kita
Makin makin makin layu

Gila nama
Gila gila gila kuasa
Dengki kianat
Fitnah sama sendiri

Jangan..ikut
Resam resam resam lama
Gadai tanah
Gadai gadai gadai harta

Satu hari kita akan rugi
Sampai masa hilang hilang negeri

Kita hidup
Hidup biar biar sederhana
Jangan tamak
Nanti kita
Kita kan sengsara

Apa..erti
Erti kemajuan
Mana dia..
Mana dia dia keadilan

Orang kaya..
Makin kaya
Orang miskin..
Naik naik intrakota

Jangan hidup
Buat buat buat dosa
Tipu sana..
Tipu tipu tipu sini

Sedar diri
Hari-hari yang berlalu
Bila mati
Masuk masuk neraka!


Nota: Aku suka lagu ini.Jujur dan berani! Tidak pula lagu ini di gam dari keluar corong radio.Kemungkinan mereka turut mengakui kesahihan realiti seperti dalam lirik ini. Kalian saudara FTG ( Freedom That's Gone) bernasib baik kerana tidak disumbat ke dalam Pusat Tahanan Kamunting di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. Malaysia Maju trek yang pertama dalam album AKU TAK PEDULI.Lagu ini sesuai untuk menjadi iktibar kepada mereka yang mempunyai kepentingan diri dengan menjahanamkan tanah air sendiri. Sebuah karya keras bukan dari mereka yang bertali leher mengaku
wira negara. Spirit to rebel!!

Coretan Dinding Juga Mengerti




Lokasi: Berhampiran Stesen LRT Pasar Seni

Seniman Jalanan



Di Mata Air Tidak Ada Air Mata

Memetik gitar dan bernyanyi
Pada waktu tak bertepi
Di atas langit di bawah tanah
Di hembus angin terseret arus
Untuk saudara tercinta
Untuk Jiwa yang terluka

Tengah lagu suaraku hilang
Sebab hari semakin bising
Hanya bunyi peluru di udara
Gantikan denting gitarku
Mengoyak paksa nurani
Jauhkan jarak pandangku

Bibirku bergerak tetap nyanyikan cinta
Walau aku tahu tak terdengar
Jariku menari tetap takkan berhenti
Sampai wajah tak murung lagi

Amarah sempat dalam dada
Namun akalku menerkam
Ku bernyanyi di matahari
Kupetik gitar di rembulan
Di balik bening mata air
Tak pernah ada air mata


_Iwan Fals

Nota: Terima kasih kepada saudara Nik@Zamri bin Mat Jidan ( seniman jalanan di Central Market) kerana memperkenalkan aku tentang Iwan Fals. Walaupun bukan pada zaman aku, mengenal Iwan Fals seperti ada sesuatu yang terdetik di hati ini bila menghayati bait-bait liriknya.




Garisan Abstrak

Semusim berjanji
Bersemilah
Dibelai angin senja
Ketawalah
Percaya pada cinta
Percayalah
Ku minta kau disini
Temani aku


Korus:

Tiada lagi apa yang ku inginkan
Kerna ku tahu
Cintamu tertanam
Di lembah jiwa
Yang sunyi dan dalam

Namun aku sering saja
Tersasar darimu
Pintaku
Ku temui jawapan
Peduli ku tak peduli
Halilintar menyapa
Turunlah wahai hujan
Basahi jiwaku


Peduli ku tak peduli
Halilintar menyapa
Turunlah wahai hujan
Basahi jiwaku


_Nik@Zamri bin Mat Jidan




Baru-baru ni di uptown ketika aku sedang busking(mengamen)datang la juak2 dari JKM(jabatan kebajikan masyarakat)konon nya nak menahan aku la gaya nya tu tapi mana boleh beb aku bukan boneka yang bole dijadikan permainan untuk budak2..bicaranya begini

JKM:bole tanya sikit?dah berapa lama buat keje ni?

AKU:dah lapan tahun

JKM:kenapa main musik kat jalan?

AKU:aku punya suka la! nak main musik kat mana pun,tuhan pun tak marah aku nyanyi kat jalan,apa kau nak sibuk.aku pun dah main kat hotel2, function orang kawin,depan dolah hadari tu pun aku dah perform.apa?salah ke aku buat keje ni?

JKM:kenapa tak cari kerja lain je?

AKU:buat pengetahuan kau dah macam2 keje aku buat tapi aku suka musik jadi aku main musik
la.

JKM:kalau bisnes burger nak?

AKU:kau kasi modal,tapak dan gerai la" aku bole buat"(sebenarnya aku dah lali dengan burger
ni sbb dulu memang aku bisnes burger tapi jiwa lebih kepada musik,kalau tak aku tak
buat operation la jari aku ni kerana semata mata nak main gitar)

JKM:kenapa tak mintak bantuan kat jabatan kebajikan?

AKU:huh tak payah la kau nak ajar aku tu semua aku dah cuba tapi tak pernah dilayan pun,bukannya aku mintak banyak,cuma supply sound sistem yang murah2 pun dah ok,bukan nya aku mintak yang sepuloh ribu.kalau nak bukak kedai kang macam2 nak nya..cari kedai sendiri,kena daftar syarikat sendiri,aku mana ada duit nak buat tu semua dan aku tak punyai kepandaian dalam bidang tu semua jadi kau kena tolong la.lagi satu aku dah malas nak pegi kat tingkat 10 tu lagi, menunggu punya lama,pegawai yang buat keje sorang yang lain main game, ikut hati nak aje aku terajang diorang tu,dah la orang yang menunggu ramai.kalau aku pegi ke gereja dah tentu aku dapat bantuan punya.jabatan ni cuma indah kabar dari rupa.

haha yang best nya hari tu pulak aku pakai baju Rashid Maidin yang bertulis "...tunku mengakui peranan penting perang gerila yang kami lancarkan dalam mencapai kemerdekaan malaya"-Rashid Maidin

JKM:oooo awak ni pengikut Rashid Maidin la ya?

AKU:memang!dan bagi aku rashid maidin ni adalah lelaki melayu terakhir dan samsiah fakeh pulak adalah wanita melayu terakhir!bukan nya normala samsudin, perempuan sundal tu tak layak digelar wanita melayu terakhir pun..apa jasa mala pada negara?berpakain seksi nampak lurah dada tunjuk peha,BUAYA darat memang suka la hahahhahaaaaaaaaa bongok!

JKM:jom ikut kitorang

AKU:Pegi mana?apa yang aku dapat kalau aku ikut korang?korang bole bagi aku duit?kalau tak
ada apa yang korang boleh bagi nak buat apa aku ikut!

JKM:Ok kalau tak nak ikut kena nyanyi lagu hotel california

AKU:Bagi la duit"aku jual suara,kalau nak dengar bayar la!

JKM:ooo kena bayar?seringgit boleh buat pegi minum tu

AKU:kalau macam tu simpan duit seringgit kau tu pegi minum, aku pun malas nak layan kau baik aku keje.

Juak2 JKM yang bongok tu pun balik la dengan muka yang separuh senget dan otak yang dah tersumbat dan aku terus mengamen(busking)


Nota: Petikan dari tulisan saudara Nik@Zamri bin Mat Jidan
http://nikbinjidan.blogspot.com/
http://www.myspace.com/binjidan

Menunggu Kata Dari Tuhan


1hb Mei 2009_ Teater Menunggu Kata Dari Tuhan karya Dinsman berdasarkan hadis sahih Riwayat Bukhari dan Muslim, daripada Abdullah bin Kaab. Lakonan solo Sabri Yunus sepenuhnya di ruang pentas kecil. Turut menambahkan nilai estetika teater ini,alunan biola Sani Sudin yang kreatif menggunakan kemahirannya mengikut rentak plot teater ini. Gaya persembahan monolog Sabri Yunus selama 45 minit itu berjaya membuatkan aku seakan berada di tanah Madinah.

Sepanjang perjalanan pulang,aku tertanya adakah aku semakin menghampiriNya atau semakin jauh dari mengenaliNya? Terdiam memikirkan kembali perlayaran aku merentas ruang hidup sementara ini.

Sumpahan Mahsuri di Istana Budaya



Batu penanda tentang kematian Mahsuri.

30hb April,aku dan kawan menyaksikan Teater Mahsuri arahan Fauziah Nawi di Istana Budaya. Tiada apa-apa yang menarik dalam teater ini selain keindahan props di Istana Budaya.Aku tidak merasa apa-apa semasa menyaksikannya.Mungkin kerana ini adalah teater muzikal,kurang menekankan aspek perjalanan dan penghayatan cerita. Cuma ada satu babak yang membuatkan aku cukup tersentuh dengan dialog atau skrip sumpahan Mahsuri(lakonan Vanidah Imran) sebelum ditikam mati. Lantas fikiran aku cuba membayangkan Mahsuri pada zamannya.Mahsuri telah menjadi mangsa kekejaman angkara fitnah. Sebak.Sedih.


Fitnah
Ketika pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II ibni al-Marhum Sultan Ziyauddin Mukarram Shah (1803-1843), hubungan Kedah-Siam menjadi keruh. Mahsuri hamil ketika Wan Derus keluar dari Langkawi (tidak diketahui tujuannya tetapi sumber menyatakan beliau berperang dengan tentera Siam di Kuala Kedah). Sepeninggalan beliau, Mahsuri dikhabarkan tinggal bersama ibu bapanya. Ketika waktu tersebut, Deramang, seorang penyair kembara (sesetengah sumber mengatakan beliau peniaga) singgah di Langkawi. Kebolehannya menambat hati penduduk Langkawi lalu dengan ehsan ibu bapa Mahsuri, Deramang tinggal di rumahnya untuk mengajarkan syair dan dendang.
Kepandaian Deramang dalam bersyair menaikkan nama Mahsuri sebagai tuan rumah dan menimbulkan kecemburuan Wan Mahura, ibu mertuanya sebagai isteri pembesar pulau Langkawi. Kelahiran anak Mahsuri, Wan Hakim, mencetuskan fitnah apabila Wan Mahura menuduh Mahsuri bermukah (melakukan hubungan sulit) dengan Deramang.
Atas sebab itu, Mahsuri dan Deramang ditahan dan dijatuhkan hukuman bunuh oleh bapa mertuanya sendiri setelah termakan hasutan isterinya. Tanpa menunggu Wan Derus pulang, Mahsuri dan Deramang di bawa ke Padang Matsirat, pusat Langkawi ketika itu, untuk dijatuhkan hukuman. Mahsuri diikat di sebuah batang pokok dan ditikam dengan tombak. Menurut lagenda, tombak yang digunakan tidak dapat menembusi tubuh Mahsuri. Akibat terseksa,Mahsuri mendedahkan bahawa dia hanya dapat ditikam dengan tombak sakti (terdapat pihak yang menyatakan bahawa senjata itu adalah keris) yang terdapat di alang rumahnya.

Kata-kata terakhir Mahsuri amatlah masyhur apabila ia seringkali diulang dalam mana-mana persembahan. Ayat-ayat terakhir Mahsuri adalah berupa sumpahan untuk tidak menghalalkan darahnya jatuh ke bumi kerana beliau mangsa fitnah dan mengutuk pulau Langkawi untuk tidak tenteram dan permai ibarat padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan.
Walaupun dipujuk dan dirayu ibu bapa Mahsuri, hukuman tetap dijalankan dan Mahsuri dibunuh tanpa dosa yang dituduh. Menurut lagenda, Mahsuri mengalirkan darah berwarna putih hanya kerana kata-katanya yang tidak menghalalkan darahnya jatuh ke bumi. Deramang turut dibunuh kemudiannya walaupun bertindak ganas. Mahsuri dikebumikan oleh ibu bapanya bersebelahan dengan harta tebusan yang ingin digunakan untuk menebusnya. Mahsuri dikatakan meninggal pada tahun 1819 Masihi bersamaan 1235 Hijrah.

28 April 2009

Seperti Sebelumnya

Seperti sebelumnya
Ketika sinar purnama kian pudar
Mata belum bisa lena


Masih
Seperti sebelumnya
Sepi tanpa mimpi
Resah tak bertepi

_jasadbeku
29 Apr 09
4.50am

Anak Kecil Palestin

Sepucuk Surat Untuk Askar Israel



Kehadapan saudara askar Israel,
Semoga berada dalam kegelisahan
yang telah kalian ciptakan sendiri
Bukan tiada kudrat menentang kalian
Bukan tidak celik menghalakan senjata
Cuma aku mual melihat darah merah
Mengalir lesu pada wajah bumi


Jika tika ini,
Hanyir jasad
Air mata jernih
Mengisi segenap ruang kota kecil Palestin
Kalian masih berdiri megah menjulang panji

Kelak pasti,
Kalian rebah lemah meratapi diri
Dalam lurah-lurah api yang mengaum
Tiada daya dipadam dengan air mata .



_Jasadbeku
29 April 09
2.50am
Klang

KERANDA 152


KERANDA 152

Anak Melayu
Panas dadamu membakar baju
Kita arak keranda 152
Ke tanah perkuburannya Parlimen

Sepuluh tanah nafas ini terhenti
Hari ini jangan lagi menyanyi

Sebentar lagi malam akan tiba
Tiap pintu dan jendela sudah dijaga
Bayang-bayang tidak bisa lewat jalan raya

Anak Melayu
Namamu telah diseru
Jawablah
Sebelum lidahmu jadi bisu


Usman Awang (1967)

Matematik dan sains sebuah Keranda - Rahmat Haron


Tarikh tanda waktu, ingatan dan kenangan. Benar, hari itu tak ada yang dapat kujual. Benar, hari itu tak ada yang dapat kubeli. Tak ada urusniaga – masa tak dapat menjadi indeks dagangan.

Tanggal Sepuluh Rabiulawal tahun hijrah 1431, kalendar Gregoria 7 mac 2009, bulan dua tahun kerbau, hari 23 bulan Masi.



Nesan tanda kematian, nafas dan kehidupan sebuah KERANDA 152 - 3 Mac 1967,

42 tahun keranda berkubur sepi semadi dalam sunyi, hiba telah lama tertanam bersama isi perut dan kenyang hidangan di dewan petaka mengambus duka.

Kini kita melihat kengerian. Kesombongan Bebal Nasional mengeruk tanah kubur

mencari gali mencaci curi KERANDA 152. Jentera kuasa dan tajam kuku besinya mengorek menebak tubuh luka ibunda yang tua.

Kemudian kita melihat tanah telah dibongkar Kesombongan mencampakkan

kayu reput KERANDA 152, tulang-tulang bahasa budaya yang hancur. Kesombongan bukan mahu mengkaji DNA atau memasukkan data-data dan fakta untuk pro-fail dan anti-fail. Atau membawanya ke makmal mengkaji penawar, menguji benci, bukan itu hasrat Kesombongan.

Kita bersedih kerana pada saat-saat itu masih lagi mengkhayalkan yang tulang-tulang dan kayu reput KERANDA 152 itu mahu dibasuh mandi bersihkan dilangir wangian bunga-bunga cempaka, mawar, melati dan melur. Dijunjung dalam upacara pemakaman bersama keranda yang baru terukir awan larat dan pucung rebung.

Berat hujan, kita tambah sedih dan menangis. Tulang-tulang bahasa dan kayu reput KERANDA 152 diinjak-injak kasar kaki Bongkak bersepatu besi, diludah busuk lidah kesombongaN.

Mata kita tak terpejam. Kekejaman menyekang biji mata kita terjojol. Kemarahan mengudara. Kita mesti bergerak dan bertindak. Santun kita di balas pedih mata, loya tekak dan hiba dada.

Sains senjata kimia, begitu cepat pemerintah belajar cara menindas rakyatnya.

Tembakan peluru-peluru gas dan meriam meledakkan racun. Perisai dan belantan mesin. Kesombongan cuba mengertak. Tapi kita telah menjadi berani, kita telah kehilangan

Sedu Sedan Sendu Sedih Sayu.

Rakus berbangga, Kesombongan mengebom kayu reput KERANDA 152

dan serpih tulang-tulang bahasa yang telah tertanam begitu lama.

Bahasa aku

Bahasa engkau

Bahasa kita di ALTANTUYA kan mereka!

Dan tentunya ini bukan bahasa mereka – bahasa mereka Bebal Nasional

Kerana bahasa kita

Adalah Bahasa Jiwa

Bangsa Merdeka!


_Rahmat Harun

26 April 2009

Diam Tertikam

Semalam aku telah mati
Diam tertikam
Kaku

Tiada juga maknanya,
jika langsung tidak mati.


Jasadbeku
5.34am
27 April 09
Bandar Puteri

23 April 2009

Selagi Titik Noktahnya Tiada

Segalanya ada hari ini
Esok lusa mungkin sebaliknya
Segalanya indah hari ini
Esok lusa mungkin sebaliknya

Segalanya bermula hari ini
Esok lusa belum tentu bernyawa
Kemungkinan itu akan berterusan
Terus hadir tanpa petanda
Selagi titik noktahnya tiada



Nukilan:
Jasadbeku
24 Jan 09
2.30am
Kamar Buruk
Bandar Puteri,Klang



*Dalam suatu taklimat insuran nyawa, dia berkata "Jangan lupa tarik nafas malam ini,mana tahu esok terus terpadam".Berderai gelak tawa hadirin memecah kesepian . Seperti biasa, akan kedengaran suara-suara nakal yang menambah kata-kata itu untuk mohon perhatian. Apakah mereka tidak faham atau sengaja tidak faham atau tidak ingin faham? .Mereka ketawa terus ketawa, aku terkasima sejenak dan berbisik pada diri"satu hakikat yang pasti"

19 April 2009

Tentang Dia dan Khatulistiwa



Masih segar dalam ingatan, sewaktu umur sekitar 12 tahun,aku selalu diperintah oleh abang aku untuk praktis jari jemari untuk memainkan lagu-lagu 60an dan lagu-lagu rock kapak ( Search,Wings,May,dan lain-lain) serta lagu Blues Gang. Antara lagu Blues Gang yang pernah dijadualkan untuk aku praktis ialah, Apo Nak Dikato, Oh Mama Saya Mahu Kahwin, Sakit Sakit Sakit, Naik Turun dan Khatulistiwa. Setiap kali aku mendengar lirik lagu Blues Gang,pasti aku tersengih kerana bagi pendapat aku ia seoalah-olah hanya satu lawak jenaka.Oleh kerana aku hanya berminat dengan bermain gitar tetapi tidak berminat untuk menyanyi (kerana suara aku sengau sedikit tapi macho ahaha),aku selalu dimarahi oleh abang aku.Katanya untuk lekas pandai untuk memahami tempo dan tinggi rendah nada ,aku perlu menyanyi sambil bermain gitar.Namun aku keras kepala seperti kerasnya batu karang di Lautan China Selatan.Mungkin kerana pada waktu itu aku sudah mula meminati band Iron Maiden dan Cromok yang agak keras muziknya dan lontaran vokal kemarahan yang cukup sifat seorang lelaki sejati.
Namun untuk menjadi gitaris,aku perlu juga mengikut apa yang telah dijadualkan oleh abang aku. Barulah aku sedar "bass line" dan solo Blues Gang itu amat susah untuk dimainkan dan amat sesuai untuk melatih memperlembutkan jari jemari aku. Mulai hari itu aku selalu bermain lagu Blues Gang. Sekali sekala, aku berjaya juga membodek abang aku untuk mengajar aku bermain lagu " A Number Of The Beast" _Iron Maiden, intro "Metallurgical"_Cromok dan "Heavy Chains_Loudness serta Smoke On The Water_Deep Purple.




Namun begitu lagu wajib yang perlu aku mainkan sambil menyanyi ialah Khatulistiwa_Blues Gang (rujuk video teratas). Pernah sekali aku tidur dengan mengikat jari aku menggunakan getah semata-mata untuk memberi daya tahan apabila memetik kord-kord yang sukar.Bila terkenangkan hal itu,secara automatik bibirku terukir senyum dan menggaru kepala walaupun tidak terasa gatal. Terbit perasaan malu pada diri namun itulah permulaanya rentetan aku setelah berkhayal seorang gitaris laksana pahlawan perkasa bersama sebilah pedang.Khayalan itu berlaku pada sekitar tempoh akhil baligh aku yang pertama.(Namun pernah sekali abang aku melahirkan rasa kagum apabila melihat aku memainkan lagu Tormentor_Kreator).


Jika dahulu aku tersengih sinis apabila mendengar lagu Katulistiwa ini, namun kini sebaliknya ,sering kali fikiran aku terbang melayang kembali pada tahun 1994, setiap jam 2 pagi bersama seorang abang, gelak tawa bersama, bermain gitar dan menyanyi bersama. Sekarang segala suara tawa, marah, lawak abang aku hanya tinggal kenangan dalam sudut hati terdalam aku. Terasa rindu saat jariku menerima jentikkan kejam darinya yang sering sahaja menjadi hukuman jika aku tersilap memetik kord lagu.Jika bukan kerana dia,aku mungkin tidak mengenal lagu-lagu Iron Maiden, Metallica, Loudness,Deep Purple, Scorpion, Mandator, Suffercation,dan kugiran-kugiran yang lain. Namun segalanya sudah menjadi ketentuanNya dari sejak azali lagi.Pernah aku bertanya "SIAPA AKU UNTUK MENIDAKKAN SEGALA TAKDIR YANG TELAH DITENTUKAN?" . Tiada hak untuk aku yang kerdil dan jahil mempersoalkan hidup mati makhlukNya.Tuhan lebih menyayangi dirinya. Arwah telah pergi tetapi Khatulistiwanya tetap terus ada. Al-fatihah kepada arwah yang telah kembali ke rahmatullah.Semoga rohnya dicucuri rahmat.Amin.


Khatulistiwa _Blues Gang

Dari Langkawi kita belayar
Singgah sebentar berjual beli
Zaman kita nak kejar mengejar
Siapa yang lambat mesti ke tepi

Teluk Cempedak pantainya indah
Pasirnya putih cantik sekali
Bukannya mudah perkara mudah
Kalau tak cuba berkali-kali

Hei..orang kita Khatulistiwa
Di mana juga Nusantara
Bersatu kita teguh
Bercerai kita roboh
Itulah dia amalan hidup kita

Naik keretapi ke Sungai Petani
Ramainya orang ke pesta ria
Melayu Cina India Serani
Bersatu jiwa berkerjasama

Good morning Sir dahulu kala
Selamat pagi Tuan ditukar ganti
Hapuskan kawan segala sengketa
Marilah hidup dalam harmoni

Marilah makan tembikai cina
Rasa tak puas menghilang dahaga
Wahai adik-adik abang bertanya
Dah besar nanti nak jadi apa

Timur dan Barat utara selatan
Dari Surabaya ke Singapura
Memang sudah jadi sebut-sebutan
Tepuklah dada tanya selera

*Jika suatu masa dahulu Blues Gang dikatakan hanya pemuzik jalanan terlibat dengan ganja. Ini mungkin kerana imej mereka yang agak "hippies". Namun segalanya dapat disangkalkan kerana lirik lagu ini kerana bersifat patriotik dengan memberi mesej untuk perpaduan kaum di tanah air. Lagu Khatulistiwa_Blues Gang terus kekal dalam ingatan masyarakat Malaysia kini.