Notis Hak Cipta
© Jasadbeku blogspot.com
Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini perlulah mendapat izin daripada Jasadbeku blogspot.com. Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari halaman ini.Ini bertujuan untuk keselamatan dalam kebebasan menulis.Terima kasih.
PERHATIAN
© Jasadbeku blogspot.com
Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini perlulah mendapat izin daripada Jasadbeku blogspot.com. Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari halaman ini.Ini bertujuan untuk keselamatan dalam kebebasan menulis.Terima kasih.
PERHATIAN
1. Jasadbeku.blogspot.com TIDAK bertanggungjawab terhadap semua komen yang dihantar pembaca dan diterbitkan semula di blog ini.
2. Komen 'anonymous' TIDAK akan disiarkan. Sebarang komen yang menyinggung rasa dan bersifat serangan peribadi menurut tafsiran Jasadbeku.blogspot.com juga tidak akan dilayan.
3. Muatan, catatan, entri, pandangan peribadi Jasadbeku blogspot.com TIDAK mewakili pandangan mana-mana pihak.
2. Komen 'anonymous' TIDAK akan disiarkan. Sebarang komen yang menyinggung rasa dan bersifat serangan peribadi menurut tafsiran Jasadbeku.blogspot.com juga tidak akan dilayan.
3. Muatan, catatan, entri, pandangan peribadi Jasadbeku blogspot.com TIDAK mewakili pandangan mana-mana pihak.
29 Februari 2012
Orang Kecil Bernafsu Besar
Terkadang aku berfikir, ada jenis orang boleh hidup dengan belanja yang kecil tetapi yang menggangu fikirannya dia risau dikatakan orang lain bahawa dia hanya hidup dengan belanja yang kecil. Benarkah?.Yang pastinya,padahal ramai orang gagal menguasai nafsunya kemudian mengatakan belanjanya kecil.
Chenta ( kah )
Bercinta sebelum kahwin seperti sengaja memberi peluang kepada diri untuk menghampiri zina.Cinta sebelum kahwin itu penyakit, perkahwinan itu sihat.
Tiada Matlamat Lain
Wanita yang mendedahkan aurat sebenarnya tiada matlamat lain selain untuk menggoda/perhatian lelaki.
Britney Spears Melayu
" Masyarakat kita tidak lagi janggal melihat wanita Melayu/Islam berpakaian seperti Britney Spears.Akhir zaman semua manusia punya hak asasi kononnya." Lolos seorang kawan.
Yang Sering & Yang Jarang
Sering kita dipesan untuk mengingati jasa pejuang kemerdekaan negara tetapi jarang kita dipesan untuk mengingati jasa Rasulullah S.A.W membebaskan umat manusia daripada belenggu kejahilan.
Ulamak Akhir Zaman
Ulamak pun masing-masing bercanggah pendapat tentang hukum.Mana satu benar?.Tidak dapat tidak salah satu daripadanya pasti wujud ulamak yang menghalalkan cara mengikut kehendak nafsu.Oh, lagi parah apabila ulamak bertengkar dalam facebook!.Orang awam seperti aku lemas dalam kebingungan.Ulamak akhir zaman.
Kurang Kasih Sayang
Benarkah perempuan yang suka tayang hiasannya kerana kekurangan perhatian dan kasih sayang?
Tahi Di Dahi
Kita sengaja membenamkan belati berkarat di dada dan melumurkan setompok tahi di dahi jika sering mengikut kehendak nafsu.
Perihal Sombong
Mereka yang tidak solat adalah manusia yang paling sombong kerana enggan sujud kepada Maha Pencipta yang memberikan nikmat.
Perempuan Tidak Segan
Abad ini, ramai lelaki lebih pemalu daripada perempuan.Buktinya, ramai perempuan tidak segan silu mendedahkan aurat.
Dengan Senyuman
Dengan senyuman,bebanan kerja akan ringan manakala bermasam muka kita telah menambahkan sebongkah batu dalam bebanan kerja itu. Namun, jika kita masih tersenyum atau bermasam muka tanpa berusaha, kita sedang menambahkan satu lagi bebanan berpakej batu karang. kihkihkih!
Keluh Kesah
Kehidupan
tanpa keluh kesah, tanpa rintangan, tanpa kesusahan, tanpa kepenatan
adalah hambar, adalah kematian.Tetapi bukankah mengeluh itu tanda kita
tidak bersyukur dan tiada kesabaran?
"Wahai orang-orang yang
beriman minta tolonglah kamu dengan sabar dan solat,sesungguhnya Allah
bersama-sama dengan orang yang sabar"( Al-Baqarah 153.)
28 Februari 2012
Hina Dina
Jika orang yang menghina tentang sifat yang tidak ada pada kita, maka usahlah kita pula mencacinya dengan sifat yang ada padanya.Bukankah penghina itu sedang mempamerkan hatinya yang hina?
Nilai
Menguji emas dengan api, menguji iman dengan dugaan, bukankah sesuatu yang bernilai perlu diuji ketahanannya?
Gabungan
Bersyukur ketika menerima nikmat, bersabar ketika menerima dugaan, maka syukur dan sabar merupakan gabungan kekal untuk mencapai ketenangan hidup.
Tak Mampu Mengubahnya
Kata seorang sahabat;
"Semua orang akan menjadi mayat, anda tidak mampu mengubahnya."
Jantina
Ada orang kata jadi perempuan lebih susah daripada menjadi lelaki, ada juga orang kata sebaliknya, dan ingin aku berkata : "Apakah kalian tidak bersyukur? Apakah kalian punya keajaiban untuk memilih jantina sendiri atau memilih untuk tidak dilahirkan?."
Kalau Semua Lelaki
Kalau semua lelaki tundukkan pandangan seperti yang disarankan, masihkah ada perempuan akan berpakaian seperti telanjang?
Berat & Mudah
Orang-orang tua ada berkata, mengangkat sebongkah batu berat lebih mudah berbanding menjaga 10 orang manusia."
Kelayakan Berdakwah?
JIKA
kita mahukan manusia sempurna sahaja yang layak memberi nasihat atau
berdakwah, maka siapa yang berani melabelkan dirinya sempurna dan sudah
berkelayakan berdakwah?.Manusia pasti pernah melakukan kesilapan.
nota ; jangan lihat siapa yang berkata, lihatlah apa yang dikata.
Dosa Terhinggap
Keluar rumah, terus mudah dihinggap dosa ; kadang-kadang aku keliru perempuan-perempuan itu berpakaian atau telanjang?
Selamat Datang Ke Neraka
"Kata orang-orang tua, jika kita selalu dilanda masalah dan kegelisahan, cuba 'check' semula hubungan kita dengan Allah.Apakah hati kita benar-benar beriman kepada Nya?" Ujar seorang sahabat, pemuzik Metal berambut gondrong.Pada t-shirtnya terpapar jelas " Venom : Welcome To Hell". Jangan melihat siapa yang berkata, lihatlah apa yang dikata.
Jatuh Bangun
Anak kecil yang keluar dari perut ibu tidak terus berjalan, bahkan akan ada beribu kali jatuh bangun sebelum dapat berlari mengejar rama-rama.
Belum Tentu
SYURGA bukan untuk orang pandai.Hujung hidup kita belum tentu natijahnya.Usahalah atas iman.
Berhala Moden
Tak jarang manusia kini ingin menjadi berhala moden ; manusia ingin dipuja kerana nama,harta, pangkat dan ilmu.
Kawan Berfikir
Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang paling baik.
08 Februari 2012
Orang Kaya
"Orang yang terkaya ialah orang yang menerima segala pembahagian rezeki dengan senang hati dan sentiasa merasa cukup meskipun dalam poketnya hanya ada RM 0.10 sen." Ujar isteriku.
Orang Kuat
Arwah ayah pernah pesan;
"Kekuatan seseorang musuh bukanlah diukur daripada gagah tubuhnya
tetapi daripada tenang hatinya.Orang yang kuat ialah orang yang dapat
mengawal kemarahan."
Dan saya masih ingat cuma kadang-kadang terlupa.
Pemerintahan
Aku pemerintah yang gagal.Apakah benar kalian pemerintah yang baik bagi lidah, mata, telinga dan hati kalian?.
03 Februari 2012
Dulu dan Sekarang
"Jika dulu ramai perempuan asyik mengupas bawang dan memasak di dapur seperti ibunya.Sekarang ramai perempuan asyik merokok dan melepak di kedai kopi seperti ayahnya."
Air Mata
"JIKA kita benar-benar yakin akan ada seksaan neraka, sudah pasti saat ini kita akan gantikan gelak tawa dengan titisan air mata." Lolos seorang kawan.
Terpesong Ke Los Angeles
"Blues,
rock & roll, metal kononnya 'cool' rupa-rupanya terpesong seinci
.Kata orang, terpesong seinci boleh tersesat beribu batu, ingin ke Mekah
terpesong ke Los Angeles."
" Dulu setiap hari dengar Blues, Rock & Roll,Metal,Grindcore, hati
semakin keras dan memberontak.Kini setiap hari dengar Al-Quran dan
menghayati Sirah Rasulullah s.a.w, hati semakin lembut dan bertafakur." Lolosnya.
Ke Jalan Allah
"Selangkah
ke jalan Allah, dua tiga empat lima enam tujuh lapan sembilan sepuluh
ribu langkah Allah permudahkan perjalanan kita."
nota : ayuh, sujud.
Pesan Ibu
Dulu, ibu selalu pesan;
" Jika kita diam tidak bertegur sapa/ mesra, orang tidak akan
mengatakan kita pemalu, orang selalu menilai kita sebagai seorang yang
sombong atau bodoh."
Dan sampai sekarang, saya ingat.
Dulu, ibu selalu pesan,
"Bertanya adalah ubat kebodohan."
Dan sampai sekarang, saya ingat.
Pesan Ayah
Dulu arwah ayah pesan ;
" Orang yang mengeluh adalah orang yang tidak sabar dan tidak bersyukur."
Dan sampai sekarang, saya ingat meskipun ada ketikanya terlupa.
Dulu arwah ayah pesan ;
" Tiada tujuan hidup selain beriman kepada Maha Pencipta."
Dan sampai sekarang, saya ingat meskipun ada ketikanya terlupa.
Ketenangan
Seorang sahabat pernah berpesan ;
" Jika kita mengamalkan Al-Quran & Sunnah sepenuhnya, kita bukan sahaja mendapat ketenangan di dunia malahan di akhirat.
Dan sampai sekarang, saya ingat dan sedang berusaha.
Kutuk
Arwah ayah pernah berpesan ;
" Orang yang mengutuk orang adalah orang yang mempamerkan hatinya yang terkutuk."
Dan sampai sekarang, saya ingat.
Tawakal
Pensyarah saya pernah berpesan ;
" Setelah berniat, berusaha, berdoa dan bertawakal, bersedialah
menerima segala kemungkinan hidup agar ketenangan sejati akan datang."
Dan sampai sekarang, saya ingat.
Iman?
Seorang sahabat berpesan ;
" Ramai yang tahu solat berjemaah lebih baik daripada solat
bersendirian, tetapi mengapa masjid masih dibiarkan kosong?.Maka
berusahalah atas iman."
Terkilan
"Saya tidak terkilan jika pelajar saya tidak mendapat A dalam B.Melayu, tetapi saya benar-benar terkilan jika pelajar saya tidak menunaikan solat 5 waktu."
tanya ; mana keseimbangan dunia & akhirat dalam sistem pendidikan?
Jauhnya
"APABILA membaca kisah-kisah para sahabat Nabi Muhammad SAW, terasa jauhnya cara hidup mereka dengan cara hidup kita hari ini, seperti fiksyen atau dongeng walaupun ia benar dan shahih." kata seorang kawan, Si Guha.
“Pernah saya bertanya-tanya siapakah tokoh yang paling mempengaruhi manusia.. Saya lebih dari yakin bahwa bukan pedanglah yang memberikan kebesaran pada Islam pada masanya. Tapi ia datang dari kesederhanaan, kebersahajaan, kehati-hatian Muhammad; serta pengabdian luar biasa kepada teman dan pengikutnya, tekadnya, keberaniannya, serta keyakinannya pada Tuhan dan tugasnya. Semua ini (dan bukan pedang) menyingkirkan segala halangan. Ketika saya menutup halaman terakhir volume 2 (biografi Muhammad), saya sedih karena tiada lagi cerita yang tersisa dari hidupnya yang agung."-MAHATMA GANDHI
“Jika ada agama yang berpeluang menguasai Inggeris bahkan Eropah – beberapa ratus tahun dari sekarang, Islamlah agama tersebut.Saya sentiasa menghormati agama Muhammad karena potensi yang dimilikinya. Ini adalah satu-satunya agama yang bagi saya memiliki kemampuan menyatukan dan mengubah peradaban. Saya sudah mempelajari Muhammad sesosok peribadi agung yang jauh dari kesan seorang anti-kristus, dia harus dipanggil “sang penyelamat kemanusiaan”."-SIR GEORGE BERNARD SHAW (The Genuine Islam,’ Vol. 1, No. 8, 1936).
Langgan:
Catatan (Atom)