Notis Hak Cipta

© Jasadbeku blogspot.com

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini perlulah mendapat izin daripada Jasadbeku blogspot.com. Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari halaman ini.Ini bertujuan untuk keselamatan dalam kebebasan menulis.Terima kasih.

PERHATIAN

1. Jasadbeku.blogspot.com TIDAK bertanggungjawab terhadap semua komen yang dihantar pembaca dan diterbitkan semula di blog ini.

2. Komen 'anonymous' TIDAK akan disiarkan. Sebarang komen yang menyinggung rasa dan bersifat serangan peribadi menurut tafsiran Jasadbeku.blogspot.com juga tidak akan dilayan.

3. Muatan, catatan, entri, pandangan peribadi Jasadbeku blogspot.com TIDAK mewakili pandangan mana-mana pihak.

03 Mei 2009

Sumpahan Mahsuri di Istana Budaya



Batu penanda tentang kematian Mahsuri.

30hb April,aku dan kawan menyaksikan Teater Mahsuri arahan Fauziah Nawi di Istana Budaya. Tiada apa-apa yang menarik dalam teater ini selain keindahan props di Istana Budaya.Aku tidak merasa apa-apa semasa menyaksikannya.Mungkin kerana ini adalah teater muzikal,kurang menekankan aspek perjalanan dan penghayatan cerita. Cuma ada satu babak yang membuatkan aku cukup tersentuh dengan dialog atau skrip sumpahan Mahsuri(lakonan Vanidah Imran) sebelum ditikam mati. Lantas fikiran aku cuba membayangkan Mahsuri pada zamannya.Mahsuri telah menjadi mangsa kekejaman angkara fitnah. Sebak.Sedih.


Fitnah
Ketika pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II ibni al-Marhum Sultan Ziyauddin Mukarram Shah (1803-1843), hubungan Kedah-Siam menjadi keruh. Mahsuri hamil ketika Wan Derus keluar dari Langkawi (tidak diketahui tujuannya tetapi sumber menyatakan beliau berperang dengan tentera Siam di Kuala Kedah). Sepeninggalan beliau, Mahsuri dikhabarkan tinggal bersama ibu bapanya. Ketika waktu tersebut, Deramang, seorang penyair kembara (sesetengah sumber mengatakan beliau peniaga) singgah di Langkawi. Kebolehannya menambat hati penduduk Langkawi lalu dengan ehsan ibu bapa Mahsuri, Deramang tinggal di rumahnya untuk mengajarkan syair dan dendang.
Kepandaian Deramang dalam bersyair menaikkan nama Mahsuri sebagai tuan rumah dan menimbulkan kecemburuan Wan Mahura, ibu mertuanya sebagai isteri pembesar pulau Langkawi. Kelahiran anak Mahsuri, Wan Hakim, mencetuskan fitnah apabila Wan Mahura menuduh Mahsuri bermukah (melakukan hubungan sulit) dengan Deramang.
Atas sebab itu, Mahsuri dan Deramang ditahan dan dijatuhkan hukuman bunuh oleh bapa mertuanya sendiri setelah termakan hasutan isterinya. Tanpa menunggu Wan Derus pulang, Mahsuri dan Deramang di bawa ke Padang Matsirat, pusat Langkawi ketika itu, untuk dijatuhkan hukuman. Mahsuri diikat di sebuah batang pokok dan ditikam dengan tombak. Menurut lagenda, tombak yang digunakan tidak dapat menembusi tubuh Mahsuri. Akibat terseksa,Mahsuri mendedahkan bahawa dia hanya dapat ditikam dengan tombak sakti (terdapat pihak yang menyatakan bahawa senjata itu adalah keris) yang terdapat di alang rumahnya.

Kata-kata terakhir Mahsuri amatlah masyhur apabila ia seringkali diulang dalam mana-mana persembahan. Ayat-ayat terakhir Mahsuri adalah berupa sumpahan untuk tidak menghalalkan darahnya jatuh ke bumi kerana beliau mangsa fitnah dan mengutuk pulau Langkawi untuk tidak tenteram dan permai ibarat padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan.
Walaupun dipujuk dan dirayu ibu bapa Mahsuri, hukuman tetap dijalankan dan Mahsuri dibunuh tanpa dosa yang dituduh. Menurut lagenda, Mahsuri mengalirkan darah berwarna putih hanya kerana kata-katanya yang tidak menghalalkan darahnya jatuh ke bumi. Deramang turut dibunuh kemudiannya walaupun bertindak ganas. Mahsuri dikebumikan oleh ibu bapanya bersebelahan dengan harta tebusan yang ingin digunakan untuk menebusnya. Mahsuri dikatakan meninggal pada tahun 1819 Masihi bersamaan 1235 Hijrah.

Tiada ulasan: