Notis Hak Cipta

© Jasadbeku blogspot.com

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini perlulah mendapat izin daripada Jasadbeku blogspot.com. Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari halaman ini.Ini bertujuan untuk keselamatan dalam kebebasan menulis.Terima kasih.

PERHATIAN

1. Jasadbeku.blogspot.com TIDAK bertanggungjawab terhadap semua komen yang dihantar pembaca dan diterbitkan semula di blog ini.

2. Komen 'anonymous' TIDAK akan disiarkan. Sebarang komen yang menyinggung rasa dan bersifat serangan peribadi menurut tafsiran Jasadbeku.blogspot.com juga tidak akan dilayan.

3. Muatan, catatan, entri, pandangan peribadi Jasadbeku blogspot.com TIDAK mewakili pandangan mana-mana pihak.

09 Mac 2012

Sia-sia


Seseorang yang tidak tahu siapa penciptanya tidak akan tahu kenapa dia dicipta dan hikmah kewujudannya di dunia. Kemudian dunia akan tamat sedangkan dia masih tidak tahu kenapa ia bermula.Bukankah ini sia-sia tarik nafas lepas nafas?

" Sumber dosa adalah kejahilan tidak mengenal Allah." pesan Ayah Long.

nota ; ayuh, sujud!

Peluang dan Harapan

Segala yang di dunia ini masih ada peluang dan harapan selagi kita tidak mati.

Persamaan

Aku, kamu, dan mereka ada persamaan : mati! Kita TIDAK mampu mengubahnya.

Benar-benar Hot


Kata ibu;

"Kadang-kadang perkara yang kita rasa 'cool' ingin kelihatan 'hot', rupa-rupanya memang benar-benar hot! Check semula fitrahmu."

Singkat

‎" Hidup ini terlalu singkat untuk membazirkan masa dengan apa orang fikirkan tentang kita.Sungguh mustahil jika kita dapat memenuhi segala kehendak hati orang lain.Jadilah dirimu, kawan!"

Riba


Orang kaya makin kaya, orang miskin makin miskin.Bukankah itu penindasan?

nota ; perihal riba.

Dengki

Jika hati tercetus dengki dengan kelebihan orang lain, tiada apa yang kita perolehi selain membiarkan jiwa kita terkoyak ; sakit, sakit dan sakit.

Comelkah?

Bibir muncung, biasan cahaya kamera ' zap!'.Begitukah untuk tampak comel?.Fenomena facebook .Urgh!

Kritik

Apakah orang yang kritik menghina tidak tahu mereka juga pernah merangkak sebelum dapat berlari?.Kritiklah secara membina.

Syaitan & Manusia

Syaitan tidak pernah berputus asa dalam usaha menyesatkan manusia, tetapi manusia selalu berputus asa dalam usaha menyelamatkan manusia.

Don't Happy

‎"Life is too short to only laugh.Don't happy! Be worry about your life after death." polosnya.

Panas Hangit

Panas terik, sedang aku berpijak di tengah Padang Sultan Sulaiman, Klang tadi, kuhidu lengan ; hangit. Bagaimana pula situasi kita di Padang Mahsyar kelak?

Wang

Jika wang mahumu, maka wanglah yang kau akan dapat atau berusaha sehingga dapat atau mati sebelum dapat. Tetapi wang tidak akan pernah cukup untuk menyembuhkan kebingungan dan kematian.

Malu & Diam

Manusia yang mengenal hakikat diri dan kehidupan akan malu ketika menerima pujian, 
dan tetap diam ketika tertimpa fitnah.

Fitrah


" Tak perasan air mata bergenang waktu baca novel Beruk,Azizi Abdullah.Padahal jalan ceritanya mudah tetapi kesannya melekat" Kata seorang kawan.T-shirtnya terpapar jelas diksi "Slayer; Show No Mercy" .

"Seganas mana pun manusia, terselit juga keinginan untuk menjadi baik.Bukankah fitrah manusia semuanya baik sebelum dicemarkan dengan anasir luar?.Manusia memang lalai dan suka menzalimi diri sendiri tanpa sedar atau tidak, aku pun begitu barangkali!".Jerit aku spontan.Dia tidak dengar sebab aku menjerit dalam hati.

Doe & Siot


‎" Ngko rugi, doe.Shantek giler, siot! Barang baek punyer" katanya ceria." " Aku ok, doe.Siot je ngko nih!" balas kawannya pula.Di sebelah, aku termenung.Faham apa topiknya,tetapi aku tidak faham apa maksud doe dan siot.


" Adik, apa itu doe? Apa itu siot? Kenapa mesti ada doe dan siot?" tanyaku tiba-tiba. " Saya pun tak tahu, bang." Tersengih.

Usia


Terkadang terfikir; aku lebih tua dari usiaku atau sebaliknya.

"Apabila usia 20 tahun untuk berganjak ke usia 30 tahun terasa lambat, apabila umur 30 tahun untuk berganjak ke usia 40 tahun seterusnya akan lebih cepat." Kata seorang kawan.Usianya 49 tahun.

"Kita selalu rasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah rasa tua untuk bertaubat." Monolog

29 Februari 2012

Cekap

Orang yang sibuk sebenarnya tidak cekap, orang yang cekap sudah tentu tidak sibuk!

nota ; saya masih tidak cekap.

Orang Kecil Bernafsu Besar

Terkadang aku berfikir, ada jenis orang boleh hidup dengan belanja yang kecil tetapi yang menggangu fikirannya dia risau dikatakan orang lain bahawa dia hanya hidup dengan belanja yang kecil. Benarkah?.Yang pastinya,padahal ramai orang gagal menguasai nafsunya kemudian mengatakan belanjanya kecil.

Lapar

Jarang manusia terlupa laparnya perut (fizikal), tetapi ramai terlupa laparnya rohani.

Chenta ( kah )

Bercinta sebelum kahwin seperti sengaja memberi peluang kepada diri untuk menghampiri zina.Cinta sebelum kahwin itu penyakit, perkahwinan itu sihat.

Tiada Matlamat Lain

Wanita yang mendedahkan aurat sebenarnya tiada matlamat lain selain untuk menggoda/perhatian lelaki.

Peluang & Harapan

Segala yang di dunia ini masih ada peluang & harapan selagi kita tidak mati!!

Orang Kalah

Orang yang mudah marah adalah orang yang kalah!

Telah Mati

Orang yang berputus asa adalah orang yang telah mati sebelum mati.

Britney Spears Melayu

" Masyarakat kita tidak lagi janggal melihat wanita Melayu/Islam berpakaian seperti Britney Spears.Akhir zaman semua manusia punya hak asasi kononnya." Lolos seorang kawan.

Yang Sering & Yang Jarang

Sering kita dipesan untuk mengingati jasa pejuang kemerdekaan negara tetapi jarang kita dipesan untuk mengingati jasa Rasulullah S.A.W membebaskan umat manusia daripada belenggu kejahilan.

Ulamak Akhir Zaman

Ulamak pun masing-masing bercanggah pendapat tentang hukum.Mana satu benar?.Tidak dapat tidak salah satu daripadanya pasti wujud ulamak yang menghalalkan cara mengikut kehendak nafsu.Oh, lagi parah apabila ulamak bertengkar dalam facebook!.Orang awam seperti aku lemas dalam kebingungan.Ulamak akhir zaman.

Seksi

Berpakaian seksi di depan bukan mahram juga salah satu langkah menghampiri zina.

Be Worry

Dont happy be worry about your life after death!!!