Notis Hak Cipta

© Jasadbeku blogspot.com

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini perlulah mendapat izin daripada Jasadbeku blogspot.com. Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari halaman ini.Ini bertujuan untuk keselamatan dalam kebebasan menulis.Terima kasih.

PERHATIAN

1. Jasadbeku.blogspot.com TIDAK bertanggungjawab terhadap semua komen yang dihantar pembaca dan diterbitkan semula di blog ini.

2. Komen 'anonymous' TIDAK akan disiarkan. Sebarang komen yang menyinggung rasa dan bersifat serangan peribadi menurut tafsiran Jasadbeku.blogspot.com juga tidak akan dilayan.

3. Muatan, catatan, entri, pandangan peribadi Jasadbeku blogspot.com TIDAK mewakili pandangan mana-mana pihak.

25 Januari 2009

Kudis Buta




"Lantas memetik suis televisyen,duduk bersama kakak yang sibuk membaca majalah. Berita sensasi artis yang mengkhusyukkannya.Jasad-jasad yang mengiurkan dan bisa mengelorakan darah muda untuk klimaks. Majalah hiburan Melayu ( Melayu yang sudah hilang kemelayuannya) tempatan yang aku rasakan tidak langsung memberikan fokus pada nilai dan mutu indahnya karya seni. Itu hanya kudis buta yang timbul di permukaan kulit yang sudah sekian lama buruk. Itulah yang menjadi kegilaan sidang pembaca masa kini. Aku berpendapat tahi kambing lagi bermanfaat dengan memberikan jasa kepada tumbuh-tumbuhan berbanding majalah sedemikian yang hanya membawa manusia ke dunia khayalan yang dicipta sendiri. Tren lebih penting mungkin?. Apakah yang sebenarnya mereka cari?. Mereka lebih gemar memaparkan kisah diri berbanding karya seni. Itulah yang menjadi kegilaan pada dewasa ini. Aku dibiarkan keseorangan dalam duniaku sendiri. Aku menggelintarkan khayalku sambil cuba memahami drama yang dilakonkan orang-orang kaku berlatarkan kebendaan dan keduniaan. Arghhhhh masih sama sahaja! Si gadis berpakaian seolah-olah bertelanjang!. Kelihatan buah dada dan punggung terserlah dengan jelas.Dialog yang penuh dengan "I" dan "You". "I love you, I love kayu," bisik hati kecilku yang sememangnya kecil dan lemah. Lalu mendakap gitar Jackson ,aku cuba memejamkan mata dengan harapan dapat lena,biarlah terjaga esok harinya aku tidak lagi seperti hari ini. Bisu,lesu dan kaku...



*sekadar menulis :)

2 ulasan:

binjidan berkata...

haaa aku lebih suka melihat mereka2 yg diperdayakan oleh kebendaan semata. bila ditanya tentang asal usul sudah tentu mereka2 itu hanya ternganga,melopong..mereka semua haiwan yg bertopeng manusia..biarkanlah lala ...laa..lallaa...hu.hu............ya hu...hu...

jasadbeku berkata...

Kepada BinJidan, jumpa lagi di Central Market!
Aku tertarik dengan lagu " Di Balik Cermin Mimpi"_M.Nasir. Ada kelapangan,tolong dendangkan lagu itu kerana aku rasa suara kau amat sesuai dengan lagu sedemikian. Kirim salam kepada Buskers k.