Notis Hak Cipta

© Jasadbeku blogspot.com

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini perlulah mendapat izin daripada Jasadbeku blogspot.com. Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari halaman ini.Ini bertujuan untuk keselamatan dalam kebebasan menulis.Terima kasih.

PERHATIAN

1. Jasadbeku.blogspot.com TIDAK bertanggungjawab terhadap semua komen yang dihantar pembaca dan diterbitkan semula di blog ini.

2. Komen 'anonymous' TIDAK akan disiarkan. Sebarang komen yang menyinggung rasa dan bersifat serangan peribadi menurut tafsiran Jasadbeku.blogspot.com juga tidak akan dilayan.

3. Muatan, catatan, entri, pandangan peribadi Jasadbeku blogspot.com TIDAK mewakili pandangan mana-mana pihak.

18 November 2010

Namanya Rosnah

Jam 12.15 tengah hari di Stesen Caltex, Bandar Puteri.

 Sedang berdiri tegak di depan kaunter, ditegur oleh gadis juruwang berbangsa India.
'Abang! Kenapa renung saya?" tanyanya dengan melemparkan senyuman manis.

Lantas jawabku, "Ntah,saya pun tak tahu. Sedikit hairan dengan nama awak kat name tag.
Terpapar jelas namanya ROS.

"Ya, nama saya Ros.Kenapa? tanyanya lagi.

" Oh begitu rupanya" bisik hatiku meskipun masih hairan.

" Ros, macam nama Melayu.Nama penuh kamu?"dibiarkan soalannya tak terjawab ditenggelami  bunyi lori diluar sana, malahan aku bertanya lagi.

"Rosnah.Ooooo kamu hairan kenapa nama saya Melayu? pertanyaannya memang tepat memanah sasaran kehendak serebrum akalku.Aku hanya membiarkan bibirku mengukir senyum meskipun tak ingin tersenyum.Hairan A/L Ajaib!.

" Kamu mesti pelik kan? ujarnya lagi. " Papa saya orang Cina, Mama saya orang India, bila kahwin dapat saya, mereka bagi nama Melayu.Sebab tu nama saya Rosnah.Bagus kan? terangnya.

Hanya sekali  mengangguk dan tersengih, dalam hati " Oh indahnya!"

Lantas bayar Vanilla Coke dan Winston, dan terus keluar.Dari jauh, si gadis itu melambai-lambaikan tangan sambil tersenyum.


Nota : Hapuskan perkauman!

Jasadbeku a.k.a Wan Slaughter
1.00pm 19 Nov 2010


3 ulasan:

Contramen berkata...

1 Malaysia!!!
haha

Tanpa Nama berkata...

kisah yg sungguh unik

...$weE+ 666... berkata...

...kim salam rosnah!!! ;-p