Cat Stevens yang bertukar menjadi Yusof Islam, masuk Islam kerana  sebuah buku “Terjemahan Al-Qur’an”, yang diterjemahkan oleh A. Yusof  Ali. 
      Abang Cat Stevens adalah seorang paderi yang cukup kuat Kristiannya.  Tiba-tiba abangnya masuk Islam. Pada mulanya Cat Stevens terkejut, dia  terfikir bagaimanakah seorang paderi boleh masuk Islam. Akhirnya dia  menyimpulkan bahawa abangnya jenis orang gila, sekejap kuat agama Kristian, kemudian menjadi penganut agama Islam pula.
         Cats Stevens terus menjalani hidupnya sebagai seorang penyanyi, sibuk  dengan pertunjukan pentas sana sini. Pada satu hari, ketika hari  jadinya, abangnya yang telah masuk Islam datang ke rumahnya ketika Cat  Stevens sedang mengadakan parti hari jadinya. Abangnya mengucapkan  selamat hari jadi dan terus menghadiahkan satu bungkusan dan berkata  “Benda ini benda suci, tolong letakkan di tempat suci dan jangan kamu  hina.” Dia pun ambil dan letakkannya di meja bilik tidurnya.
       Setelah habis pesta hari jadinya ketika dia mahu tidur, dia teringat  dengan bungkusan yang diberikan oleh abangnya. Apabila dia buka  bungkusan tersebut, itulah pertama kali dia terlihat sebuah buku dengan  perkataan di kulitnya THE HOLY QU’RAN (Kitab Suci Al-Qur’an). Apabila  dia melihat sahaja kitab itu dia terasa sesuatu yang ganjil dalam  hatinya.
      “Aku buka buku dan aku cuba baca maknanya yang terdapat dalam Bahasa  Inggeris, dari satu perkataan ke satu perkataan, dari satu ayat ke satu  ayat, aku baca! Baca! Baca! Aku terasa satu macam dalam diriku. Aku tak  tahu bagaimana nak gambarkannya tetapi aku memang rasa satu macam.  Bermula dari situ, ke mana saja aku pergi, baik ke pertunjukkan pentas  atau latihan muzik atau ke mana saja, aku bawa buku itu, aku bawa dalam  beg pakaianku. Apabila selesai pertunjukkan pentas, balik ke hotel aku  akan sambung baca. Begitulah dari semasa ke semasa.”
       Akhirnya Cat Stevens memasuki agama Islam dan menjadi penganut agama  yang begitu taat sehingga dia menjadi pendakwah Islam pula sehingga  sekarang ini. Namanya Cat Stevens juga ditukar kepada Yusof Islam.
      Begitulah keadaannya apabila seseorang itu memahami Islam sebelum  masuk Islam. Dia memahami setiap seelok-belok dan hukum Islam serta hati  sanubarinya benar-benar yakin dengan Islam, barulah dia masuk Islam.  Apabila sudah yakin, imannya tidak bergoyang.
Sumber : http://malay.bismikaallahuma.org/kisah-penyanyi-rock-inggeris-masuk-islam/

2 ulasan:
suka yusof islam..ey!we are same..dont be afraid..He always be there for us..
Amy, alhamdulillah. InsyaAllah, ada jalannya. Satu hari saya akan terserempak dengan awak, mungkin kita dalam suasana tidak spt dulu lagi.InsyaAllah.
Catat Ulasan