Notis Hak Cipta

© Jasadbeku blogspot.com

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini perlulah mendapat izin daripada Jasadbeku blogspot.com. Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari halaman ini.Ini bertujuan untuk keselamatan dalam kebebasan menulis.Terima kasih.

PERHATIAN

1. Jasadbeku.blogspot.com TIDAK bertanggungjawab terhadap semua komen yang dihantar pembaca dan diterbitkan semula di blog ini.

2. Komen 'anonymous' TIDAK akan disiarkan. Sebarang komen yang menyinggung rasa dan bersifat serangan peribadi menurut tafsiran Jasadbeku.blogspot.com juga tidak akan dilayan.

3. Muatan, catatan, entri, pandangan peribadi Jasadbeku blogspot.com TIDAK mewakili pandangan mana-mana pihak.

08 April 2009

Jari Tengah



Seorang gembala sedang menggembalakan biri-birinya yang berbulu hitam dan berbulu putih. Sedang leka melayan lagu "Die by The Sword"_Slayer, tetiba dia didatangi seorang pemuda yang agak ranggi penampilannya ( ala Alexi Laiho_Children Of Bodom) lalu bertanya:

Pemuda : "Baguskah ternakan biri-biri engkau. Boleh tak
saya tanya beberapa soalan?"
Gembala : "Oh, boleh saja".
Pemuda : "Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : "Yang putih"
Gembala :"Ah, yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari"
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama. "
Pemuda : "Dan berapa banyak rumput mereka makan setiap hari?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : "Yang putih. "
Gembala : "Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari. "
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama. "
Pemuda : "Dan berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : "Yang putih. "
Gembala : "Aaa... menurut perkiraan saya, yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun kalau mereka dicukur. "
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama. "
Pemuda : (Dengan perasaan geram ) "Kenapa engkau membezakan biri-biri engkau yang putih dengan yang hitam setiap kali nak jawab soalan saya, padahal jawapan semuanya sama saja"
Gembala :"Mestilah saya beza-bezakan sebab biri-biri yang putih itu adalah milik saya. "
Pemuda : "Ooo, begitu, fahamlah saya,kalau yang hitam tu pulak siapa punya?"
Gembala : "Yang hitam pun sama, saya punya juga"
Pemuda : (benggang, geleng kepala dan berlalu sambil mengacukan jari tengah dengan penuh dendam kesumat di sukma)

Manakala Si Gembala turut mengelengkan kepala lantas meneruskan melayan lagu-lagu kejam daripada kugiran Slayer tanpa memikirkan detik masa depan yang akan mendatang.

3 ulasan:

sidd66 berkata...

pemuda ini jua turut bengang sambel menggelengkan kapara sambil menyanyi..

"diacungkan jari tengah ke arah surti!!, penuh dendam dia bilang.. SURTI FUCK YOU!!"

Tanpa Nama berkata...

hahaha..surti.n tejo...keh2..lamo xdgr lagu tu

jasadbeku berkata...

Surti sekrang sudah berkahwin bersama lelaki pilihan ibunya,seorang lelaki yang berharta.Manakala Tejo masih lagi cuba mencari mangsanya dengan menaburkan kata-kata manis umpama menanam tebu di tepi bibir :)