LUAR PAGAR Oleh PYANHABIB
"Gua dok tunggu lebih seminggu dah!" Rozaid Abd Rahman, Pengarang Bersekutu Mstar Online, mengingatkan gua via SMS.
`Hah ha ha!’ Gua ketawa. Juga via SMS.
`Gua pun dok fikir (fakir lagi, fuh!) benda alah apa gua mahu bikin intro pembuka kolum ini.
Hendak mula dari mana…” Gua beralasan.
`Bila tidak tahu hendak mula, itu petanda baik!’ Gua nampak Rozaid tersenyum. Via SMS.
Gua baca `itu petanda baik’ sebagai: Lu mahu tulis, lu tulis. Lu tidak mahu tulis, lu blah!
Seminggu sebelum itu, Rozaid, teman lama yang sama-sama pernah bertugas di editorial Utusan Malaysia, menjengak gua via SMS: `Lu boleh tulis apa sahaja yang lu hendak tulis. Lu boleh tulis tentang seni dan sastera atau aktiviti lu seperti dahulu.’
`Kita boleh bikin kolum.’ Pelawanya.
Dalam kepala gua: Gua diberi lesen. Gua disediakan kolum dan gua boleh tulis apa sahaja dalam itu kolum, huh!
Misalnya? Ha, misalnya, gua boleh tulis tentang gerombolan orang berkopiah berketayap yang baharu selesai solat Jumaat di masjid, mengarak menyeret dan memijak kepala lembu yang berdarah di samping sepanduk `take beer’.
Gua boleh tulis begini: Tidakkah kamu terasa bahawa kamu telah menghina haiwan yang darah dagingnya bersebati dalam darah daging kamu? Kenapa kamu menyeret dan memijak kepala haiwan yang dagingnya yang selama ini kamu makan? Apa perasaan kamu jika haiwan yang diseret dan dipijak di siang bulan Ramadan itu adalah kepala emak bapak kamu?
Gua boleh bertanya gerombolan itu, sepanduk apakah yang kamu arak, yang bertulis `take beer’ itu? Tidakkah kamu dengan bebalnya menghina kalimah `takbir’?
Gua boleh tulis tentang PPSMI, tentang gerombolan yang mengekor dan yang menentang. Bagaimana yang mengekor kemudian menentang, dilihat menentang kerana hilang habuan, manakala yang menentang dan terus menentang dianggap berpihak ke sebelah sana, sedang yang menjadi mangsa ialah anak-anak sekolah rendah yang miskin di pedalaman, yang otak mereka diuji kaji!
Barangkali juga gua boleh tulis tentang sekumpulan makhluk yang dengan berani menentang arus trafik, menerbit dan menjual kartun tetapi berhadapan dengan masalah: Hendak jual kartun pun susah, hendak ketawa pun tidak boleh!
Atau gua boleh tulis tentang patriotik atau tidaknya rakyat Malaysia yang setiap munculnya bulan Ogos disurahkan oleh menteri supaya bersemangat patriotik dan diajar cara-cara kibar bendera.
Malah gua boleh tulis tentang betapa tidak patriotiknya tiang telefon, tiang lampu apabila bendera Malaysia digantung dipasang terbalik!
Gua juga boleh tulis tentang orang politik yang tidak habis-habis berkelahi di Parlimen, mengutuk memaki lawan dengan bahasa yang selalu ditala kepada budak-budak: Kurang ajar!
Dan Gua boleh basuh orang politik yang gaduh dan riuhnya macam mahu bunuh orang tetapi bila terserempak di lobi dan kantin Parlimen boleh bertepuk bertampar dan ketawa berdekah-dekah!
Pesan Rozaid: Lu boleh tulis apa sahaja yang lu hendak tulis asal jangan teruk-teruk hentam gomen sudahlah…
Tabik bos!
Ya habibi, salamun aidil.
PYANHABIB adalah seorang seniman bebas yang tidak terikat dengan mana-mana aliran. Dia hanya terikat dengan kepala otak dia sendiri.
Nota: Artikel ini dipetik dari seksyen Suara Alternatif dalam Mstar Online.
Notis Hak Cipta
© Jasadbeku blogspot.com
Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini perlulah mendapat izin daripada Jasadbeku blogspot.com. Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari halaman ini.Ini bertujuan untuk keselamatan dalam kebebasan menulis.Terima kasih.
PERHATIAN
© Jasadbeku blogspot.com
Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini perlulah mendapat izin daripada Jasadbeku blogspot.com. Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari halaman ini.Ini bertujuan untuk keselamatan dalam kebebasan menulis.Terima kasih.
PERHATIAN
1. Jasadbeku.blogspot.com TIDAK bertanggungjawab terhadap semua komen yang dihantar pembaca dan diterbitkan semula di blog ini.
2. Komen 'anonymous' TIDAK akan disiarkan. Sebarang komen yang menyinggung rasa dan bersifat serangan peribadi menurut tafsiran Jasadbeku.blogspot.com juga tidak akan dilayan.
3. Muatan, catatan, entri, pandangan peribadi Jasadbeku blogspot.com TIDAK mewakili pandangan mana-mana pihak.
2. Komen 'anonymous' TIDAK akan disiarkan. Sebarang komen yang menyinggung rasa dan bersifat serangan peribadi menurut tafsiran Jasadbeku.blogspot.com juga tidak akan dilayan.
3. Muatan, catatan, entri, pandangan peribadi Jasadbeku blogspot.com TIDAK mewakili pandangan mana-mana pihak.
7 ulasan:
:) selamat hari raya!
(sebetulnya pertikan dari suara alternatif @ kolum luar pagar dalam mstar online. kena kasi kredit ket mstar online, hah ha!)
:) selamat hari raya!
TABIK SPRINGGG...HIDUP PYANHABIB..!
dah raya?
yeah, selamat hari raya!
* terima kasih kerana promot `luar pagar'. benda alah ni cantik kalau disebut dipetik dari seksyen suara alternatif dan sebut juga mstar online. itu kolum baru, makanya kena la sebut `mstar online' dan orang akan oooooo... baru faham! promot raya ni, hah ha!
ops! dah raya?
selamat hari raya!
selamat hari raya!
*terima kasih kerana promot luar pagar. tapi kalau boleh part dipetik tu kreditkan `mstar online' gini: dipetik dari seksyen Suara Alternatif dalam Mstar Online. sekian adanya! :)
salam aidilfitri.maaf zahir dan batin segala salah silap tutur kata dan tingkah laku.ok,saudara pyan habib.
akan di edit secepat mungkin._jasadbeku
laaaa.... gua punya `komen' berkali-kali keluar, ceh! ini mesti kes buta IT, sekali antar komen tak keluar, antar lagi, lagi dan lagi. hoh ho, bengapnya gua!
(jasad beku patutnya `luluskan' satu komen gua udah le!)
laaaa.... gua punya `komen' berkali-kali keluar, ceh! ini mesti kes buta IT, sekali antar komen tak keluar, antar lagi, lagi dan lagi. hoh ho, bengapnya gua!
(jasad beku patutnya `luluskan' satu komen gua udah le!)_pyan habib.
ahahaha,it ok,bro.
biar buta it jangan buta hati.
hidup musti terus,brader. :)
Catat Ulasan