Notis Hak Cipta

© Jasadbeku blogspot.com

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini perlulah mendapat izin daripada Jasadbeku blogspot.com. Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari halaman ini.Ini bertujuan untuk keselamatan dalam kebebasan menulis.Terima kasih.

PERHATIAN

1. Jasadbeku.blogspot.com TIDAK bertanggungjawab terhadap semua komen yang dihantar pembaca dan diterbitkan semula di blog ini.

2. Komen 'anonymous' TIDAK akan disiarkan. Sebarang komen yang menyinggung rasa dan bersifat serangan peribadi menurut tafsiran Jasadbeku.blogspot.com juga tidak akan dilayan.

3. Muatan, catatan, entri, pandangan peribadi Jasadbeku blogspot.com TIDAK mewakili pandangan mana-mana pihak.

11 November 2009

Semakin Sarat

Tamat sahaja sesi perjumpaan bersama Badan Pengawas, telefon genggam aku menjerit.Aku angkat dan terima.

" Pengetua mahu jumpa awak sekarang",
Tegas yang mendatar nadanya..Aku bermonolog dengan hati sendiri namun tiada jangkaan jawapan langsung. Langkah mengikut arahan sahaja.


Aku terus memakai tali leher.Kemas.Lagak seperti seorang guru yang dalam skema rima dalam dunia pendidikan.Tali leher yang merimaskan leher.Panas.

Pintu di ketuk lantas memberi salam.Pengetua dan PK Kanan bertemu mata dengan aku, seorang guru muda yang mentah.


Pengetua : Apa kes semalam dengan pelajar 1B1?

: Pagi tadi 5 famili Cina datang bersama ADUN

: Tidak puas hati dengan tindakan menampar

: Rotan sahaja jika ada kesalahan

: Mereka tidak mahu memperbesarkan kes

: Kelima-lima pelajar itu tak dapat berbahasa Melayu dengan baik, terpaksa menggunakan peterjemah.Susah.

: Seorang bapa tunjuk gambar pipi pelajar lembam melalui kamera telefon

: Tindakan bagus kerana kawal disiplin sekolah, tapi mulai sekarang ikut peraturan dalam Pekeliling.

: Itulah cabaran jadi guru disiplin.Jangan anggap ini sebagai halangan.

PK Petang: Antara pelajar pagi dan petang,Pelajar sesi petang agak ganas. Fikiran masih terlalu mentah.Masing-masing mahu jadi jaguh.

: Bukan setakat melanggar peraturan sekolah,yang paling teruk apabila melawan, bercakap kotor lucah kepada cikgu

: Sudah bagi amaran,tindakan rotan tangan, rotan punggung.Masih sama, tidak berubah. Bila sudah tahap kurang ajar,itulah sebabnya penampar jadi tindakan.Itupun hanya untuk memalukan sahaja, bukan niat menyakitkan mereka.Buntu kami mengenai masalah ini.

: Pelajar Cina yang bermasalah. Disiplin hancur.Dirotan tidak berubah perangainya.Ditampar,muka merah.Ada pula yang sengaja menambahkan kesan hukuman.

: Bila di tampar atas kesalahan melawan guru, pelajar sekarang berani mengadu kepada pihak pentadbiran sekolah.Balik rumah mengadu dengan ibu bapa, tokok tambah jalan cerita, putar belit sehinggakan pihak yang salah menjadi betul.Famili datang menyerang sekolah.Bahaya.

: Cikgu sudah buat yang terbaik.Jangan berputus asa.Anggap sebagai cabaran. Cikgu-cikgu lama sekolah ini pernah juga alami masalah sebegini.


Pertemuan itu hampir 40 minit,aku hanya menjawab beberapa soalan yang diajukan oleh pengetua.Selebihnya PK Kanan petang banyak menjawab secara tidak langsung melalui teknik pemerian kisah sesi petang.Dia lebih kenal dan tahu kerana dia alami situasi sama seperti aku alami.Aku hanya menjawab beberapa soalan yang penting. Aku sudah bosan dengan karenah ibu bapa mempercayai anak-anak mereka sebulat-bulatnya tanpa soal siasat.Cuma ada aku bertanya;

"Perbezaan ketara antara dua plot zaman.Zaman dahulu lain, zaman sekarang lain. Akta dalam pekeliling zaman dulu dan sekarang berubah-ubah? "tanya aku, seorang guru mentah yang sememangnya ingin tahu.


"Akta masih sama.Zaman dahulu, ibu bapa menyerahkan anak-anak kepada guru untuk bukan setakat mengajar malahan mendidik.Cikgu buat apa sahajalah kepada anak saya. Rotan,pukul,belasah dengan kayu pun tidak apa, cuma jangan cacat dan mati sahaja.Itu izin ibu bapa dahulu. Zaman sekarang tidak.Zaman sekarang ibu bapa menyalahkan guru kerana media massa mengembar-gemburkan permasalahan kes guru.Wartawan muda mencari isu demi isu untuk melariskan jualan. Ibu bapa zaman sekarang mula rajin belajar akta " ujar Pengetua menjawab pertanyaan.Padat dan tepat dengan penjelasan.

Aku diam mengerti.
Yang peliknya, ibu bapa juga pernah alami zaman dahulu,kenapa mereka tidak mahu cikgu teruskan cara dahulu? Sedangkan mereka tahu kejayaan mereka itu hasilnya tindakan guru dulu" tanya aku sengaja mengajak untuk berbicara topik ini.Cuba mencungkil sudut pandangan dari guru yang berpengalaman melebihi 30 tahun.

" Ibu bapa sekarang terlalu memberi kasih sayang kononnya. secara tidak langsung,mereka seperti menjahanamkan anak-anak mereka dengan kasih sayang sebegitu.Tidak semua,tetapi hampir 90 % ibu bapa zaman sekarang tidak lagi mahu anak-anak mereka mengalami kesusahan seperti mereka telah alami dulu.Mereka lebih mengharapkan kejayaan akademik daripada soal akhlak.Itulah silapnya." jawabnya.


Zaman telah berubah.Remaja dahulu lain.sopan.Ada adat.Cuba tengok remaja sekarang yang tanpa segan silu bertenggek laki perempuan di atas motor,berpimpin tangan ke hilir ke hulu. Tidak malu,ketepikan adat,ketepikan agama." tambahnya lagi.



Pertemuan tamat.Aku melangkah keluar. Kelas B.Melayu 1B1.
Kebetulan pula dengan kes itu melibatkan pelajar dalam 1B1. Aku menghampiri kelima-lima pelajar cina itu.Mereka diam.

" Tahu kesalahan awak semalam?" tanya aku lembut seakan memujuk.

"Tahu!" jawab mereka serentak dengan muka yang masih ego.

"Pernah saya tampar awak sebelum ini?'" tanya lagi.
Mereka mengelengkan kepala.

Semalam kali pertama kan? soal aku tegas.
Ada yang angguk.Ada seorang dua yang membuat muka masam seolah mencebik.


" Saya tampar kerana mahu awak semua jadi manusia bukan tunggul kayu. Jangan biadap dengan guru.Anggaplah saya ini seperti ayah atau abang. I love you all " ujar aku tersenyum dan bersalam dengan mereka. Gosok kepala mereka dengan lembut.Sememangnya selalu lafaz 'i love you' meniti dibibir dan bersalaman, setiap kali sebelum atau selepas memberi hukuman disiplin.




Jumaat
Jam 5.30pm


Seorang pelajar Cina Tingkatan 2C2.Tinggi orangnya.Tubuhnya sasa.Lebih besar dari aku yang kurus kering.Namanya Ten Sing Wong bersikap kurang ajar setelah aku menegur rambut panjangnya.Itu pun kerana dia terserempak dengan aku sewaktu dia merayau-merayau ponteng kelas.Mungkin ini hampir ke 10 kali, dia melawan dan berkata lucah terhadap aku dari tahun lepas lagi. Kali ini dia mengajak aku untuk berlawan.

Darah aku mendidih.Jiwa muda aku bergelora.Semangat jantan aku telah dicabar.Tahan sahaja amarah aku.Aku fikir dia pelajar.Mentah.


Beberapa kali aku mengajaknya untuk ke bilik Ketua Disiplin.Bukan setakat enggan malahan beberapa kata-kata lucah dalam Bahasa Cina disemburkan.Kemudian dia bergegas ke telefon awam yang disediakan berhampiran lorong itu. Katanya mahu telefon abangnya untuk datang membelasah aku. Kebetulannya waktu itu,Ketua Disiplin melalui lorong itu. Dia hanya diam dan membiarkan sahaja budak itu menelefon abangnya. Aku diam dan cuba meredakan amarah yang sedang bergelora.


5 minit kemudian,aku berjaya memujuk kononnya dia berjumpa dengan PK Petang. Dengan gaya yang memberontak,dia menuruti. Tiada apa lagi yang mampu aku lakukan setelah mata ini menjadi saksi bagaimana budak berumur 14 tahun yang berstatus pelajar boleh memaki hamun PK Petang.Pemandangan  yang agak janggal apabila melihat seorang berstatus pelajar merotan bertalu-talu pada jasad seorang perempuan tua berjawatan PK.Beberapa kali juga  beberapa rakan guru menahan aku kerana ingin 'mengajar'nya tentang kurang ajar.


"Tangan ini naik kerana pelajar yang biadap seperti inilah"kata aku sebelum beredar jam 6.20 petang.


Jantung berdegup pantas.Ruang dadaku terasa sesak. Asap rokok disedut terasa semakin sarat.Aku manusia biasa ada perasaan marah. Terimbas kembali saat mata kiriku berdarah hampir buta kerana angkara pelajar.Ah,Sarat!

11 ulasan:

sang kegelapan berkata...

peh...cikgu wan..arap berjaya mendidik budak2 yang kurang ajar itu menjadi ajar..

aku berkata...

aku kalu bab budak kurang ajar, menyirap darah..
lebih2 kalu bdk sekolah. nasib baik aku tak jd cikgu..

jasadbeku berkata...

sang kegelapan_kurang ajar itu kdg2 itu perlu! ahaha

aku_darah sirap gak yer hehehe..bila mahu ketemu kito? :)

misz phoenix berkata...

mmg betul pon..ibu bapa skrg hanya tahu mencari pihak mana yang salah sebagai jalan penyelesaian bukan punca pemasalahan..tahu tuding jari.mungkin gak mak bapak ni nk meraih balik kepercayaan anak terhadap mereka, jd layan je setiap tuntutan anak2 mereka tanpa bukti nyata..

masing2 nk anak mereka jd 'sazali'
hahahahaha
letih nk melayan kehendak 'klien' yg xmatang ni.T_T

pelajar dianggap golongan yg lemah kununnya...
belakang cerita, guru yg sering disalahkan...
mmg xpaham dgn mak bapak zaman sekarang ni!!!

Amatt_Bugisrock berkata...

ajar tentang kurang ajar

jasadbeku berkata...

misz phoenix_setuju dgn kamu.usah marah2 sgt.manusia yang tidak mahu berfikir,kawan.

Amatt Bugisrock_ajar menjadi kurang ajar yang bersesuaian.

Al-Rashid Zulkefli berkata...

tradisi mengajar dulu,amat aku banggakan.selamat berjaya guru2 malaysia!

cabaran kalian amat tinggi. bukan setakat modenasasi, tapi berhadapan dgn politikus2 yg menjadikan kalian sebagai mesin pengajar!

jasadbeku berkata...

uncle shah_ermmm dulu lain,skrg lain..politikus mengigit halus2 secara terang2@diam2,kita org kecil xbley wat apa gak...ayuh memberontak!

jasadbeku berkata...

uncle shah_ermmm dulu lain,skrg lain..politikus mengigit halus2 secara terang2@diam2,kita org kecil xbley wat apa gak...ayuh memberontak!

binjidan berkata...

ahhh lu senang je bader link dgn
999 gengster juga tuuuuuuuu hahahaaaaa

Contramen berkata...

beberapa perkara yg aku rasa hilang respek pada org yg berjaya.. aku tujukan pada mak bapak yg kononnya cerdik kerana kerjaya yg hebat2 dan gaji juta2.. cerdik hanya di kepala lutot bila senang di perbodohkan oleh anak sendiri yg akal baru tahap betis kering..