Notis Hak Cipta
© Jasadbeku blogspot.com
Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini perlulah mendapat izin daripada Jasadbeku blogspot.com. Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari halaman ini.Ini bertujuan untuk keselamatan dalam kebebasan menulis.Terima kasih.
PERHATIAN
© Jasadbeku blogspot.com
Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini perlulah mendapat izin daripada Jasadbeku blogspot.com. Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari halaman ini.Ini bertujuan untuk keselamatan dalam kebebasan menulis.Terima kasih.
PERHATIAN
1. Jasadbeku.blogspot.com TIDAK bertanggungjawab terhadap semua komen yang dihantar pembaca dan diterbitkan semula di blog ini.
2. Komen 'anonymous' TIDAK akan disiarkan. Sebarang komen yang menyinggung rasa dan bersifat serangan peribadi menurut tafsiran Jasadbeku.blogspot.com juga tidak akan dilayan.
3. Muatan, catatan, entri, pandangan peribadi Jasadbeku blogspot.com TIDAK mewakili pandangan mana-mana pihak.
2. Komen 'anonymous' TIDAK akan disiarkan. Sebarang komen yang menyinggung rasa dan bersifat serangan peribadi menurut tafsiran Jasadbeku.blogspot.com juga tidak akan dilayan.
3. Muatan, catatan, entri, pandangan peribadi Jasadbeku blogspot.com TIDAK mewakili pandangan mana-mana pihak.
19 April 2009
Tentang Dia dan Khatulistiwa
Masih segar dalam ingatan, sewaktu umur sekitar 12 tahun,aku selalu diperintah oleh abang aku untuk praktis jari jemari untuk memainkan lagu-lagu 60an dan lagu-lagu rock kapak ( Search,Wings,May,dan lain-lain) serta lagu Blues Gang. Antara lagu Blues Gang yang pernah dijadualkan untuk aku praktis ialah, Apo Nak Dikato, Oh Mama Saya Mahu Kahwin, Sakit Sakit Sakit, Naik Turun dan Khatulistiwa. Setiap kali aku mendengar lirik lagu Blues Gang,pasti aku tersengih kerana bagi pendapat aku ia seoalah-olah hanya satu lawak jenaka.Oleh kerana aku hanya berminat dengan bermain gitar tetapi tidak berminat untuk menyanyi (kerana suara aku sengau sedikit tapi macho ahaha),aku selalu dimarahi oleh abang aku.Katanya untuk lekas pandai untuk memahami tempo dan tinggi rendah nada ,aku perlu menyanyi sambil bermain gitar.Namun aku keras kepala seperti kerasnya batu karang di Lautan China Selatan.Mungkin kerana pada waktu itu aku sudah mula meminati band Iron Maiden dan Cromok yang agak keras muziknya dan lontaran vokal kemarahan yang cukup sifat seorang lelaki sejati.
Namun untuk menjadi gitaris,aku perlu juga mengikut apa yang telah dijadualkan oleh abang aku. Barulah aku sedar "bass line" dan solo Blues Gang itu amat susah untuk dimainkan dan amat sesuai untuk melatih memperlembutkan jari jemari aku. Mulai hari itu aku selalu bermain lagu Blues Gang. Sekali sekala, aku berjaya juga membodek abang aku untuk mengajar aku bermain lagu " A Number Of The Beast" _Iron Maiden, intro "Metallurgical"_Cromok dan "Heavy Chains_Loudness serta Smoke On The Water_Deep Purple.
Namun begitu lagu wajib yang perlu aku mainkan sambil menyanyi ialah Khatulistiwa_Blues Gang (rujuk video teratas). Pernah sekali aku tidur dengan mengikat jari aku menggunakan getah semata-mata untuk memberi daya tahan apabila memetik kord-kord yang sukar.Bila terkenangkan hal itu,secara automatik bibirku terukir senyum dan menggaru kepala walaupun tidak terasa gatal. Terbit perasaan malu pada diri namun itulah permulaanya rentetan aku setelah berkhayal seorang gitaris laksana pahlawan perkasa bersama sebilah pedang.Khayalan itu berlaku pada sekitar tempoh akhil baligh aku yang pertama.(Namun pernah sekali abang aku melahirkan rasa kagum apabila melihat aku memainkan lagu Tormentor_Kreator).
Jika dahulu aku tersengih sinis apabila mendengar lagu Katulistiwa ini, namun kini sebaliknya ,sering kali fikiran aku terbang melayang kembali pada tahun 1994, setiap jam 2 pagi bersama seorang abang, gelak tawa bersama, bermain gitar dan menyanyi bersama. Sekarang segala suara tawa, marah, lawak abang aku hanya tinggal kenangan dalam sudut hati terdalam aku. Terasa rindu saat jariku menerima jentikkan kejam darinya yang sering sahaja menjadi hukuman jika aku tersilap memetik kord lagu.Jika bukan kerana dia,aku mungkin tidak mengenal lagu-lagu Iron Maiden, Metallica, Loudness,Deep Purple, Scorpion, Mandator, Suffercation,dan kugiran-kugiran yang lain. Namun segalanya sudah menjadi ketentuanNya dari sejak azali lagi.Pernah aku bertanya "SIAPA AKU UNTUK MENIDAKKAN SEGALA TAKDIR YANG TELAH DITENTUKAN?" . Tiada hak untuk aku yang kerdil dan jahil mempersoalkan hidup mati makhlukNya.Tuhan lebih menyayangi dirinya. Arwah telah pergi tetapi Khatulistiwanya tetap terus ada. Al-fatihah kepada arwah yang telah kembali ke rahmatullah.Semoga rohnya dicucuri rahmat.Amin.
Khatulistiwa _Blues Gang
Dari Langkawi kita belayar
Singgah sebentar berjual beli
Zaman kita nak kejar mengejar
Siapa yang lambat mesti ke tepi
Teluk Cempedak pantainya indah
Pasirnya putih cantik sekali
Bukannya mudah perkara mudah
Kalau tak cuba berkali-kali
Hei..orang kita Khatulistiwa
Di mana juga Nusantara
Bersatu kita teguh
Bercerai kita roboh
Itulah dia amalan hidup kita
Naik keretapi ke Sungai Petani
Ramainya orang ke pesta ria
Melayu Cina India Serani
Bersatu jiwa berkerjasama
Good morning Sir dahulu kala
Selamat pagi Tuan ditukar ganti
Hapuskan kawan segala sengketa
Marilah hidup dalam harmoni
Marilah makan tembikai cina
Rasa tak puas menghilang dahaga
Wahai adik-adik abang bertanya
Dah besar nanti nak jadi apa
Timur dan Barat utara selatan
Dari Surabaya ke Singapura
Memang sudah jadi sebut-sebutan
Tepuklah dada tanya selera
*Jika suatu masa dahulu Blues Gang dikatakan hanya pemuzik jalanan terlibat dengan ganja. Ini mungkin kerana imej mereka yang agak "hippies". Namun segalanya dapat disangkalkan kerana lirik lagu ini kerana bersifat patriotik dengan memberi mesej untuk perpaduan kaum di tanah air. Lagu Khatulistiwa_Blues Gang terus kekal dalam ingatan masyarakat Malaysia kini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
10 ulasan:
yeahhh... ado blog doh sain aku... maju2..dari muloh gi ko mu, pahtu sapa ko aku... iron maiden a real live dead one nga somewhere in time tetap kekal dlm memori aku.. Al Fatihah...
Alfatihah buat abe mu..
blues geng huuuuuuuuuu
kreator mak aiiiiii
iron maiden huh smua mngimbau kenangan masa darah tengah panas beb......
hingga skarang cat steven n al stewart jadi obat penenang.
bak kata kimi pada lewat 90-an, album kill em all paling x sedak utk metallica... gila kaa...hahaha..
Kepada Pendita,Jasadbeku hari ini bukan seperti Jasadbeku yang hari-hari yang sebelumnya.Jasadbeku hari ini sudah memiliki blog sendiri.Jasadbeku hari ini sudah menggunakan kemudahan alam maya untuk menulis apa yang terlintas untuk ditulis. Jasadbeku MAJU 2009! ahaha
Yeah!Album " A Real Dead One & Somewhere In Time"_ IRON MAIDEN yang mempengaruhi darah muda kita untuk terus ketagih dengan muzik bingit tiada sempadan ini. Masih ingat lagi pertemuan kita di tepian tali air SK.Mekasar semata-mata untuk pertukaran kaset? ahaha
SUATU KISAH KLASIK ANTARA KITA!!! ahaha
Dari saat itu bermulalah saat kita pakai seluar ketat sewaktu bangku sekolah kononnya "Thrash Till Death". Tetapi malu untuk masuk ke kelas tambahan kerana dikhuatiri akan diketawakan rakan-rakan lain. Alasan utama,kerana punggung kita kecil.Dengan bangga dan megah,aku berkata" Punggung James Hetfield Metallica pun kecil,persetankan mereka yang tidak mengenal". ahahaha
Saat itu juga Wan Hassuat Bin Wan Hassan berubah menjadi Wan Slaughter,manakala Wan Muhammad Zahidi Bin Wan Abdul Manaf menjadi Matt Basher.Ahahahahaha. Matt, bakpo mu tak kekalkan nama itu? Beberapa tahun kemudian nama indah Zulkifli berubah menjadi Matt Tormentor kerana ada sedikit pengaruh lagu KREATOR!.Masrey Bin Abu Bakar berubah menjadi Ary Vomitous ( kerana sikapnya yang suka membuang kahak 34 kali sehari dan yang lain jika perlu). Diikuti Wan Hafizul menjadi Joe Seven Gates,Kasimin Bin Abdul Mutalib menjadi Min Torture setelah pada mulanya beliau tidak bersetuju dengan cadangan Jasadbeku dengan menamakan beliau sebagai Min Babi Biru. Izani seorang kawan dari Tendong juga turut memriahkan scene metal Pasir Mas. Beliau pemuda kacak yang berambut panjang mengurai yang menjadi igauan gadis-gadis manis,namun akhirnya menjadi askar kerana terlalu kuat terpengaruh dengan lirikal Sodom ( Kugiran Thrash Metal Jerman yang menggunakan lirikal yang bertemakan peperangan). Sehingga kini,kami mengelarkan beliau sebagai Matt Soldier a.k.a Matt Gomo ( kerana rambutnya dipotong pendek sehinggakn tampak seperti kucing yang sedang bergomo). Enam tahun kemudian. Mohd Izani turut terpengaruh dengan keributan muzik bingit yang melanda kembali daerah Pasir Mas.Keindahan nama Mohd Izani secara langsung terus menjadi Matt Sepultula (bukan Sepultura ahaha),dan kemudian berubah menjadi Matt Plastic kerana angkara kejamnya yang telah membunuh semut-semut jalanan dengan menggunakan plastik yang dibakar. Kemudian masa terus berlalu, arena metal di kawasan larangan Pasir Mas makin berkembang dengan jayanya,kemunculan Din The Reaper,Nije Jenazarkh, dan Jerry Sakar telah mengegarkan Pasir Mas dengan aksi yang cukup mengagumkan.
"KALIAN MASIH BERSEMADI DALAM INGATAN AKU"
Kepada Pendita: Kill Em All the best album of thrash metal forever! bak kata James Hetfield "Come on ..jump in the fire!"
Kepada Binjidan:Cat Steven dan Al Stewart itu indah.Ajar aku untuk memahami karyanya. How about Bob Marley? "Lagenda yang terkenal tetapi manusia paling busuk yang berjuang keamanan dunia sejagat" petikan kata dari Buskers Central Market. Aku gila dengan karya Bob Marley! I shot the sherrif!
See u again at Central Market,bro!
Wehhhhhhhh mana budok bechah tu..hahaha... matt basher? fuh terimbas balik memori tu.. aku pun dah luput pikiran...
best bila ingat zaman mula2 start galak dok nk main gtar.. aku dulu kena marah dgn abang aku jugak.. aku pasang solo lagu Spell Bound dr Silent Death (Dark Live Collection) pastu suroh dia cari solo tu then ajar aku.. kata nya main rhytm dulu.. dh kuat rhytm baru la nk solo lagu apa pon xpe.. ya, aku suka main rhytm.. jaga tempo.. hehe
Kepada Pendita: Dengan bangga dan megah,aku berkata" Punggung James Hetfield Metallica pun kecil,persetankan mereka yang tidak mengenal". ahahaha.Hal ini masih segar dalam ingatan aku,kerana kita khuatir Nur Azma Azmin and the gangs akan merpersendakan punggung kita ciput ini.(punggung aku masih ciput tetapi punggungmu semakin megah membesar bersama susu DUMEX ahaha). Ingat lagi saat Nur Azma meminta kita mengucap dua kalimah syahadah kerana dia terpengaruh dengan propaganda media massa tentang isu black metal pada tahun 2002?ahaha.Apa Nur Azma ingat kita ini terlalu jahil sehinggakan membelakangi agama? Music is music!
Kepada Contramen: Sama jua! Aku gila akan solo gitar,namun perkara asas yang perlu cekap ialah tempo dan timing! Itu kata arwah abg dan abg ipar aku. Pernah aku tersedak semasa sedang makan nasik bila mendengar abang ipar aku solo lagu Highway Star_DEEP PURPLE! Masa itu aku kemaruk untuk solo!! ahahaha..
Sekarang aku banyak main lagu berentak slow seperti Ramli Sarip & Sweet Charity,M.Nasir & Kembara,Blues Gangs,dan sebagainya. Bertemankan lampu malap dalam sebuah bilik dan gitar akustik buruk,aku cuba menyanyi lagu yang bertemakan manusia dan kesejahteraan. :)
lagu ni selalu aku main, lagu khatulistiwa
kepada faizsaid: aku lupa sebenarnya tajuk lagu ini,tetapi setelah aku add kamu dalam myspace@blog,aku tengok video clip lagu ni..lantas aku teringat zaman budak-budak di awal baligh :)
Nanti kita boleh lepak kat Central Market k!
Catat Ulasan