Notis Hak Cipta

© Jasadbeku blogspot.com

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini perlulah mendapat izin daripada Jasadbeku blogspot.com. Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari halaman ini.Ini bertujuan untuk keselamatan dalam kebebasan menulis.Terima kasih.

PERHATIAN

1. Jasadbeku.blogspot.com TIDAK bertanggungjawab terhadap semua komen yang dihantar pembaca dan diterbitkan semula di blog ini.

2. Komen 'anonymous' TIDAK akan disiarkan. Sebarang komen yang menyinggung rasa dan bersifat serangan peribadi menurut tafsiran Jasadbeku.blogspot.com juga tidak akan dilayan.

3. Muatan, catatan, entri, pandangan peribadi Jasadbeku blogspot.com TIDAK mewakili pandangan mana-mana pihak.

18 Julai 2009

Antara Dua Plot

Terkenang zaman dulu:

-Pernah dirotan kuat hanya kerana tidak memakai tanda nama dan lencana sekolah.Punggung aku bagaikan pecah terburai terkena hentaman rotan.Cikgu Mohamad,guru disiplin yang mengerjakan punggung aku sampai berbekas 3 jalur merah.Kawan-kawan menjadi saksi punggungku tercoret lambang "adidas".Aku terima dengan rela.Diam.

-Pernah dirotan kuat hanya kerana tidak hadir ke sekolah dan gagal menunjukkan surat cuti sakit pengesahan doktor.Cikgu Fitri,guru disiplin itu yang menyaksikan aku menggaru dinding menahan sakit.Aku terima dengan rela.Diam.

-Pernah rambut dipotong rambut dengan menggunakan pisau kecil oleh Ustaz Nawawi.Hanya kerana hujung rambut aku melepasi sikit paras kening.Akhirnya fesyen rambutku menjadi seperti kepala ayam yang telah dicabut bulunya.Malu terpaksa tolak ke pinggiran.Aku terima dengan rela.Diam.


Terkenang zaman sekarang :

-Tidak pernah merotan pelajar kerana tidak memakai tanda nama dan lencana sekolah.Kerana aku fikir itu hanya kesalahan yang kecil-sekecilnya.Pihak sekolah diam,dan aku juga diam.

-Tidak pernah merotan pelajar kerana tidak hadir ke sekolah walaupun hampir 1/2 daripada seminggu kedatangannya.Pihak sekolah diam,dan aku juga diam.

-Tidak pernah memotong rambut pelajar dengan menggunakan pisau,tetapi pernah beberapa kali meminta pelajar memotong rambut sendiri atau di kedai gunting.Setelah hampir 10 kali amaran,baru aku bertindak memotong rambut mereka dengan kemas dan tidak kelihatan seperti kepala ayam yang dicabut bulunya.Mereka melawan dan menggunakan perkataan lucah terhadap aku.Aku senyum memberi satu hanyunan rotan. ke arah punggung kecil. Seperti lunaknya peribahasa Melayu yang berbunyi "melentur buluh biarlah dari rebungnya".

Lantas satu famili datang serbu sekolah dengan suara yang lantang separuh menjerit mahu membela hak anaknya.Dan jawapan aku mudah sahaja:

"Tiada seorang guru di atas muka bumi ini ingin memberi hukuman tanpa sebab, dan sila pilih sekolah lain untuk mendidik anak kecil ini menjadi manusia"

1 ulasan:

aku berkata...

ore jame lo ni..
masa aku jah 3,kena apal sifir 1 smp 12.tak ingat, cikgu lempang, jentik bibir guna getah gelang.