Notis Hak Cipta

© Jasadbeku blogspot.com

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini perlulah mendapat izin daripada Jasadbeku blogspot.com. Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari halaman ini.Ini bertujuan untuk keselamatan dalam kebebasan menulis.Terima kasih.

PERHATIAN

1. Jasadbeku.blogspot.com TIDAK bertanggungjawab terhadap semua komen yang dihantar pembaca dan diterbitkan semula di blog ini.

2. Komen 'anonymous' TIDAK akan disiarkan. Sebarang komen yang menyinggung rasa dan bersifat serangan peribadi menurut tafsiran Jasadbeku.blogspot.com juga tidak akan dilayan.

3. Muatan, catatan, entri, pandangan peribadi Jasadbeku blogspot.com TIDAK mewakili pandangan mana-mana pihak.

03 November 2010

Orang Timur

>
Jepun pandang ke barat
Untuk kemajuan
Apa nak jadi dengan malaysia
Pandangannya ke mana

Di mana arahmu
Sedar bangunlah
Pesat dan majukan negerimu

Orang timur bangunlah
Pesat dan majukan
Apakah warna kulitmu
Apakah kita sama
Ke manakah perginya
Mana arah mu

Marilah kita bangunkannya
Untuk kepentingan kita bersama
Setapak langkahmu ke hadapan
Bererti kejayaan


nota :bersama kita berfikir tentang lirik dari kumpulan rock SYJ.

KAFA anak tiri?

AMPANG, November 09, 2009 - Tahniah diucapkan kepada Pasukan Negeri Sembilan kerana menjuarai Piala Malaysia edisi yang ke 84 pada 7hb November 2009. Saya sebagai pemerhati bolasepak ingin memberi komen terhadap kejadian yang berlaku di Stadium Bukit Jalil pada hari tersebut.

Saya berada disekitar stadium seawal pukul 11 pagi kerana ingin melihat sendiri kemeriahan suasana sebelum pertandingan. Apa yang dilihat, pihak FAM, Pengurusan Stadium dan Polis yang dari awal mengetahui tiket sudah terjual 85,000 keping tidak mengambil kira kedatangan penonton yang datang dari jauh.

Penonton yang kebanyakannya datang dengan keluarga, ada yang membawa anak kecil. Selain daripada khemah untuk gerai yang menjual jersi dan cenderamata, tiada khemah atau tempat yang tertutup lain di luar stadium disediakan untuk penonton berteduh. Semua sudah maklum yang tiap-tiap petang hujan lebat akan berlaku di Lembah Kelang.

Suasana yang tenang pada mulanya telah bertukar menjadi sedikit tegang apabila petir dan kilat sabung menyabung tepat jam 3.30 petang. Penonton yang tiada tempat yang hendak dituju terpaksa berasak-asak kearah pintu masuk stadium dengan harapan pintu dibuka segera. Tiada tujuan lain selain untuk berteduh daripada hujan lebat. Pihak polis dan pengurusan stadium macam buat tak nampak saja apa yang berlaku diluar sana.

Padahal anak-anak kecil terpaksa berasak-asak ditengah-tengah lautan manusia. Hujan turun selebat-lebatnya pada jam 4.00 petang. Semua berada didalam risiko disambar petir atau pun lemas dipijak. Semua pihak yang tengok dari dalam stadium hanya memandang sinis hanya kerana mereka tersebut adalah penonton Kelantan yang sememangnya di anak tiri dalam segala hal.

Pada pukul 4.30 petang suasana tidak berubah, hujan makin lebat, penonton tiada pilihan selain menggoncang dan merempuh pagar. Pagar yang dirempuh akhirnya terbuka dan seramai kira-kira 5000 penonton bolos. Pada ketika itu, hanya ada 3 orang polis yang bertugas. Tidak seperti yang digembar-gembur kan dalam berita TV dan Radio sehari sebelum nya yang kira-kira 1500 polis akan bertugas. Disitulah “turning point” kesilapan terbesar yang berlaku, penonton yang masuk tanpa diperiksa oleh pihak pengurusan stadium, FAM, polis dan RELA, membawa segala-galanya.

Suka saya bertanya, siapa yang salah dalam hal ni dan siapa yang menjadi tuan rumah didalam perlawanan akhir ini? Pintu akhirnya berjaya ditutup kembali oleh pihak polis pada pukul 5.00 petang. Mulai daripada pukul 5.00 petang baru lah penonton yang berada diluar dibenarkan masuk melalui “official gate”. Tetapi apa yang menyedihkan, beg-beg tidak diperiksa. Ini tidak seperti Perlawanan Akhir Piala FA tempohari di mana beg-beg diperiksa dengan begitu rapi, air mineral berbotol tidak dibenarkan masuk. Tapi pada malam tersebut, bukan setakat tidak memeriksa botol air mineral, beg dan mercun, malah air mineral dijual terbuka di dalam stadium.

Tindakan pro-aktif dari pihak FAM dan Pengurusan Stadium Bukit Jalil perlu, berdasarkan pengalaman yang lepas semasa Pertandingan Akhir Piala FA dimana ianya juga membabitkan Pasukan Kelantan. Atau pihak FAM menunggu perkara ini berlaku dan akan menuding jari serta-merta kepada pihak KAFA.
Apa salahnya “official gate” dibuka seawal jam 3.00 petang untuk mengelakkan kejadian buruk berlaku. Bayangkan 85,000 manusia berada diluar stadium, dan pihak pengurusan Stadium bercadang membuka “official gate” pada pukul 5.30 petang. Kalaulah “official gate” dibuka seawal jam 3.00 petang maka ia memberi ketenangan kepada semua pihak yang terlibat. Pihak polis dan RELA akan mempunyai masa yang cukup untuk memeriksa penonton secara teliti dan ini akan mengelakkan kejadian membawa masuk mercun dan botol air.

Apa yang dilihat, pada pukul 8.45 malam di mana perlawanan sudah hendak bermula, beribu-ribu lagi penonton masih berbaris diluar. Di dalam hati setiap penonton yang berbaris tersimpan “eagerness” yang tinggi untuk menonton perlawanan tersebut. Ini menimbulkan “creating un-necessary tension” terhadap penonton yang masih berada diluar dikala wisel perlawanan dibunyikan. Kenapa perkara ini tiada langsung dibenak mereka-meraka yang bertanggungjawab menguruskan perlawanan ini.

Apabila penonton yang bolos akibat dari rempuhan pintu pagar tadi sudah berselerak di dalam stadium, apa lagi yang boleh dibuat oleh pihak pengurusan stadium, FAM dan polis. Mereka hanya menunggu untuk menyalahkan pihak lain. Pihak yang selalu disalahkan ialah KAFA.

Kejadian ini adalah 100% diluar kawalan KAFA. Pihak KAFA tidak boleh dipersalahkan kerana mereka bukan yang menguruskan stadium dan mereka juga bukan tuan rumah.

Memang semua pihak yang hadir termasuk saya sendiri tidak selesa dengan dentuman mercun yang tiada henti dari permulaan sehingga akhir perlawanan. “Semacam berada di Baghdad” kata pengulas sukan Zainal Abidin Rawop. Tetapi apakan daya, bak kata pepatah, membenteras lebih baik dari mengubatinya.

Sekarang, tiada pilihan lain, selain menyalahkan 100% kejadian ini kepada KAFA. Mereka akan didenda tidak kurang dari RM100,000, atau bermain stadium yang kosong atau tidak dibenarkan langsung dari menyertai MSL musim depan. Apabila dilihat dari sudut yang berbeza, “contribution” oleh penonton Kelantan dari segi kutipan tiket, kalau mengambil kira jumlah penonton 65,000 orang, RM 1,300,000 telah berjaya dikutip pada malam tersebut. Tidak termasuk penonton Kelantan yang membeli tiket yang dikhaskan kepada penyokong Negri Sembilan, dan tidak termasuk “consequences cost” seperti jualan jersi, cenderamata, makanan dan minuman pada hari tersebut. Penyokong Kelantan dan KAFA adalah pihak yang kalah dalam segala hal, walaupun kejadian ini boleh dibendung oleh pihak berwajib.

Saya sebagai pemerhati sukan ingin memberi gambaran tindakan yang diambil oleh FAM terhadap KAFA dilihat sentiasa berat sebelah. Contohnya kejadian membakar trak polis di luar perkarangan Stadium Kota Bharu, yang tiada kena mengena dengan penonton (peniaga yang bergaduh dengan polis), pihak KAFA juga disalahkan. KAFA didenda lebih RM100,000 dan tidak dibenarkan beraksi di stadium tersebut untuk beberapa perlawanan. Kerugian setiap perlawanan semasa beraksi di Kuala Lumpur juga ditanggung oleh KAFA.

Berbanding kejadian penonton masuk ke padang dan ingin menumbuk pengadil di Stadium Ismail Nasirudin Shah di Kuala Terengganu, pihak PBNT hanya didenda RM 5,000 sahaja. Kejadian lontar mercun terhadap pemain Selangor (T. Surendran) ketika meraikan jaringan oleh peminat Terengganu, PBNT hanya didenda RM 6,000 sahaja. Tahap keselamatan pagar stadium tersebut juga tidak melepasi tahap FAM, serta kualiti padang yang teruk seperti yang dikomen oleh jurulatih mereka sendiri (Ken Worden) dan Peter Butler, tetapi pihak FAM masih membenarkan perlawanan diadakan di Stadium tersebut. Kalau lah perkara ini berlaku di Kota Bharu, tindakan berlainan akan dilakukan. Kenapa tidak disuruh pasukan Terengganu beraksi di Kuantan yang mempunyai Stadium bertaraf antarabangsa? Kenapa FAM berdiam diri semasa kejadian memecah cermin kereta dan bas penyokong Kelantan di Perlis? Kenapa FAM berdiam diri apabila pemain Kelantan (Farisham) yang menunggu rawatan ditepi padang tercedera dibaling mercun di kepala oleh penonton Perlis ketika perlawanan separuh akhir tersebut, dimana ianya berlaku terang-terangan di saluran TV1 yang dipancarkan diseluruh Malaysia?

Kenapa dilihat “in-consistency” berlaku? Dilihat terdapat keputusan yang “bias” dan bertindak hanya untuk “pleased”kan pihak atasan sahaja. Kelemahan sendiri ditutup rapi. Harus diingat, fenomena bolasepak Malaysia kini kembali diwarnai kerana “turning point” yang dilakukan oleh pihak pengurusan KAFA yang menguruskan secara professional ala EPL dan sokongan peminat-peminat bolasepak Kelantan. Sehinggakan pihak pengurusan Tentera dan KL Plus juga berterima kasih kepada Kelantan kerana peningkatan hasil “gate collection” mereka semasa bertemu Kelantan di Stadium Selayang dan Cheras. Saya berharap pihak FAM membuat pertimbangan yang sewajarnya dan mengkaji dari segenap sudut sebelum menjatuhkan apa-apa hukuman terhadap KAFA.

Sekian, terima kasih.

Petikan diambil dari tulisan :
Ir. Azizan Razak, Jurutera Professional,
Hp : 012-2050538

Jebat

"...raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah" tiba-tiba terpancul dalam serebrum otak kanan.

nota : Riwayat Hang Jebat tanpa ISA!

02 November 2010

ULTRAMAN GRINDERS HATE WAR



I HATE WAR
--------------
i hate war!
war is killing!
war is selfish!
war is greed!
war is nothing!
war is arrogant!
war is suffer!
war is destroyer!
war is business!
war to control!
war is crime!



Taken from DISEKSA split album
note : for the brain-suckers, think of the message behind this funny video!

Deklarasi Rakyat Kelantan


Bahawasanya, kami rakyat Kelantan
Sedar
Televisyen dan akhbar kamu, menipu kami
Kamu siarkan berita berat sebelah
Kamu menggelapkan berita benar
kami sedar kamu mahu memancing dan membeli kami
Tidak akan kami menjual negeri kami
Tidak akan kami gadai Islam kami,
Sedarlah kamu,
Kamu kelirukan agama
Kamu peralatkan tokoh agama seperti terompah kayu
Kamu tolak hudud
Kamu perlekehkan agama
Kamu persendakan ulamak
Kamu paksa tokoh koporat tawan hati kami
dengan gula-gula ekonomi
Awas !
kami tidak bodoh
kami tidak bodoh
kami tidak bodoh
kata apa yang hendak kamu kata
perkosa televisyen dan akhbar sepuas nafsu kamu
kami akan tetap dengan pendirian kami
Islam cara hidup kami
Al-Quran panduan kami
Ya Allah Ya Tuhan kami
Berikan kemenangan kepada orang-orang Islam
Binasakan musuh Islam, Penentang agamaMu
Pecah belahkan kesatuan mereka
Belenggukan mereka
Ya Allah Ya Tuhan Kami
Tetapkan kami dengan Islam
Matikan kami semua sebagai sholihin.
Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.


Nota : Deklarasi rakyat Kelantan semasa Perhimpunan Rakyat Kelantan pada 23 April 1995 di Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu.

30 Oktober 2010

Wira Merah


"..dulu Tok Wan berjambul merah ala ayam jantan, jersi merah, menyaksikan sejarah Kelantan tercipta, Stadium Bukit Jalil dipenuhi 87% dengan Wira Merah Putih,bergema " gomo kelate gomo" di ruang angkasa" ujar Wan Slaughter kepada bakal cucu cicitnya suatu masa nanti.Sesekali asap rokok dihembus keluar dari rongga hidungnya.
nota : Wira Merah Tetap Gedebe meskipun dipinggirkan dan dipersendakan oleh media dan FAM.Ini hanya sepak & kejar ,bukan pakej utk ke Syurga,politikus!.30 Okt 2010 dalam sejarah.

26 Ogos 2010

No Time For Tears



Band : DISEKSA Song Title : Resistance

DISEKSA was formed on early 2008 somewhere in Malaysia.
Thrash Metal / Punk / Grindcore with combination metal guitar riff + thrash & punk drumming.

Deeply influenced by Dropdead,Brutal Truth,Nasum,Phobia,Napalm Death,Carcass,Terrorizer,Pig Destroyer(old),Haemorrhage,Insect Warfare,The Misfit,D.R.I,Warsore,Carburetor Dung and some others powerviolence and RAW bands.

Lyrical is about war,political,monkey music business,social despair and gore.

note : Grind @ Die?

RESISTANCE
--------------
its time to rise,its time to win
we make a stand,we make a move,
no time to cry , no time for tears,
we stand a fight,we fight for right

resistance!

note : dont you see what they did? dont you see? dont you feel what they did? dont you feels?

13 Ogos 2010

kahak

"..ingin kirim bunga khuatir layu di tengah jalan,ingin kirim senyuman khuatir tak terbalas, ingin kirim maki-makian khuatir hajat tak kesampaian, lantas akan aku kirimkan doa agar luruh segala karat di hatimu untuk berhenti menabur benih-benih fitnah yang membinasakan"

nota: kamu ludah kahak di langit,aku ketawa terbahak-bahak dan bertepuk tangan

Jasadbeku
13 Ogos 2010
Klang

11 Ogos 2010

Manusia

Ada yang bertanya,"Apakah hal pelik yang pernah anda lihat dalam dunia? " MANUSIA DAN PEMIKIRANNYA" jawab Wan Slaughter dan pemikirannya.

nota: manusia itu manusia

13 Julai 2010

Babi Buta dan Membabi Buta

‎"Sedangkan babi buta pun malu bertindak membabi buta, inikan kita manusia?"ujarnya.
"Babi pun sopan-santun, berjalan tunduk ke bawah.Kenapa manusia suka berjalan mendabik dada?" tambahnya secara tiba-tiba sebelum pertanyaan terjawab.

Jasadbeku
14 April 2010

01 Julai 2010

KURANG AJAR

".....Lu ada hentam sama anak wa? tanyanya nada separuh tinggi. "Ya" jawabku sambil cuba tersenyum,mengawal gelodak marah. "Apa pasal?"tanyanya lagi tapi kali ini dengan bernada tinggi. " Sebab saya mau ajar sama dia tentang KURANG AJAR maaaa" secara tiba-tiba terpancul jawapan ringkas dan berlalu tanpa kata.Angin terus menghembus seakan mengerti.


Jasadbeku
4.20pm
1/7/2010

23 Jun 2010

Hitam Putih

Secebis sinar putih di hujung rongga gelap
dan mata ini berbicara ;
" Oh putihnya putih kerana hitamnya hitam!"



Jasadbeku
28 Mei 2010
3.20am
Klang

19 Mei 2010

JIWA TERKOYAK



A band called Jiwa Terkoyak live in SMKJ Teacher's Day, collaboration between teacher and student, have bad voice but fortunately, supported by a nice, sporting crowd. Just for fun! Let's check it out!


note: don't forget leave your comment.comment or die? lol!

01 Mei 2010

Senja

".......seperti dirasuk, segelintir jasad tekun melakar titik-titik noda.Tanpa ada sangsi dan sesal,mereka terus melakar persis tiada titik noktah di hujung nyawa.Barangkali jasad ini hak cipta mereka sendiri.Lagi sekali kota konkrit ini menatap senja dicabul kesejahteraannya.Ah, alam semakin sarat dengan karat!_jasadbeku"

19 April 2010

Khuatir

"Usah ditentang matahari condong,khuatir terturut jalan tak berintis"

09 April 2010

Simfoni Mendatar

Tidak sesekali kuabaikan tali gitar berkarat ini
terbiar larat tanpa digetar oleh;
gelora amarahku
hembusan resahku
belaian sepiku
meskipun kudrat jari sudah lesu mendenting simfoni mendatar
kerana kehidupan tidak pernah terbiar larat tanpa getar.


Jasadbeku
Febuari
Bandar Puteri

21 Mac 2010

Ayam Jantan

"Benarkah dengan membunuh semua ayam jantan,siang hari tidak akan kembali?"ujar Tok Wan bersahaja melontarkan pertanyaan kepada Pak Mat Kocak.

01 Mac 2010

Antara Seketul Otak dan Secebis Akal

Seekor babi datang kepadaku dan berkata " Kenapa kamu enggan menjadi sepertiku?". Aku diam tertikam.Bisu seketika.Kemudian bibirku terukir senyum. "Kamu diciptakan sebagai babi dengan seketul otak, dan aku diciptakan sebagai manusia dengan secebis akal"ujar hatiku berbisik halus kemudian berlalu pergi tanpa kata.

19 Januari 2010

They Laughed

They laughed when we tell jokes. When we fall they laughed again. And when we are in the pig's throat, they ran and no turning back.It's a just a frendship@friendshit? Smile,smile and laugh.

15 November 2009

Bongkar

BONGKAR
Kalau cinta sudah dibuang
Jangan harap keadilan akan datang
Kesedihan hanya tontonan
Bagi mereka yang diperkuda jabatan
Ooh ya oh ya oh ya bongkar2X

Sabar sabar sabar dan tunggu
Itu jawaban yang kami terima
Ternyata kita mesti ke jalan
Robohkan setan yang berdiri mengangkang
Ooh ya oh ya oh ya bongkar2X

Penindasan serta kesewenang-wenangan
Banyak lagi...
Teramat banyak untuk disebutkan
Oh hentikan,hentikan jangan diteruskan
Kami muak,dengan ketidak pastian dan keserakahan
Di jalanan,kami sandarkan cita-cita
Sebab dirumah,tak ada lagi yang bisa dipercaya
Orang tua,pandanglah kami sebagai manusia
Kami bertanya,tolong kau jawab dengan cinta

Iwan Fals

11 November 2009

Semakin Sarat

Tamat sahaja sesi perjumpaan bersama Badan Pengawas, telefon genggam aku menjerit.Aku angkat dan terima.

" Pengetua mahu jumpa awak sekarang",
Tegas yang mendatar nadanya..Aku bermonolog dengan hati sendiri namun tiada jangkaan jawapan langsung. Langkah mengikut arahan sahaja.


Aku terus memakai tali leher.Kemas.Lagak seperti seorang guru yang dalam skema rima dalam dunia pendidikan.Tali leher yang merimaskan leher.Panas.

Pintu di ketuk lantas memberi salam.Pengetua dan PK Kanan bertemu mata dengan aku, seorang guru muda yang mentah.


Pengetua : Apa kes semalam dengan pelajar 1B1?

: Pagi tadi 5 famili Cina datang bersama ADUN

: Tidak puas hati dengan tindakan menampar

: Rotan sahaja jika ada kesalahan

: Mereka tidak mahu memperbesarkan kes

: Kelima-lima pelajar itu tak dapat berbahasa Melayu dengan baik, terpaksa menggunakan peterjemah.Susah.

: Seorang bapa tunjuk gambar pipi pelajar lembam melalui kamera telefon

: Tindakan bagus kerana kawal disiplin sekolah, tapi mulai sekarang ikut peraturan dalam Pekeliling.

: Itulah cabaran jadi guru disiplin.Jangan anggap ini sebagai halangan.

PK Petang: Antara pelajar pagi dan petang,Pelajar sesi petang agak ganas. Fikiran masih terlalu mentah.Masing-masing mahu jadi jaguh.

: Bukan setakat melanggar peraturan sekolah,yang paling teruk apabila melawan, bercakap kotor lucah kepada cikgu

: Sudah bagi amaran,tindakan rotan tangan, rotan punggung.Masih sama, tidak berubah. Bila sudah tahap kurang ajar,itulah sebabnya penampar jadi tindakan.Itupun hanya untuk memalukan sahaja, bukan niat menyakitkan mereka.Buntu kami mengenai masalah ini.

: Pelajar Cina yang bermasalah. Disiplin hancur.Dirotan tidak berubah perangainya.Ditampar,muka merah.Ada pula yang sengaja menambahkan kesan hukuman.

: Bila di tampar atas kesalahan melawan guru, pelajar sekarang berani mengadu kepada pihak pentadbiran sekolah.Balik rumah mengadu dengan ibu bapa, tokok tambah jalan cerita, putar belit sehinggakan pihak yang salah menjadi betul.Famili datang menyerang sekolah.Bahaya.

: Cikgu sudah buat yang terbaik.Jangan berputus asa.Anggap sebagai cabaran. Cikgu-cikgu lama sekolah ini pernah juga alami masalah sebegini.


Pertemuan itu hampir 40 minit,aku hanya menjawab beberapa soalan yang diajukan oleh pengetua.Selebihnya PK Kanan petang banyak menjawab secara tidak langsung melalui teknik pemerian kisah sesi petang.Dia lebih kenal dan tahu kerana dia alami situasi sama seperti aku alami.Aku hanya menjawab beberapa soalan yang penting. Aku sudah bosan dengan karenah ibu bapa mempercayai anak-anak mereka sebulat-bulatnya tanpa soal siasat.Cuma ada aku bertanya;

"Perbezaan ketara antara dua plot zaman.Zaman dahulu lain, zaman sekarang lain. Akta dalam pekeliling zaman dulu dan sekarang berubah-ubah? "tanya aku, seorang guru mentah yang sememangnya ingin tahu.


"Akta masih sama.Zaman dahulu, ibu bapa menyerahkan anak-anak kepada guru untuk bukan setakat mengajar malahan mendidik.Cikgu buat apa sahajalah kepada anak saya. Rotan,pukul,belasah dengan kayu pun tidak apa, cuma jangan cacat dan mati sahaja.Itu izin ibu bapa dahulu. Zaman sekarang tidak.Zaman sekarang ibu bapa menyalahkan guru kerana media massa mengembar-gemburkan permasalahan kes guru.Wartawan muda mencari isu demi isu untuk melariskan jualan. Ibu bapa zaman sekarang mula rajin belajar akta " ujar Pengetua menjawab pertanyaan.Padat dan tepat dengan penjelasan.

Aku diam mengerti.
Yang peliknya, ibu bapa juga pernah alami zaman dahulu,kenapa mereka tidak mahu cikgu teruskan cara dahulu? Sedangkan mereka tahu kejayaan mereka itu hasilnya tindakan guru dulu" tanya aku sengaja mengajak untuk berbicara topik ini.Cuba mencungkil sudut pandangan dari guru yang berpengalaman melebihi 30 tahun.

" Ibu bapa sekarang terlalu memberi kasih sayang kononnya. secara tidak langsung,mereka seperti menjahanamkan anak-anak mereka dengan kasih sayang sebegitu.Tidak semua,tetapi hampir 90 % ibu bapa zaman sekarang tidak lagi mahu anak-anak mereka mengalami kesusahan seperti mereka telah alami dulu.Mereka lebih mengharapkan kejayaan akademik daripada soal akhlak.Itulah silapnya." jawabnya.


Zaman telah berubah.Remaja dahulu lain.sopan.Ada adat.Cuba tengok remaja sekarang yang tanpa segan silu bertenggek laki perempuan di atas motor,berpimpin tangan ke hilir ke hulu. Tidak malu,ketepikan adat,ketepikan agama." tambahnya lagi.



Pertemuan tamat.Aku melangkah keluar. Kelas B.Melayu 1B1.
Kebetulan pula dengan kes itu melibatkan pelajar dalam 1B1. Aku menghampiri kelima-lima pelajar cina itu.Mereka diam.

" Tahu kesalahan awak semalam?" tanya aku lembut seakan memujuk.

"Tahu!" jawab mereka serentak dengan muka yang masih ego.

"Pernah saya tampar awak sebelum ini?'" tanya lagi.
Mereka mengelengkan kepala.

Semalam kali pertama kan? soal aku tegas.
Ada yang angguk.Ada seorang dua yang membuat muka masam seolah mencebik.


" Saya tampar kerana mahu awak semua jadi manusia bukan tunggul kayu. Jangan biadap dengan guru.Anggaplah saya ini seperti ayah atau abang. I love you all " ujar aku tersenyum dan bersalam dengan mereka. Gosok kepala mereka dengan lembut.Sememangnya selalu lafaz 'i love you' meniti dibibir dan bersalaman, setiap kali sebelum atau selepas memberi hukuman disiplin.




Jumaat
Jam 5.30pm


Seorang pelajar Cina Tingkatan 2C2.Tinggi orangnya.Tubuhnya sasa.Lebih besar dari aku yang kurus kering.Namanya Ten Sing Wong bersikap kurang ajar setelah aku menegur rambut panjangnya.Itu pun kerana dia terserempak dengan aku sewaktu dia merayau-merayau ponteng kelas.Mungkin ini hampir ke 10 kali, dia melawan dan berkata lucah terhadap aku dari tahun lepas lagi. Kali ini dia mengajak aku untuk berlawan.

Darah aku mendidih.Jiwa muda aku bergelora.Semangat jantan aku telah dicabar.Tahan sahaja amarah aku.Aku fikir dia pelajar.Mentah.


Beberapa kali aku mengajaknya untuk ke bilik Ketua Disiplin.Bukan setakat enggan malahan beberapa kata-kata lucah dalam Bahasa Cina disemburkan.Kemudian dia bergegas ke telefon awam yang disediakan berhampiran lorong itu. Katanya mahu telefon abangnya untuk datang membelasah aku. Kebetulannya waktu itu,Ketua Disiplin melalui lorong itu. Dia hanya diam dan membiarkan sahaja budak itu menelefon abangnya. Aku diam dan cuba meredakan amarah yang sedang bergelora.


5 minit kemudian,aku berjaya memujuk kononnya dia berjumpa dengan PK Petang. Dengan gaya yang memberontak,dia menuruti. Tiada apa lagi yang mampu aku lakukan setelah mata ini menjadi saksi bagaimana budak berumur 14 tahun yang berstatus pelajar boleh memaki hamun PK Petang.Pemandangan  yang agak janggal apabila melihat seorang berstatus pelajar merotan bertalu-talu pada jasad seorang perempuan tua berjawatan PK.Beberapa kali juga  beberapa rakan guru menahan aku kerana ingin 'mengajar'nya tentang kurang ajar.


"Tangan ini naik kerana pelajar yang biadap seperti inilah"kata aku sebelum beredar jam 6.20 petang.


Jantung berdegup pantas.Ruang dadaku terasa sesak. Asap rokok disedut terasa semakin sarat.Aku manusia biasa ada perasaan marah. Terimbas kembali saat mata kiriku berdarah hampir buta kerana angkara pelajar.Ah,Sarat!

Manusia dan Kebinasaan

Hari-hari jiwa kacau
Makin hari semakin meracau
Resah semakin gelisah
Hari-hari segala bercampur
Makin hari semakin berlumpur
Mata hati semakin kabur
Tak mengerti

Persis debu yang pergi
Tanpa ada apa-apa lagi
Lari,lari dan berlari
Dari entri silih berganti
Hingga waktu ia terhenti

"Oh! Semalam tdak lagi kembali"
lafaznya di hujung kebinasaan.



Jasadbeku
11 Nov 09
Tremor's Art Studio

05 November 2009

Sebelum Musim Luruh

Untuk pengkarya insani

Selimut tebal kita di sini ya
Bantal empuk bina indah mimpi
Kelkatu menari, neon terang
Ini 2009, teman…

Ada,
Masih cengkerik bertafakur
Di bawah tangga kita…
Asing sekali daerah ini
Tersepit antara dua gunung
Akukah cengkerik itu
Tabirkanlah..

Anak kita di Jeti.

Anak kita mahu kenal aksara
Anak kita mahu kenal angka
Anak kita mahu luluh sengsara puaka

“Miskinkan kami di sini cikgu?”

“Tidak anakku”

Jawab saja apa ditanya, usah bermuka

Ingat anak kita,
Mahu jelajah dunia mereka ini
Mahu jadi menteri mereka ini
Mahu berjalan di bulan mereka ini

Menuntut kita terus berkarya
Usah biar bunga-bunga kita luruh sebelum musim luruhnya.


Karya:
Kamal Mohamad
Baram,Sarawak.

Nota: Ini luahan seorang sahabat aku bernama Kamal Mohamad,guru muda di pedalaman Sarawak.

04 November 2009

Mereka Tutup Hidung

"Betul ke?." aku ingin mendapat kepastian

"Betul! Budak Ira itu interview sekali dengan saya, jadi saya tahu semuanya. Dan dia sendiri yang cerita soal ini."tegasnya.

"4 orang yang interview dalam bilik yang sama dengan saya.Masing-masing dengan alasan tersendiri.Kesemua sudah disahkan jawatan dalam perkhidmatan.Dan Si Ira pula lagi 2 bulan akan disahkan perkhidmatannya dalam Jabatan Kastam."sambung bicara Azie lagi.

"Teruk betul." aku kecewa.

"Paling teruk bila Si Ira itu sendiri bagi alasan dia mahu kerja di sini kerana tidak mahu bertukar jauh ke Sabah atau Sarawak. Jabatan Kastam akan hantar dia ke sana,jadi dia tidak mahu kerana tidak lama lagi dia akan berkahwin.Apabila si penemuduga juga mengugut ingin hantar ke Sabah, dia menangis pula." tambahnya lagi.


Aku diam.Berfikir sejenak.

"Habis awak?." tanya aku setelah diam membatu seketika.

Saya tidak dapat jawatan tu walaupun kelayakan saya sudah memenuhi syarat-syaratnya. Sesi soal jawab semasa temuduga saya lalui dengan lancar.Lagipun saya hanya pekerja kontrak sebelum ini,belum berjawatan tetap di mana-mana jabatan.Jika dia ingin bantu saya, mungkin dia ambil saya bekerja.Ini tidak,dia ambil Si Ira yang sudah punya kerja, dan hanya dengan guna alasan tidak mahu berjauhan.Itu profesional ke?" cerita Azie dengan nada sedih bercampur sedikit aura kemarahan.


"2 hari lepas tu, Si Ira call saya, dia dapat jawatan itu. Ini dengan pertolongan mak saudara dia yang berjawatan dalam syarikat itu.Ira rasa bersalah dan mohon saya bagi resume saya kepada dia, untuk dihulurkan pada Jabatan Kastam,tempat lama dia bekerja. Saya tidak berharap.Mungkin Si Ira rasa bersalah kerana mencabul hak saya." tambah Azie.

"Bukan Ira ,tapi penemuduga Sme Corp Malaysia yang bertali leher itu yang mencabul hak orang lain yang sepatutnya."Aku mencelah.Azie diam.Kami diam bersama.Kami orang kecil berbicara,mereka tutup hidung.

Jasadbeku
2.23am
Khamis

01 November 2009

Yuto Miyazawa



Anak kecil
Bakat besar

02 Oktober 2009

KASUT

Suatu pagi yang hening seorang ibu hairan apabila anaknya pulang awal dari sekolah tidak seperti biasa.
Ibu : "Yong Meng kenapa kamu pulang awal hari ini sedangkan jam baru pukul 10.00 pagi.."
Yong Meng : " tadi saya boleh jawab soalan cikgu dengan tepat.. lalu disuruh pulang..."
Ibu : "Oooo... bagus.. pandai anak ibu... apa soalan dari cikgu kamu itu?"
Yong Meng : "Cikgu tanya... siapa yang membaling kasut ke muka cikgu ?"

17 September 2009

LUAR PAGAR

LUAR PAGAR Oleh PYANHABIB

"Gua dok tunggu lebih seminggu dah!" Rozaid Abd Rahman, Pengarang Bersekutu Mstar Online, mengingatkan gua via SMS.

`Hah ha ha!’ Gua ketawa. Juga via SMS.

`Gua pun dok fikir (fakir lagi, fuh!) benda alah apa gua mahu bikin intro pembuka kolum ini.

Hendak mula dari mana…” Gua beralasan.

`Bila tidak tahu hendak mula, itu petanda baik!’ Gua nampak Rozaid tersenyum. Via SMS.

Gua baca `itu petanda baik’ sebagai: Lu mahu tulis, lu tulis. Lu tidak mahu tulis, lu blah!

Seminggu sebelum itu, Rozaid, teman lama yang sama-sama pernah bertugas di editorial Utusan Malaysia, menjengak gua via SMS: `Lu boleh tulis apa sahaja yang lu hendak tulis. Lu boleh tulis tentang seni dan sastera atau aktiviti lu seperti dahulu.’

`Kita boleh bikin kolum.’ Pelawanya.

Dalam kepala gua: Gua diberi lesen. Gua disediakan kolum dan gua boleh tulis apa sahaja dalam itu kolum, huh!

Misalnya? Ha, misalnya, gua boleh tulis tentang gerombolan orang berkopiah berketayap yang baharu selesai solat Jumaat di masjid, mengarak menyeret dan memijak kepala lembu yang berdarah di samping sepanduk `take beer’.

Gua boleh tulis begini: Tidakkah kamu terasa bahawa kamu telah menghina haiwan yang darah dagingnya bersebati dalam darah daging kamu? Kenapa kamu menyeret dan memijak kepala haiwan yang dagingnya yang selama ini kamu makan? Apa perasaan kamu jika haiwan yang diseret dan dipijak di siang bulan Ramadan itu adalah kepala emak bapak kamu?

Gua boleh bertanya gerombolan itu, sepanduk apakah yang kamu arak, yang bertulis `take beer’ itu? Tidakkah kamu dengan bebalnya menghina kalimah `takbir’?

Gua boleh tulis tentang PPSMI, tentang gerombolan yang mengekor dan yang menentang. Bagaimana yang mengekor kemudian menentang, dilihat menentang kerana hilang habuan, manakala yang menentang dan terus menentang dianggap berpihak ke sebelah sana, sedang yang menjadi mangsa ialah anak-anak sekolah rendah yang miskin di pedalaman, yang otak mereka diuji kaji!

Barangkali juga gua boleh tulis tentang sekumpulan makhluk yang dengan berani menentang arus trafik, menerbit dan menjual kartun tetapi berhadapan dengan masalah: Hendak jual kartun pun susah, hendak ketawa pun tidak boleh!

Atau gua boleh tulis tentang patriotik atau tidaknya rakyat Malaysia yang setiap munculnya bulan Ogos disurahkan oleh menteri supaya bersemangat patriotik dan diajar cara-cara kibar bendera.

Malah gua boleh tulis tentang betapa tidak patriotiknya tiang telefon, tiang lampu apabila bendera Malaysia digantung dipasang terbalik!

Gua juga boleh tulis tentang orang politik yang tidak habis-habis berkelahi di Parlimen, mengutuk memaki lawan dengan bahasa yang selalu ditala kepada budak-budak: Kurang ajar!

Dan Gua boleh basuh orang politik yang gaduh dan riuhnya macam mahu bunuh orang tetapi bila terserempak di lobi dan kantin Parlimen boleh bertepuk bertampar dan ketawa berdekah-dekah!

Pesan Rozaid: Lu boleh tulis apa sahaja yang lu hendak tulis asal jangan teruk-teruk hentam gomen sudahlah…

Tabik bos!

Ya habibi, salamun aidil.

PYANHABIB adalah seorang seniman bebas yang tidak terikat dengan mana-mana aliran. Dia hanya terikat dengan kepala otak dia sendiri.

Nota: Artikel ini dipetik dari seksyen Suara Alternatif dalam Mstar Online.

15 September 2009

SELAMAT AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Ikhlas
-Jasadbeku-

09 September 2009

Negaraku Tanah Tumpah Darahku





Sesetengah warga Indonesia mengatakan lagu kebangsaan Malaysia iaitu Negaraku copy paste lagu Terang Bulan,hakcipta komposer Indonesia.Kemudian apabila dirujuk lagu Mamula Moon dari Barat,juga iramanya sama. Jika direnungkan kembali dengan pemikiran tipikal,kebiasaannya mereka yang berpengaruh akan mempengaruhi masyarakat lain.Aku keliru siapa sebenarnya copy paste lagu siapa? Aku tersengih bila dengar lagu Negaraku versi Pop Yeh Yeh.kihkih.

Kemudian,sesetengah warga Malaysia pula mengatakan lagu kebangsaan Indonesia iaitu Indonesia Raya copy paste lagu Pinda Pinda Lekka Lekka,hakcipta komposer Belanda.

Aku diam tertikam.Ini bukan zaman aku belum mengenal tahi pusat pun. Aku tidak tahu.Warga Indonesia dan Malaysia, ayuh kita bersama menjaga Nusantara ini!.Bertikam lidah tiada gunanya, bila mati belum tentu ke Syurga.Apa kata kita layan lagu "Flag Of Hate_Kreator!! ahaha

Nota: Suka lagu Terang Bulan_Nik Jidan.

08 September 2009

Sejarah Berdarah



"kejam! kejam! kejam!
manusia hilang kemanusiaan & binatang kekal kebinatangan"-Jasadbeku