Notis Hak Cipta
© Jasadbeku blogspot.com
Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini perlulah mendapat izin daripada Jasadbeku blogspot.com. Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari halaman ini.Ini bertujuan untuk keselamatan dalam kebebasan menulis.Terima kasih.
PERHATIAN
© Jasadbeku blogspot.com
Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini perlulah mendapat izin daripada Jasadbeku blogspot.com. Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari halaman ini.Ini bertujuan untuk keselamatan dalam kebebasan menulis.Terima kasih.
PERHATIAN
1. Jasadbeku.blogspot.com TIDAK bertanggungjawab terhadap semua komen yang dihantar pembaca dan diterbitkan semula di blog ini.
2. Komen 'anonymous' TIDAK akan disiarkan. Sebarang komen yang menyinggung rasa dan bersifat serangan peribadi menurut tafsiran Jasadbeku.blogspot.com juga tidak akan dilayan.
3. Muatan, catatan, entri, pandangan peribadi Jasadbeku blogspot.com TIDAK mewakili pandangan mana-mana pihak.
2. Komen 'anonymous' TIDAK akan disiarkan. Sebarang komen yang menyinggung rasa dan bersifat serangan peribadi menurut tafsiran Jasadbeku.blogspot.com juga tidak akan dilayan.
3. Muatan, catatan, entri, pandangan peribadi Jasadbeku blogspot.com TIDAK mewakili pandangan mana-mana pihak.
02 Oktober 2011
Iblis
"..bermula
dengan keengganan Iblis untuk tunduk kepada Adam, maka tercetuslah
perpecahan dan permusuhan berpanjangan bersama peredaran zaman, manusia
merebut takhta kerajaan di muka bumi."
nota ; harus ingat, Iblis tidak pernah putus asa.
Dapatkah Menunda?
"Dapatkah menunda kisah yang ditempuh agar tidak berlaku? Tak bisa bukan.kita biasa-biasa bukan luar biasa.Ya,manusia sememangnya sering alpa dan tersasar.Jadi apa mahumu,manusia?."
Surat Khabar
"..kemudian
membaca surat khabar-orang ramai sakit jiwa; pisau di dada, mati
dirempuh lori, anak kecil dalam mangkuk tandas, pil-pil kimia sarat
kepala, seksi itu biasa, tumpuan hotel murah, guru didakwa, hulur kertas
bawah meja, pelajar tendang guru, isteri lari, kami kebulur, artis role
model, gaji bila naik?,mereka tipu kami, sah cerai, mabuk hingga pagi.
Muka depan; politikus " beras dan gula
akan sampai ke rumah tuan puan jikalau mengundi saya.Kita mesti bersatu
memerangi kemungkaran! Berjuang sehingga titisan terakhir!".
.............................. ....................kelip-keli p mata, langsung tak faham, esok terpapar lagi.Lusa pun sama.Seterusnya sama juga.
tanya ; apakah? kenapakah? manusia atau robot?.
Semakin Berlari
"..semakin berlari ke arah depan ; bulan, matahari bintang dan binatang rutin dengan peranannya, manusia pula lemas dalam peranannya."
Apa Khabar Palestin?
"..melihat
anak-anak kecil berlari riang mengejar rama-rama, aku turut tersenyum
seperti akulah ibu mereka lagaknya.Damainya Malaysia."
tanya ; Apa khabar anak-anak Palestin?-Mengejar peluru atau dikejar peluru?
Tenggelam
tak semena-mena teringat kata-kata Luqman al-Hakim;
"...dunia ini adalah lautan yang dalam dan ramai manusia tenggelam di
dalamnya. Oleh kerana itu, sediakanlah perahu untuk berlayar di
atasnya.Perahu tersebut ialah takwa kepada Allah."
"Apakah aku
dan kamu yang mentafsir akan kata-kata ini sedang asyik dalam dasar laut
itu?.Lemas dalam diam barangkali?" monolog.Pandang jauh-jauh.
Apa Kalian Cari
"..ketika semalam merenung bulan, tak semena-mena berbicaralah ia, katanya ada teka-teki untuk manusia yang berakal ; manusia matinya bila-bila sahaja tidak pula diketahui oleh akal manusia, dalam kesempatan sebelum kesempitan hidup, apa kalian cari?."
nota; setelah membaca karya Dongeng Pascamerdeka & Apa Kau Cari -Azman Hussin
Kelkatu
"..ketika mengejar cahaya, segerombolan kelkatu gugur sayapnya .Kalian manusia mengejar apakah sehinggakan terpijak kaki lawan dan kawan?
30 September 2011
Senyum
"
Eh, senyum aku mahal! Aku tersenyum pada mereka yang melemparkan senyum
sahaja." Lantang bicaranya.Aku terkedu.Satu dua tiga empat lima enam
saat-sepi.
"Begini, kawan.Untuk mengubah bentuk bibir tersenyum
hanya memerlukan sesaat, tetapi memberi kesan lama yang luar
biasa.Seperti setitis air untuk mereka yang di Sahara, seperti udara
untuk mereka yang kelemasan, seperti semangat untuk mereka yang
berjiwa kacau, seperti susu ibu untuk anak kecil kelaparan dan bla bla
bla bla.Luar biasa sungguh senyum!" Dibiarkan asap beredar sepi.Satu dua
tiga empat lima enam saat-sepi lagi.
Kemudian kami tersenyum. Ada
damai dalam hati seakan-akan mengalir perlahan seperti air membasahi
dataran hati kami yang tandus.
nota; hari ini hari aku mahu senyum, hari esok belum tentu ada kesempatan."
29 September 2011
Pembetulan
Ingin
aku menjerit" Membesar dengan belaian alunan Iron Maiden adalah suatu
kisah yang epik, dan penantian selama 19 tahun telah berakhir!".
" Abe dah berkesempatan melihat Iron Maiden dengan mata sendiri, Abe
Dan.Ya, Steve Harris sungguh hebat seperti Abe Dan pernah katakan suatu
masa dahulu!. Tapi Abe Dan, kita kena akui Allah lagi maha hebat kerana
masih beri kesempatan kepada Steve Harris!", antara ayat yang mungkin
akan terpancul keluar dari bibirku jika masih berpeluang menatap mata
arwah.
nota ; ada sedikit penambahbaikan. ternyata waktu muda
masa berapi-api, semoga tidak lagi mengikut panasnya api, sepatutnya
mengikut indahnya cahaya.
Matanya Merah
dari depan; ada seorang teman,
matanya merah dan lemah dia berkata padaku;
"semalam yang ditinggalkan penuh lumpur, likat! pekat!
jika hidup seperti lukisan, aku pelukis tak tahu melakar!"
dari belakang, ada suara memanggil namaku
lantas toleh dan cari-.kosong! kosong! kosong!
Aku berpaling ke depan semula-terpacak-kaku.
terkesima ;
teman matanya merah dan lemah itu tadi; -aku.
wan swad-klang 28/9/2011
dinding
mahu lari terus berlari deras, khuatir kepenatan
mahu lena dan terus terbuai, khuatir ketinggalan
Ya! aku memutuskan untuk;
depan-belakang-kanan-kiri-atas -bawah,
enam dinding yang kosong-sepi-sendiri
pada ruang kesepian;
"jiwaku kuserahkan pada-Mu wahai maha mengetahui.
nota ; sahabat, jika jiwa dapat dilukiskan, aku adalah pelukis paling teruk, sebab aku tak tahu apa aku lukiskan.
21 September 2011
Dalam Merahnya Darah
"..dari rumah.Nama saya Ali. Kamu?" tanya."Saya Ah Meng dan ini kawan saya, Muthu!" balas." Ayuh,kita main sepak- sepak bola, tak mahu sepak-sepak kaki." Mereka pun berjalan seiringan sambil berdendang riang lagu Hoi Hoi Hoi Tiga Sekawan.
nota : dalam merahnya darah, mereka bersatu!
20 September 2011
Keputusan
"..lembah ini keras, jalannya berduri, langkahku longlai, akalku lesu."
"..buka mata pada waktu pagi, kita sering membuat keputusan untuk mandi, makan, bersenam dan aktiviti-aktiviti lain. Kita membuat berpuluh-puluh keputusan setiap hari tanpa menyedari keputusan-keputusan yang kita buat secara langsung.Berapa pula jumlah keputusan yang telah kita pilih selama usia kita sekarang?.Tak dapat tidak, kita akan tetap memilih sesuatu keputusan sama ada kita berfikir terlebih dahulu atau sebaliknya.Malahan memilih untuk tidak berfikir itu juga suatu keputusan.Setiap langkah dalam kehidupan ini,.....maaf, saya tidak dapat habiskan/teruskan kerana akal saya memutuskan tidak meneruskannya."
nota : saat ini, penulis memilih untuk berhijrah.
"..buka mata pada waktu pagi, kita sering membuat keputusan untuk mandi, makan, bersenam dan aktiviti-aktiviti lain. Kita membuat berpuluh-puluh keputusan setiap hari tanpa menyedari keputusan-keputusan yang kita buat secara langsung.Berapa pula jumlah keputusan yang telah kita pilih selama usia kita sekarang?.Tak dapat tidak, kita akan tetap memilih sesuatu keputusan sama ada kita berfikir terlebih dahulu atau sebaliknya.Malahan memilih untuk tidak berfikir itu juga suatu keputusan.Setiap langkah dalam kehidupan ini,.....maaf, saya tidak dapat habiskan/teruskan kerana akal saya memutuskan tidak meneruskannya."
nota : saat ini, penulis memilih untuk berhijrah.
19 September 2011
Cantik
"..sinar matanya cantik, ulas bibirnya cantik, alis keningnya cantik, tajam hidungnya cantik, bentuk tubuhnya cantik, semuanya cantik belaka!.Bukankah cantik itu terlalu subjektif! Cantik pada matanya mungkin, barangkali tidak pada mata orang lain."
"Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)
12 September 2011
Kejahilan dan Kesombongan
"..antara punca yang menyebabkan syaitan mudah masuk ke dalam diri manusia ialah kerana kejahilan. Jahilnya seseorang memudahkan syaitan yang berdiri terkangkang menggoda dan menyesatkan manusia. Lebih dahsyat, manusia jahil yang merasa dirinya sudah pandai. Bodoh berkudis sombong." jelasnya.Aku diam tertikam dan cuba memahami.
nota ; perihal kejahilan dan kesombongan.
Kejahilan itu Musuh
"... apabila terkesan wujud kesamaran yg memungkinkan dua atau beberapa tafsiran, aku memilih untuk diam dan mencari kebenaran terlebih dahulu."
nota ; kejahilan itu musuh
03 Ogos 2011
Yusuf Islam
Cat Stevens yang bertukar menjadi Yusof Islam, masuk Islam kerana sebuah buku “Terjemahan Al-Qur’an”, yang diterjemahkan oleh A. Yusof Ali.
Abang Cat Stevens adalah seorang paderi yang cukup kuat Kristiannya. Tiba-tiba abangnya masuk Islam. Pada mulanya Cat Stevens terkejut, dia terfikir bagaimanakah seorang paderi boleh masuk Islam. Akhirnya dia menyimpulkan bahawa abangnya jenis orang gila, sekejap kuat agama Kristian, kemudian menjadi penganut agama Islam pula.
Cats Stevens terus menjalani hidupnya sebagai seorang penyanyi, sibuk dengan pertunjukan pentas sana sini. Pada satu hari, ketika hari jadinya, abangnya yang telah masuk Islam datang ke rumahnya ketika Cat Stevens sedang mengadakan parti hari jadinya. Abangnya mengucapkan selamat hari jadi dan terus menghadiahkan satu bungkusan dan berkata “Benda ini benda suci, tolong letakkan di tempat suci dan jangan kamu hina.” Dia pun ambil dan letakkannya di meja bilik tidurnya.
Setelah habis pesta hari jadinya ketika dia mahu tidur, dia teringat dengan bungkusan yang diberikan oleh abangnya. Apabila dia buka bungkusan tersebut, itulah pertama kali dia terlihat sebuah buku dengan perkataan di kulitnya THE HOLY QU’RAN (Kitab Suci Al-Qur’an). Apabila dia melihat sahaja kitab itu dia terasa sesuatu yang ganjil dalam hatinya.
“Aku buka buku dan aku cuba baca maknanya yang terdapat dalam Bahasa Inggeris, dari satu perkataan ke satu perkataan, dari satu ayat ke satu ayat, aku baca! Baca! Baca! Aku terasa satu macam dalam diriku. Aku tak tahu bagaimana nak gambarkannya tetapi aku memang rasa satu macam. Bermula dari situ, ke mana saja aku pergi, baik ke pertunjukkan pentas atau latihan muzik atau ke mana saja, aku bawa buku itu, aku bawa dalam beg pakaianku. Apabila selesai pertunjukkan pentas, balik ke hotel aku akan sambung baca. Begitulah dari semasa ke semasa.”
Akhirnya Cat Stevens memasuki agama Islam dan menjadi penganut agama yang begitu taat sehingga dia menjadi pendakwah Islam pula sehingga sekarang ini. Namanya Cat Stevens juga ditukar kepada Yusof Islam.
Begitulah keadaannya apabila seseorang itu memahami Islam sebelum masuk Islam. Dia memahami setiap seelok-belok dan hukum Islam serta hati sanubarinya benar-benar yakin dengan Islam, barulah dia masuk Islam. Apabila sudah yakin, imannya tidak bergoyang.
Sumber : http://malay.bismikaallahuma.org/kisah-penyanyi-rock-inggeris-masuk-islam/
07 Julai 2011
Si Kecil Terkebil-kebil
"..turunkan anak di pagar sekolah, terus meluncur pergi mengejar tuntutan dunia.Ini tahun 2000, semua orang berkejaran ke bulan mungkin.Si Kecil terkebil-kebil mencari arah yang tak pasti.Kadang-kadang terjun longkang."
05 Julai 2011
Emosi
"..dalam khusyuk memikul cita-cita besar, kadang kala hanyut jua akal dalam gelora emosi .Tahu.Cuma ada ketika patah layarnya."
Peristiwa 28 Jun 2011 dalam saluran akal.
nota : diari insan khilaf.
29 Jun 2011
25 Jun 2011
Bisu, Lesu dan Kaku
Lantas memetik suis televisyen,duduk bersama kakak yang sibuk membaca majalah. Berita sensasi artis yang mengkhusyukkannya.Jasad-jasad yang mengiurkan dan bisa mengelorakan darah muda untuk klimaks. Majalah hiburan Melayu ( Melayu yang sudah hilang kemelayuannya) tempatan yang aku rasakan tidak langsung memberikan fokus pada nilai dan mutu indahnya karya seni. Itu hanya kudis buta yang timbul di permukaan kulit yang sudah sekian lama buruk. Itulah yang menjadi kegilaan sidang pembaca masa kini. Aku berpendapat tahi kambing lagi bermanfaat dengan memberikan jasa kepada tumbuh-tumbuhan berbanding majalah sedemikian yang hanya membawa manusia ke dunia khayalan yang dicipta sendiri. Tren lebih penting mungkin?. Apakah yang sebenarnya mereka cari?. Mereka lebih gemar memaparkan kisah diri berbanding karya seni. Itulah yang menjadi kegilaan pada dewasa ini. Aku dibiarkan keseorangan dalam duniaku sendiri. Aku menggelintarkan khayalku sambil cuba memahami drama yang dilakonkan orang-orang kaku berlatarkan kebendaan dan keduniaan. Arghhhhh masih sama sahaja! Si gadis berpakaian seolah-olah bertelanjang!. Kelihatan buah dada dan punggung terserlah dengan jelas.Dialog yang penuh dengan "I" dan "You". "I love you, I love kayu," bisik hati kecilku yang sememangnya kecil dan lemah. Lalu mendakap gitar Jackson ,aku cuba memejamkan mata dengan harapan dapat lena,biarlah terjaga esok harinya aku tidak lagi seperti hari ini.Bisu,lesu dan kaku.
Jasadbeku a.k.a Wan Slaughter
24 Jun 2011
Kawan dan Tahi
Arwah ayah pernah berpesan; "Jangan sesekali membuang kawan, kerana kita dijadikan untuk saling mengenal akan perbezaan dan saling menyayangi." Sesekali aku terfikir ; Bagaimanakah pula jika kawan itu yang tergamak memcampak kita?"
Resah
"...datang tanpa diundang, pergi tanpa disuruh, hilang lenyap di celah-celah rekahan tuntutan nafsu, tinggalkan parut setelah luka parah pada dataran hati nadi"
" ....sedang memupuk keikhlasan untuk memaafkan, tak sanggup untuk membenci yang akhirnya mencipta resah gelisah tak berpenghujung."
"...semoga kedamaian menghembus lembut pada wajah kita"
" ....sedang memupuk keikhlasan untuk memaafkan, tak sanggup untuk membenci yang akhirnya mencipta resah gelisah tak berpenghujung."
"...semoga kedamaian menghembus lembut pada wajah kita"
Perihal Keegoaan
"....keegoaan hanya membiarkan masalah semakin melarat berkarat! Lunturkanlah tompok-tompok keegoan itu.Biar damai seluruh penghuni bumi!.Bukankah kita sedar nafas ini bila-bila masa bisa terhenti? Ya, kadang-kadang kita alpa!"
Nota 5
Tak semena-mena, mata menyusuri aksara dan akal mentafsir:
Terima kasih kerana meminjamkan kami buku ini.Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana banyak membantu kami sepanjang berada di sini.Kami juga rasa terharu dengan segala bantuan dan sokongan yang diberi oleh cikgu.Keriangan, keramahan, gelak ketawa, usik mengusik dan ‘cinta resah ' serta jiwa kacau akan menjadi kenangan buat kami semua.Kami ingin memohon maaf sekiranya kami ada berbuat salah, terkasar bahasa dan menyinggung perasaan cikgu selama ini.
Yang Ikhlas
KAMI
p/s : Kalau kami add FB cikgu, approve la, jangan sombong..nanti kita jumpa lagi dalam bulan Julai
(harap masa itu, cikgu tak merokok lagi..ehehe)
Nota kaki : terjumpa dalam helaian novel BERUK karya Azizi Abdullah.
“ Lain akal lain cara.Mungkin itu cara kalian menghargai tentang persahabatan.Coraknya tak sama, tetapi saya terima.Ketidakselesaan saya bukanlah kritikal tahap memualkan, hanya terguris halus pada permukaan hati, usah dikhuatiri hanya beberapa detik sahaja akan sembuh seperti sebelumnya Sesungguhnya saya tak pernah rasa marah Cuma sedikit terkilan dengan secebis janji telah terkoyak.Tidak juga timbul benci, kerana saya faham sudah, sejarah dunia telah berkurun lamanya sudah melihat manusia mempersendakan perihal janji,” Ujar hatinya sendirian.
“ Mungkin suatu masa, kita bertemu dan bergelak ketawa lagi, biar deraian tawa itu bisa melenyapkan calar kecil itu.Bukankah kita manusia sememangnya sering melakukan kesilapan dan kesalahan ? Ini hal tipikal yang sering malahan akan terjadi dalam sedar atau tidak.Abaikannya.” Halus bisikannya berharap akan kesejahteraan.
21 Jun 2011
Guru
Imam Syafie RH sudah menunjukkan kita mengenai akhlak dengan guru. Imam Syafie menobatkan seorang kafir sebagai gurunya, kerana telah mengajar tentang cara mengenalpasti jantina anjing berdasarkan cara binatang tersebut membuang air. Nah, apatah lagi guru-guru yang mendidik dan memberi kita ilmu yang lebih penting, ilmu-ilmu yang memanusiakan kita?
29 Mei 2011
Gila
"Bukankah lidah sememangnya tak bertulang?.Kenapa harus lidah dipersalahkan sedangkan akal sudah lama dikurniakan dengan lengkap sistemnya yang masih utuh? Kecuali setelah kamu sudah gila!"Ujarnya lantas berlalu.
Langgan:
Catatan (Atom)