Notis Hak Cipta

© Jasadbeku blogspot.com

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini perlulah mendapat izin daripada Jasadbeku blogspot.com. Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari halaman ini.Ini bertujuan untuk keselamatan dalam kebebasan menulis.Terima kasih.

PERHATIAN

1. Jasadbeku.blogspot.com TIDAK bertanggungjawab terhadap semua komen yang dihantar pembaca dan diterbitkan semula di blog ini.

2. Komen 'anonymous' TIDAK akan disiarkan. Sebarang komen yang menyinggung rasa dan bersifat serangan peribadi menurut tafsiran Jasadbeku.blogspot.com juga tidak akan dilayan.

3. Muatan, catatan, entri, pandangan peribadi Jasadbeku blogspot.com TIDAK mewakili pandangan mana-mana pihak.

24 Jun 2009

Kembara Seniman Jalanan 1986




Kembara Seniman Jalanan adalah sebuah filem Malaysia yang diarahkan oleh Nasir Jani dan M.Nasir selaku penulis skrip.Dibintangi oleh M.Nasir,Pyan Habib,Imuda,dan beberapa artis dan kumpulan muzik rock/blues tempatan. Berkisar tentang seniman yang menentang lanun cetak rompak.Filem yang ditayangkan kepada umum pada Februari 1986.(Tahun 1986?,aku masih belajar merangkak). Tidak pernah aku rasa bosan layan filem ini. Hari ini sudah ke 9 kali aku layan. Suka watak Osman Tikus bersahaja mengkritik secara halus tetapi tajam. Anda tidak membuang masa jika melayan filem ini daripada melayan filem Gol&Gincu, Mami Jarum, dan Jangan Pandang Belakang.

Bujang : Sesat di Kuala Lumpur, dosa pahala bercampur..
Osman Tikus : Brader,kita perlu terus hidup..

Extreme Aggression







Extreme aggression
From an extremely insane mind
Resting unconscious
Pushed up by white lines
Inhuman violence
I never thought it would come this far
Sadistic intensions
My greed for blood is growing more
And more



Extreme aggressions
Seeing you suffer bring pleasure to me
Extreme aggressions
My aggressions became to extreme to be
Kept under control

Hallucinations
From the darkest part of my brain
I still can't believe it
I'm really insane
I heard you pleading
But no one hears the screams
Of this soul of mine



Society, what have you done to me
Society, bring you to your knees

Once before I die
Now that I have lost the will to live
Once before I die
I'll take revenge on
Those who's led me to

Extreme aggressions
My emotions, twisted by your lies
Extreme aggressions
Condemned my soul to hell for all time

Artist: Kreator
Album : Extreme aggression

18 Jun 2009

Suara Seni Rakyat



Jika kelapangan masa,datanglah beramai-ramai.

17 Jun 2009

10 Tahun Sebelum Merdeka




10 Tahun Sebelum Merdeka
sebuah filem dokumentari oleh Fahmi Reza
http://10tahun.blogspot.com

20 Oktober 1947 merupakan hari bersejarah dalam perjuangan berperlembagaan rakyat Malaya menuntut kemerdekaan dari penjajah British. Filem dokumentari pendek ini menceritakan pengalaman yang dilalui oleh 5 individu yang turut serta dalam perjuangan politik kiri untuk membentuk sebuah gerakan kemerdekaan rakyat di Malaya, sepuluh tahun sebelum merdeka.

16 Jun 2009

Telah Mati Sebelum Mati

Jasad lesu dan kaku
Mata menatap lesu
Bibir terkunci rapi
Hati berbicara sepi

Telah mati sebelum mati


Jasadbeku
170609
Bandar Puteri,Klang

Jari

Jari;
Telunjuk lurus kelengkeng berkait
Telunjuk ini mencucuk mata ini
Sakit aku perit

jasadbeku
170609

Tanduk di Kepala

Sudah leka tanam lalang, usah bermimpi tumbuh padi
Tanah lembah kandungan air,kayu bengkok titian kera
Tangan itu mencencang, bahu itu juga memikul
Tanduk di kepala tidak dapat digelengkan

Antara Ada dan Tiada

Bibir ini;
Ada terukir senyum
Meskipun tak ingin tersenyum
Senyum juga

Dan waktu;
Terus asyik berlalu
Mengalir dalam arus jitu
tanpa bicara

Dari mata;
Wajah ini ada
Namun aku tiada.


Jasadbeku
140609
Pasir Mas,Darul Naim

21 Mei 2009

Aaarrrggghhh!!!

Aaarrrggghhh!!!
"Itu bukan angkara aku"
Sukarnya manusia untuk mengaku,
Setelah meninggalkan tahi di jalanan.


Jasadbeku
200509
Bandar Puteri,Klang



Nota:Untuk pengkhianat yang membunuh jiwa dengan sengaja atau sebaliknya.

19 Mei 2009

Anak Kecil di Kota Binasa


Di kota binasa
Anak kecil itu berdiri
di antara:
laluan peluru-peluru yang bebas
jasad-jasad kaku bergelimpangan

Pada kaca matanya
Ada sinar mengerdip lemah
Mengintai kemungkinan sudut lain
Sukarnya berdiri di tanah sendiri

Jasadbeku
190509

Bila Anak Kecil Menulis










Nota: Pertama kali baca, aku tergelak tanpa belas kasihan. Namun ketika direnungkan kembali, ternyata ini adalah satu luahan jujur dalam bentuk penulisan dari seorang anak kecil. Sedih tetapi benar..

17 Mei 2009

Terima Kasih,Cikgu




A B C
1 2 3
Alif Ba Ta
Semua bangun,
Terima kasih,Cikgu





_Jasadbeku
Cheras
16 Mei 2009



Nota: Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik secara langsung atau tidak langsung.Jasamu dikenang selamanya.

14 Mei 2009

Lagenda Bob Marley



You can fool some people sometimes,
But you can't fool all the people all the time.
So now we see the light,
We gonna stand up for our rights!

_Bob Marley

08 Mei 2009

Mati

Bila-bila
Dan
Tika ini menanti mati
Mati pasti


Jasadbeku
7.22pm
8/5/09
Bandar Puteri

03 Mei 2009

Malaysia Maju

Kugiran : FTG
Judul : Malaysia Maju



Malaysia
Makin makin makin maju
Tapi..bangsa kita
Makin makin makin layu

Gila nama
Gila gila gila kuasa
Dengki kianat
Fitnah sama sendiri

Jangan..ikut
Resam resam resam lama
Gadai tanah
Gadai gadai gadai harta

Satu hari kita akan rugi
Sampai masa hilang hilang negeri

Kita hidup
Hidup biar biar sederhana
Jangan tamak
Nanti kita
Kita kan sengsara

Apa..erti
Erti kemajuan
Mana dia..
Mana dia dia keadilan

Orang kaya..
Makin kaya
Orang miskin..
Naik naik intrakota

Jangan hidup
Buat buat buat dosa
Tipu sana..
Tipu tipu tipu sini

Sedar diri
Hari-hari yang berlalu
Bila mati
Masuk masuk neraka!


Nota: Aku suka lagu ini.Jujur dan berani! Tidak pula lagu ini di gam dari keluar corong radio.Kemungkinan mereka turut mengakui kesahihan realiti seperti dalam lirik ini. Kalian saudara FTG ( Freedom That's Gone) bernasib baik kerana tidak disumbat ke dalam Pusat Tahanan Kamunting di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. Malaysia Maju trek yang pertama dalam album AKU TAK PEDULI.Lagu ini sesuai untuk menjadi iktibar kepada mereka yang mempunyai kepentingan diri dengan menjahanamkan tanah air sendiri. Sebuah karya keras bukan dari mereka yang bertali leher mengaku
wira negara. Spirit to rebel!!

Coretan Dinding Juga Mengerti




Lokasi: Berhampiran Stesen LRT Pasar Seni

Seniman Jalanan



Di Mata Air Tidak Ada Air Mata

Memetik gitar dan bernyanyi
Pada waktu tak bertepi
Di atas langit di bawah tanah
Di hembus angin terseret arus
Untuk saudara tercinta
Untuk Jiwa yang terluka

Tengah lagu suaraku hilang
Sebab hari semakin bising
Hanya bunyi peluru di udara
Gantikan denting gitarku
Mengoyak paksa nurani
Jauhkan jarak pandangku

Bibirku bergerak tetap nyanyikan cinta
Walau aku tahu tak terdengar
Jariku menari tetap takkan berhenti
Sampai wajah tak murung lagi

Amarah sempat dalam dada
Namun akalku menerkam
Ku bernyanyi di matahari
Kupetik gitar di rembulan
Di balik bening mata air
Tak pernah ada air mata


_Iwan Fals

Nota: Terima kasih kepada saudara Nik@Zamri bin Mat Jidan ( seniman jalanan di Central Market) kerana memperkenalkan aku tentang Iwan Fals. Walaupun bukan pada zaman aku, mengenal Iwan Fals seperti ada sesuatu yang terdetik di hati ini bila menghayati bait-bait liriknya.




Garisan Abstrak

Semusim berjanji
Bersemilah
Dibelai angin senja
Ketawalah
Percaya pada cinta
Percayalah
Ku minta kau disini
Temani aku


Korus:

Tiada lagi apa yang ku inginkan
Kerna ku tahu
Cintamu tertanam
Di lembah jiwa
Yang sunyi dan dalam

Namun aku sering saja
Tersasar darimu
Pintaku
Ku temui jawapan
Peduli ku tak peduli
Halilintar menyapa
Turunlah wahai hujan
Basahi jiwaku


Peduli ku tak peduli
Halilintar menyapa
Turunlah wahai hujan
Basahi jiwaku


_Nik@Zamri bin Mat Jidan




Baru-baru ni di uptown ketika aku sedang busking(mengamen)datang la juak2 dari JKM(jabatan kebajikan masyarakat)konon nya nak menahan aku la gaya nya tu tapi mana boleh beb aku bukan boneka yang bole dijadikan permainan untuk budak2..bicaranya begini

JKM:bole tanya sikit?dah berapa lama buat keje ni?

AKU:dah lapan tahun

JKM:kenapa main musik kat jalan?

AKU:aku punya suka la! nak main musik kat mana pun,tuhan pun tak marah aku nyanyi kat jalan,apa kau nak sibuk.aku pun dah main kat hotel2, function orang kawin,depan dolah hadari tu pun aku dah perform.apa?salah ke aku buat keje ni?

JKM:kenapa tak cari kerja lain je?

AKU:buat pengetahuan kau dah macam2 keje aku buat tapi aku suka musik jadi aku main musik
la.

JKM:kalau bisnes burger nak?

AKU:kau kasi modal,tapak dan gerai la" aku bole buat"(sebenarnya aku dah lali dengan burger
ni sbb dulu memang aku bisnes burger tapi jiwa lebih kepada musik,kalau tak aku tak
buat operation la jari aku ni kerana semata mata nak main gitar)

JKM:kenapa tak mintak bantuan kat jabatan kebajikan?

AKU:huh tak payah la kau nak ajar aku tu semua aku dah cuba tapi tak pernah dilayan pun,bukannya aku mintak banyak,cuma supply sound sistem yang murah2 pun dah ok,bukan nya aku mintak yang sepuloh ribu.kalau nak bukak kedai kang macam2 nak nya..cari kedai sendiri,kena daftar syarikat sendiri,aku mana ada duit nak buat tu semua dan aku tak punyai kepandaian dalam bidang tu semua jadi kau kena tolong la.lagi satu aku dah malas nak pegi kat tingkat 10 tu lagi, menunggu punya lama,pegawai yang buat keje sorang yang lain main game, ikut hati nak aje aku terajang diorang tu,dah la orang yang menunggu ramai.kalau aku pegi ke gereja dah tentu aku dapat bantuan punya.jabatan ni cuma indah kabar dari rupa.

haha yang best nya hari tu pulak aku pakai baju Rashid Maidin yang bertulis "...tunku mengakui peranan penting perang gerila yang kami lancarkan dalam mencapai kemerdekaan malaya"-Rashid Maidin

JKM:oooo awak ni pengikut Rashid Maidin la ya?

AKU:memang!dan bagi aku rashid maidin ni adalah lelaki melayu terakhir dan samsiah fakeh pulak adalah wanita melayu terakhir!bukan nya normala samsudin, perempuan sundal tu tak layak digelar wanita melayu terakhir pun..apa jasa mala pada negara?berpakain seksi nampak lurah dada tunjuk peha,BUAYA darat memang suka la hahahhahaaaaaaaaa bongok!

JKM:jom ikut kitorang

AKU:Pegi mana?apa yang aku dapat kalau aku ikut korang?korang bole bagi aku duit?kalau tak
ada apa yang korang boleh bagi nak buat apa aku ikut!

JKM:Ok kalau tak nak ikut kena nyanyi lagu hotel california

AKU:Bagi la duit"aku jual suara,kalau nak dengar bayar la!

JKM:ooo kena bayar?seringgit boleh buat pegi minum tu

AKU:kalau macam tu simpan duit seringgit kau tu pegi minum, aku pun malas nak layan kau baik aku keje.

Juak2 JKM yang bongok tu pun balik la dengan muka yang separuh senget dan otak yang dah tersumbat dan aku terus mengamen(busking)


Nota: Petikan dari tulisan saudara Nik@Zamri bin Mat Jidan
http://nikbinjidan.blogspot.com/
http://www.myspace.com/binjidan

Menunggu Kata Dari Tuhan


1hb Mei 2009_ Teater Menunggu Kata Dari Tuhan karya Dinsman berdasarkan hadis sahih Riwayat Bukhari dan Muslim, daripada Abdullah bin Kaab. Lakonan solo Sabri Yunus sepenuhnya di ruang pentas kecil. Turut menambahkan nilai estetika teater ini,alunan biola Sani Sudin yang kreatif menggunakan kemahirannya mengikut rentak plot teater ini. Gaya persembahan monolog Sabri Yunus selama 45 minit itu berjaya membuatkan aku seakan berada di tanah Madinah.

Sepanjang perjalanan pulang,aku tertanya adakah aku semakin menghampiriNya atau semakin jauh dari mengenaliNya? Terdiam memikirkan kembali perlayaran aku merentas ruang hidup sementara ini.

Sumpahan Mahsuri di Istana Budaya



Batu penanda tentang kematian Mahsuri.

30hb April,aku dan kawan menyaksikan Teater Mahsuri arahan Fauziah Nawi di Istana Budaya. Tiada apa-apa yang menarik dalam teater ini selain keindahan props di Istana Budaya.Aku tidak merasa apa-apa semasa menyaksikannya.Mungkin kerana ini adalah teater muzikal,kurang menekankan aspek perjalanan dan penghayatan cerita. Cuma ada satu babak yang membuatkan aku cukup tersentuh dengan dialog atau skrip sumpahan Mahsuri(lakonan Vanidah Imran) sebelum ditikam mati. Lantas fikiran aku cuba membayangkan Mahsuri pada zamannya.Mahsuri telah menjadi mangsa kekejaman angkara fitnah. Sebak.Sedih.


Fitnah
Ketika pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II ibni al-Marhum Sultan Ziyauddin Mukarram Shah (1803-1843), hubungan Kedah-Siam menjadi keruh. Mahsuri hamil ketika Wan Derus keluar dari Langkawi (tidak diketahui tujuannya tetapi sumber menyatakan beliau berperang dengan tentera Siam di Kuala Kedah). Sepeninggalan beliau, Mahsuri dikhabarkan tinggal bersama ibu bapanya. Ketika waktu tersebut, Deramang, seorang penyair kembara (sesetengah sumber mengatakan beliau peniaga) singgah di Langkawi. Kebolehannya menambat hati penduduk Langkawi lalu dengan ehsan ibu bapa Mahsuri, Deramang tinggal di rumahnya untuk mengajarkan syair dan dendang.
Kepandaian Deramang dalam bersyair menaikkan nama Mahsuri sebagai tuan rumah dan menimbulkan kecemburuan Wan Mahura, ibu mertuanya sebagai isteri pembesar pulau Langkawi. Kelahiran anak Mahsuri, Wan Hakim, mencetuskan fitnah apabila Wan Mahura menuduh Mahsuri bermukah (melakukan hubungan sulit) dengan Deramang.
Atas sebab itu, Mahsuri dan Deramang ditahan dan dijatuhkan hukuman bunuh oleh bapa mertuanya sendiri setelah termakan hasutan isterinya. Tanpa menunggu Wan Derus pulang, Mahsuri dan Deramang di bawa ke Padang Matsirat, pusat Langkawi ketika itu, untuk dijatuhkan hukuman. Mahsuri diikat di sebuah batang pokok dan ditikam dengan tombak. Menurut lagenda, tombak yang digunakan tidak dapat menembusi tubuh Mahsuri. Akibat terseksa,Mahsuri mendedahkan bahawa dia hanya dapat ditikam dengan tombak sakti (terdapat pihak yang menyatakan bahawa senjata itu adalah keris) yang terdapat di alang rumahnya.

Kata-kata terakhir Mahsuri amatlah masyhur apabila ia seringkali diulang dalam mana-mana persembahan. Ayat-ayat terakhir Mahsuri adalah berupa sumpahan untuk tidak menghalalkan darahnya jatuh ke bumi kerana beliau mangsa fitnah dan mengutuk pulau Langkawi untuk tidak tenteram dan permai ibarat padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan.
Walaupun dipujuk dan dirayu ibu bapa Mahsuri, hukuman tetap dijalankan dan Mahsuri dibunuh tanpa dosa yang dituduh. Menurut lagenda, Mahsuri mengalirkan darah berwarna putih hanya kerana kata-katanya yang tidak menghalalkan darahnya jatuh ke bumi. Deramang turut dibunuh kemudiannya walaupun bertindak ganas. Mahsuri dikebumikan oleh ibu bapanya bersebelahan dengan harta tebusan yang ingin digunakan untuk menebusnya. Mahsuri dikatakan meninggal pada tahun 1819 Masihi bersamaan 1235 Hijrah.

28 April 2009

Seperti Sebelumnya

Seperti sebelumnya
Ketika sinar purnama kian pudar
Mata belum bisa lena


Masih
Seperti sebelumnya
Sepi tanpa mimpi
Resah tak bertepi

_jasadbeku
29 Apr 09
4.50am

Anak Kecil Palestin

Sepucuk Surat Untuk Askar Israel



Kehadapan saudara askar Israel,
Semoga berada dalam kegelisahan
yang telah kalian ciptakan sendiri
Bukan tiada kudrat menentang kalian
Bukan tidak celik menghalakan senjata
Cuma aku mual melihat darah merah
Mengalir lesu pada wajah bumi


Jika tika ini,
Hanyir jasad
Air mata jernih
Mengisi segenap ruang kota kecil Palestin
Kalian masih berdiri megah menjulang panji

Kelak pasti,
Kalian rebah lemah meratapi diri
Dalam lurah-lurah api yang mengaum
Tiada daya dipadam dengan air mata .



_Jasadbeku
29 April 09
2.50am
Klang

KERANDA 152


KERANDA 152

Anak Melayu
Panas dadamu membakar baju
Kita arak keranda 152
Ke tanah perkuburannya Parlimen

Sepuluh tanah nafas ini terhenti
Hari ini jangan lagi menyanyi

Sebentar lagi malam akan tiba
Tiap pintu dan jendela sudah dijaga
Bayang-bayang tidak bisa lewat jalan raya

Anak Melayu
Namamu telah diseru
Jawablah
Sebelum lidahmu jadi bisu


Usman Awang (1967)

Matematik dan sains sebuah Keranda - Rahmat Haron


Tarikh tanda waktu, ingatan dan kenangan. Benar, hari itu tak ada yang dapat kujual. Benar, hari itu tak ada yang dapat kubeli. Tak ada urusniaga – masa tak dapat menjadi indeks dagangan.

Tanggal Sepuluh Rabiulawal tahun hijrah 1431, kalendar Gregoria 7 mac 2009, bulan dua tahun kerbau, hari 23 bulan Masi.



Nesan tanda kematian, nafas dan kehidupan sebuah KERANDA 152 - 3 Mac 1967,

42 tahun keranda berkubur sepi semadi dalam sunyi, hiba telah lama tertanam bersama isi perut dan kenyang hidangan di dewan petaka mengambus duka.

Kini kita melihat kengerian. Kesombongan Bebal Nasional mengeruk tanah kubur

mencari gali mencaci curi KERANDA 152. Jentera kuasa dan tajam kuku besinya mengorek menebak tubuh luka ibunda yang tua.

Kemudian kita melihat tanah telah dibongkar Kesombongan mencampakkan

kayu reput KERANDA 152, tulang-tulang bahasa budaya yang hancur. Kesombongan bukan mahu mengkaji DNA atau memasukkan data-data dan fakta untuk pro-fail dan anti-fail. Atau membawanya ke makmal mengkaji penawar, menguji benci, bukan itu hasrat Kesombongan.

Kita bersedih kerana pada saat-saat itu masih lagi mengkhayalkan yang tulang-tulang dan kayu reput KERANDA 152 itu mahu dibasuh mandi bersihkan dilangir wangian bunga-bunga cempaka, mawar, melati dan melur. Dijunjung dalam upacara pemakaman bersama keranda yang baru terukir awan larat dan pucung rebung.

Berat hujan, kita tambah sedih dan menangis. Tulang-tulang bahasa dan kayu reput KERANDA 152 diinjak-injak kasar kaki Bongkak bersepatu besi, diludah busuk lidah kesombongaN.

Mata kita tak terpejam. Kekejaman menyekang biji mata kita terjojol. Kemarahan mengudara. Kita mesti bergerak dan bertindak. Santun kita di balas pedih mata, loya tekak dan hiba dada.

Sains senjata kimia, begitu cepat pemerintah belajar cara menindas rakyatnya.

Tembakan peluru-peluru gas dan meriam meledakkan racun. Perisai dan belantan mesin. Kesombongan cuba mengertak. Tapi kita telah menjadi berani, kita telah kehilangan

Sedu Sedan Sendu Sedih Sayu.

Rakus berbangga, Kesombongan mengebom kayu reput KERANDA 152

dan serpih tulang-tulang bahasa yang telah tertanam begitu lama.

Bahasa aku

Bahasa engkau

Bahasa kita di ALTANTUYA kan mereka!

Dan tentunya ini bukan bahasa mereka – bahasa mereka Bebal Nasional

Kerana bahasa kita

Adalah Bahasa Jiwa

Bangsa Merdeka!


_Rahmat Harun

26 April 2009

Diam Tertikam

Semalam aku telah mati
Diam tertikam
Kaku

Tiada juga maknanya,
jika langsung tidak mati.


Jasadbeku
5.34am
27 April 09
Bandar Puteri

23 April 2009

Selagi Titik Noktahnya Tiada

Segalanya ada hari ini
Esok lusa mungkin sebaliknya
Segalanya indah hari ini
Esok lusa mungkin sebaliknya

Segalanya bermula hari ini
Esok lusa belum tentu bernyawa
Kemungkinan itu akan berterusan
Terus hadir tanpa petanda
Selagi titik noktahnya tiada



Nukilan:
Jasadbeku
24 Jan 09
2.30am
Kamar Buruk
Bandar Puteri,Klang



*Dalam suatu taklimat insuran nyawa, dia berkata "Jangan lupa tarik nafas malam ini,mana tahu esok terus terpadam".Berderai gelak tawa hadirin memecah kesepian . Seperti biasa, akan kedengaran suara-suara nakal yang menambah kata-kata itu untuk mohon perhatian. Apakah mereka tidak faham atau sengaja tidak faham atau tidak ingin faham? .Mereka ketawa terus ketawa, aku terkasima sejenak dan berbisik pada diri"satu hakikat yang pasti"

19 April 2009

Tentang Dia dan Khatulistiwa



Masih segar dalam ingatan, sewaktu umur sekitar 12 tahun,aku selalu diperintah oleh abang aku untuk praktis jari jemari untuk memainkan lagu-lagu 60an dan lagu-lagu rock kapak ( Search,Wings,May,dan lain-lain) serta lagu Blues Gang. Antara lagu Blues Gang yang pernah dijadualkan untuk aku praktis ialah, Apo Nak Dikato, Oh Mama Saya Mahu Kahwin, Sakit Sakit Sakit, Naik Turun dan Khatulistiwa. Setiap kali aku mendengar lirik lagu Blues Gang,pasti aku tersengih kerana bagi pendapat aku ia seoalah-olah hanya satu lawak jenaka.Oleh kerana aku hanya berminat dengan bermain gitar tetapi tidak berminat untuk menyanyi (kerana suara aku sengau sedikit tapi macho ahaha),aku selalu dimarahi oleh abang aku.Katanya untuk lekas pandai untuk memahami tempo dan tinggi rendah nada ,aku perlu menyanyi sambil bermain gitar.Namun aku keras kepala seperti kerasnya batu karang di Lautan China Selatan.Mungkin kerana pada waktu itu aku sudah mula meminati band Iron Maiden dan Cromok yang agak keras muziknya dan lontaran vokal kemarahan yang cukup sifat seorang lelaki sejati.
Namun untuk menjadi gitaris,aku perlu juga mengikut apa yang telah dijadualkan oleh abang aku. Barulah aku sedar "bass line" dan solo Blues Gang itu amat susah untuk dimainkan dan amat sesuai untuk melatih memperlembutkan jari jemari aku. Mulai hari itu aku selalu bermain lagu Blues Gang. Sekali sekala, aku berjaya juga membodek abang aku untuk mengajar aku bermain lagu " A Number Of The Beast" _Iron Maiden, intro "Metallurgical"_Cromok dan "Heavy Chains_Loudness serta Smoke On The Water_Deep Purple.




Namun begitu lagu wajib yang perlu aku mainkan sambil menyanyi ialah Khatulistiwa_Blues Gang (rujuk video teratas). Pernah sekali aku tidur dengan mengikat jari aku menggunakan getah semata-mata untuk memberi daya tahan apabila memetik kord-kord yang sukar.Bila terkenangkan hal itu,secara automatik bibirku terukir senyum dan menggaru kepala walaupun tidak terasa gatal. Terbit perasaan malu pada diri namun itulah permulaanya rentetan aku setelah berkhayal seorang gitaris laksana pahlawan perkasa bersama sebilah pedang.Khayalan itu berlaku pada sekitar tempoh akhil baligh aku yang pertama.(Namun pernah sekali abang aku melahirkan rasa kagum apabila melihat aku memainkan lagu Tormentor_Kreator).


Jika dahulu aku tersengih sinis apabila mendengar lagu Katulistiwa ini, namun kini sebaliknya ,sering kali fikiran aku terbang melayang kembali pada tahun 1994, setiap jam 2 pagi bersama seorang abang, gelak tawa bersama, bermain gitar dan menyanyi bersama. Sekarang segala suara tawa, marah, lawak abang aku hanya tinggal kenangan dalam sudut hati terdalam aku. Terasa rindu saat jariku menerima jentikkan kejam darinya yang sering sahaja menjadi hukuman jika aku tersilap memetik kord lagu.Jika bukan kerana dia,aku mungkin tidak mengenal lagu-lagu Iron Maiden, Metallica, Loudness,Deep Purple, Scorpion, Mandator, Suffercation,dan kugiran-kugiran yang lain. Namun segalanya sudah menjadi ketentuanNya dari sejak azali lagi.Pernah aku bertanya "SIAPA AKU UNTUK MENIDAKKAN SEGALA TAKDIR YANG TELAH DITENTUKAN?" . Tiada hak untuk aku yang kerdil dan jahil mempersoalkan hidup mati makhlukNya.Tuhan lebih menyayangi dirinya. Arwah telah pergi tetapi Khatulistiwanya tetap terus ada. Al-fatihah kepada arwah yang telah kembali ke rahmatullah.Semoga rohnya dicucuri rahmat.Amin.


Khatulistiwa _Blues Gang

Dari Langkawi kita belayar
Singgah sebentar berjual beli
Zaman kita nak kejar mengejar
Siapa yang lambat mesti ke tepi

Teluk Cempedak pantainya indah
Pasirnya putih cantik sekali
Bukannya mudah perkara mudah
Kalau tak cuba berkali-kali

Hei..orang kita Khatulistiwa
Di mana juga Nusantara
Bersatu kita teguh
Bercerai kita roboh
Itulah dia amalan hidup kita

Naik keretapi ke Sungai Petani
Ramainya orang ke pesta ria
Melayu Cina India Serani
Bersatu jiwa berkerjasama

Good morning Sir dahulu kala
Selamat pagi Tuan ditukar ganti
Hapuskan kawan segala sengketa
Marilah hidup dalam harmoni

Marilah makan tembikai cina
Rasa tak puas menghilang dahaga
Wahai adik-adik abang bertanya
Dah besar nanti nak jadi apa

Timur dan Barat utara selatan
Dari Surabaya ke Singapura
Memang sudah jadi sebut-sebutan
Tepuklah dada tanya selera

*Jika suatu masa dahulu Blues Gang dikatakan hanya pemuzik jalanan terlibat dengan ganja. Ini mungkin kerana imej mereka yang agak "hippies". Namun segalanya dapat disangkalkan kerana lirik lagu ini kerana bersifat patriotik dengan memberi mesej untuk perpaduan kaum di tanah air. Lagu Khatulistiwa_Blues Gang terus kekal dalam ingatan masyarakat Malaysia kini.

08 April 2009

Jari Tengah



Seorang gembala sedang menggembalakan biri-birinya yang berbulu hitam dan berbulu putih. Sedang leka melayan lagu "Die by The Sword"_Slayer, tetiba dia didatangi seorang pemuda yang agak ranggi penampilannya ( ala Alexi Laiho_Children Of Bodom) lalu bertanya:

Pemuda : "Baguskah ternakan biri-biri engkau. Boleh tak
saya tanya beberapa soalan?"
Gembala : "Oh, boleh saja".
Pemuda : "Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : "Yang putih"
Gembala :"Ah, yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari"
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama. "
Pemuda : "Dan berapa banyak rumput mereka makan setiap hari?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : "Yang putih. "
Gembala : "Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari. "
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama. "
Pemuda : "Dan berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : "Yang putih. "
Gembala : "Aaa... menurut perkiraan saya, yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun kalau mereka dicukur. "
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama. "
Pemuda : (Dengan perasaan geram ) "Kenapa engkau membezakan biri-biri engkau yang putih dengan yang hitam setiap kali nak jawab soalan saya, padahal jawapan semuanya sama saja"
Gembala :"Mestilah saya beza-bezakan sebab biri-biri yang putih itu adalah milik saya. "
Pemuda : "Ooo, begitu, fahamlah saya,kalau yang hitam tu pulak siapa punya?"
Gembala : "Yang hitam pun sama, saya punya juga"
Pemuda : (benggang, geleng kepala dan berlalu sambil mengacukan jari tengah dengan penuh dendam kesumat di sukma)

Manakala Si Gembala turut mengelengkan kepala lantas meneruskan melayan lagu-lagu kejam daripada kugiran Slayer tanpa memikirkan detik masa depan yang akan mendatang.

02 April 2009

Tribute To Chairil Anwar (1922-1949)




The Bohemian Poet: Chairil Anwar (1922-1949) by .K..
Bust of Chairil Anwar, taken at the Monas Park, Jakarta. "Aku" ("Me") is
arguably his most well-known poem (although the poem chiselled on the stone
beneathe the bust is "Krawang-Bekasi"). Chairil Anwar epitomizes the spirit
of youthful rebellion, and is much revered by the Indonesian bohemians. May Allah bless him.

AKU

Kalau sampai waktuku
'Ku mau tak seorang kan merayu
Tidak juga kau

Tak perlu sedu sedan itu

Aku ini binatang jalang
Dari kumpulannya terbuang

Biar peluru menembus kulitku
Aku tetap meradang menerjang

Luka dan bisa kubawa berlari
Berlari
Hingga hilang pedih peri

Dan aku akan lebih tidak perduli

Aku mau hidup seribu tahun lagi

Maret 1943

Aku ("Me" - English translation)

If my time should come
I'd like no one to cry for me
Not even you

No need for those sobs and cries

I am but a wild animal
driven from its kind

Though bullets should pierce my skin
I shall still charge and fight madly

Wounds and poison shall I take aflee.
Aflee
'Til the pain and pang should disappear

And I should care even less

I want to live another thousand years

03 Februari 2009

Iqram


Sekitar jam 11.30 pagi Ahad, lenaku dikejutkan oleh Si Kecil ini. Iqram namanya. Si Iqram dan kakaknya dengan riang sedang melompat-lompat ala kangaroo di atas perut slim aku. Sakit!! Senak!! Itu yang aku rasakan. Namun aku masih mampu tersenyum melihat karenah mereka walaupun perutku seakan sudah terburai. Senyuman aku mungkin agak manja walaupun terasa ada secebis air liur basi. Melayan karenahnya, bisa membuat hatiku tenang dan sejuk bagaikan air nescafe o ais dalam gelas tanpa diusik .Kenakalannya membuat hati nadiku berbicara "Indahnya jika aku masih kecil! Ceria! Aiskrim! Tidak perlu fikir segala masalah!".Jika diberi pilihan, aku mahu kembali ke zaman umur budak-budak hingusan.Tiada memikirkan dunia kini yang seakan plastik. Aku lebih rela menghadapi kesakitan perut tadi daripada peritnya mengharungi perjalanan dalam sandiwara pentas dunia plastik.





|Gambar : Si Kecil Iqram
|Lokasi : Bandar Tasik Permaisuri,Bandar Tun Razak,K.L
|Masa : Ahad yang berkenaan
|Jurukamera: Jasadbeku Art-Sony Ericsson K610i